20 May, 2025

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands


Stay Zenith Hotel Cameron Highlands | Kali ini penginapan 2 hari 1 malam ni di Zenith Hotel Cameron Tanah Rata. Penginapan ini ditaja oleh anak buah nieyl, hihihi..kita ambil 2 bilik. 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. Ini kali pertama juga nieyl stay dekat hotel ni.  Sementara menunggu bilik disiapkan tu, kita lepak di lobi dia yang sangat besar dan cantik..

Ada beberapa sudut lobi yang nieyl sempat snap, tak dapat nak snap semua sebab time ni kepenatan dan mengantuk sangat. Nieyl tidur 2 jam sahaja sebab Jumaat malam dinner balik pun dah pukul11.30 malam..Kemas bag, iron baju semua dah pukul1 pagi lepas tu baru tidur..Pukul3.30 pagi bangun siap-siap, pukul4 dah gerak ke CH. jadi, bila duduk menunggu dekat lobi tu pun nieyl dah tertidur.. 

Lobi sangat luas, tenang dan bersih. Kalau nak minum pun ada disediakan juga depan kaunter tu. 

Nieyl pun tak pasti bilik yang dia ambil tu macam mana rupa, surprise benor. Dia ambil bilik signature King with breakfast. Yang pening  penting, view dekat balkoni dia cantik sis. Waktu pagi berkabus lah time snap ni dah pukul2 tengah hari..

Jom tengok bilik pula, katil king yang boleh muat 3 orang cun sangat dah tu kan. macam biasa semuanya cantik , bersih cumanya bilik air dan toilet dinding cermin yang boleh nampak bayang-bayang ya hahaha..jadi, setiap kali nak mandi ke toilet ke pesan siap-siap jangan datang dekat hahaha..
Harga untuk 1 malam sekali dengan breakfast RM430.56 untuk 3 person.

Nieyl lunch 2 hari dekat CH ni , makan dekat Medan Selera betul-betul bawah hotel je tak payah susah-susah nak cari kedai makan untuk lunch, harga makanan pun murah dan sedap, kita ni pergi mana-mana mesti nak makan lauk-lauk kampung kan..mudah lunch situ je..


Ok next ke mana nieyl pergi..stay tuned

7 comments:

  1. Zanith ni akak nak book masa honeymoon 2023, tapi penuh...rasa macam nak repeat duduk sini plak la...akak nak pi CH tapi risau prob tanah runtuh...cer Nieyl update skit ada ke prob tu masa Nieyl ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kak, nanti nieyl dah habis update CH , nieyl tulis sikit psl perjalanan masa ke sana..

      Delete
  2. nie pun suami ajak repeat lagi...nanti lah kena susun jadual betul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda klu nak pergi, kena susun cantik², tgk keadaan cuaca dekat sana juga okay..

      Delete
  3. Yang pening ke yang penting Nieyl? Ahak 😆
    Ni anak buah yg sama ajak gi Penang tu ke? Nak pinjam boleh ahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...itulah typo, dah betulkan dah hehehe..
      aah anak buah nieyl yang ajak pergi penang tu..
      boleh2 pinjam la hehehe

      Delete
  4. Sukaaa dengan kamarnya, apalagi kalo pakai king bed. Memang luas dan selesai buat tidur.

    Ada tempat makan di bawah, juga plus poin. Jadi memudahkan kita kalo lapar, tak payah jauh2 pergi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)