Beli tudung di Muaz KL | Idea nak pergi Muaz KL ni adalah anak buah nieyl (aqila) sebab dia kata dekat Muaz ni banyak pilihan dan murah. Tudung family untuk majlis sanding bella nanti di sponsor oleh anak buah nieyl ( Aqila) . So, di sebabkan dia yang akan keluarkan duit jadi kita follow yang mana dia nak pergi.
Ini kali pertama nieyl pergi kedai Muaz ni selalu dengar je orang kata Muaz tudung murah, murah tapi semalam bila nieyl masuk je kedai dia mak ai memang harga dia murah ya. Banyak pilihan warna, corak dan design.
Harga memang murah tapi tetap. Ambil banyak ke ambil sikit ke harga dia sama. Semalam nieyl beli tudung sarung dewasa dan juga kanak-kanak. Sambil tu nieyl pun beli untuk diri sendiri juga hehehe..banyak pilihan sampai tak tahu nak beli pilih yang mana last-last warna hitam juga menjadi pilihan.
Lepas shopping dekat Muaz ni nieyl pergi jalan-jalan dekat kedai tudung PARI-PARI. Ha. dekat situ pun tudung murah-murah gila. Harga 2.50 pun ada..
Masa ni nieyl tengah mencari bawal kosong yang masuk dengan warna baju. Dekat pari-pari ni ada jumpa warna yang masuk dengan warna baju kiteorang. Kebetulan dia offer 20 helai RM65 so, 1 jatuh RM3.25 murah kan.
Alhamdullah, semalam 1 urusan dah selesai. Ini betul-betul nieyl yang mak pengantin ni..hahaha.. Next kita sembang lagi pasal persiapan wedding anak buah nieyl okay...
tu dia ...mcm2 tudung ada yer
ReplyDeletePernah masuk Muaz dulu, memang best dan murah.
ReplyDeleteMak aiii....yerus rasa nak pi merayau sini plak ha...dh lama dh akak x merayau ni
ReplyDeleteMuaz jalan tar tu masuk ke dalam semakin menurun ke bawah kedainya tu.
ReplyDeleteUntung sangat la kalau nak beli banyak² kan...
ReplyDeleteAkk pun tak pernah masuk Muaz ni. ..zaman u dulu selalu juga beli tudung dekat jalan tar ni tapi yg belakang² tu. Rasanya dah takde skrg ni kedai² tu
dpt hrga borong 3 rggit lebih mcm tu mmg murah lah Nieyl! ehhh mmg betul-betul mcm mak penganitn lah Nieyl! ehehehe
ReplyDeleteRamainya borong tudung sampai 20
ReplyDeleteMasuk muaz kalau cari tudung, partner mmg kena duduk tepi la menunggu kita habis pilih..Kalau sy pegi dgn Hata gitu la...Tp harga dia mmg berbaloi..Kualiti pun not bad...=D
ReplyDelete