Rezeki Tahun Ini | Syukur Alhamdulillah, ini hadiah bermakna untuk diri nieyl, tahun ni husband dan nieyl ada rezeki untuk buat korban. Pada asalnya memang tak ada perancangan ke arah tu, tiba-tiba husband bagitahu, tahun ni kita buat korban sama-sama. Kebetulan, abg ipar nieyl dan family akan buat korban dan kebetulan ada slot kosong husband nieyl pun ambil peluang untuk join sama-sama dan korban di buat di kawasan rumah nieyl.
Tahun ini kita berjaya kumpulkan 7 orang peserta untuk beli seekor lembu. Untuk urusan pembelian lembu, anak buah nieyl (AJK Surau) kita tumpang beli di owner yang sama bagi memudahkan urusan penghantaran, surau beli 10 ekor lembu dan kita tumpang 1 ekor jadi lembu nieyl no.11.. Seorang lembu RM5000.
Hari jumaat lembu dah sampai, petang tu nieyl melawat dia , husband sediakan makan minum dia. Bila waktu malam pula , mak pesan dekat husband jangan lupa bakar kotak telur kesian dekat lembu tu nanti tak boleh tidur kena gigit nyamuk.. masa ni nak tergelak pun ada..tapi husband nieyl buat juga lah sebab selagi tak buat, mak nieyl akan marah..hehehe..
Keesokkannya, anak buah nieyl call tanya..lembu ni macam mana..sebab hari nak hujan.. nieyl cakap biarlah hujan takkan nak bawa masuk rumah pula..hahahaha.. dia takut lembu kena petir....
Tak lama lepas tu, kakak nieyl pula cakap dengan husband dia, alihkan lah lembu tu nanti biawak makan lembu kita..yang ni lagi tak boleh terima...adoi laa..kelakar betul...
Proses penyembelihan dilakukan oleh ayah nieyl sendiri, semua peserta turut hadir bersama cuma nieyl tak tengok waktu penyembelihan. Apa-apa pun Alhamdulillah, adanya adik beradik, jiran-jiran dan juga orang kampung proses melapah dan pengagihan dilakukan dengan sangat baik. Kepada peserta, kepada golongan asnaf dan juga mereka yang membantu.
Sesungguhnya semua ini kerana Allah swt ..semoga ibadah korban ini diterima dan semoga ada rezeki lagi di masa akan datang boleh sama-sama buat korban.. Nieyl tak ambil gambar, sebab sibuk merewang..
Alhamdulillah rezeki family Nieyl buat korban tahun ni ye...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semoga ibadah korban nya diterima Allah...
ReplyDeleteBab kena makan biawak tu kelakar... Adoi.. Bila ramai2 nie, ad je alasan yang keluar
Kelakar juga semua nak protect lembu tu. Hihi. Alhamdulillah semuanya dah selesai tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillahhhh moga ibadah korban kita diterima Allah aminnnnn.. seronok ada rezeki kongsi rezeki lagi kan Nieyl
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSaluuut lah ayah kak nieyls bisa menyembelih yaaa. Tak semua orang bisa. Tangan harus mantap dan kuat. Saya memang tak sanggub lihat kak. Trauma pas kecil dulu lihat langsung tanpa ada penjelasan, melihat darah muncrat langsung saya shock dan menangis saat itu. Memang tiap kurban tak nak DTG.
ReplyDeleteKemarin papa kirim foto2 kerbau yg saya kurbankan, tp saya tak mau buka fotonya. Cukup percaya saja semua dah beres 😄