26 June, 2025

One Step Close

One Step Close | berdebar hati nak baca emel hari tu bila tengah-tengah buat kerja, ada emel masuk. Allahuakbar, nieyl dapat emel panggilan untuk temuduga pembantu setiausaha pejabat N1 pada 1 Julai 2025 (selasa) . 

 Ini adalah kali kedua nieyl melalui ujian temuduga untuk kerja tetap. Beberapa tahun yang lalu melalui SPA dan kali ini UPM pula. Nieyl cuba sorokkan kerisauan nieyl tu sebab nieyl masih ada kerja-kerja yang perlukan fokus nieyl dekat pejabat. Walaubagaimanapun, perasaan dup dap tu tetap ada ya..

Interview akan start pukul8-10 pagi dan pukul11-12 akan ada ujian bertulis (bahasa inggeris) yang ujian bertulis ni pun berdebar juga ni..Sebab bahasa inggeris nieyl pun bukan baik sangat pun hahaha..adoi..tawakal jela..

Nieyl share sini nak mohon kawan-kawan yang baca entry ni, doakan nieyl semoga dipermudahkan urusan nieyl dan tenangkan diri nieyl untuk menjawab semua soalan dari Panel nanti ya...terima kasih semua..

3 comments:

  1. Insya-Allah.. Semoga temuduga berjalan dengan lancar, nieyl dapat jawab semua soalan dengan fasih... Aamin2

    ReplyDelete
  2. Akak doakan semoga semuanya dipermudahkan buat Nieyl ye...

    ReplyDelete
  3. all the best..good luck. moga dpt menjawab semuanya dengan tenang & dengan tepat..aamiin........caiyok caiyok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)