06 May, 2025

Lepak di ferringhi bay

Lepak di ferringhi bay | Nieyl stay dekat Batu Ferringhi area sini memang dekat dengan laut. Tarikan dia adalah pantai. Kononnya nak pergi tengok sunset petang tu, tapi bila masing-masing dah keletihan, jadi kita keluar lewat petang betul tapi nak ke ferringhi bay tu tak jauh pun dalam 10 min. Sampai-sampai je nampaklah sikit sunset tu kan, jadi ler hehehe..

Malam tu kita makan tepi pantai. Area tepi pantai ni banyak kedai makan. Korang pilih je nak makan apa cumanya ikut pada rezeki lah. Kalau makanan dia sedap rezeki lah, kalau makanan dia tak sedap tu , redha je la. Tak boleh nak buat apa, sebab kita bukan orang situ kan so kebanyakkannya memang pelancong luar.



Nieyl tak ingatlah nama kedai dia tapi dia masak ala thai. Atas ini antara makanan yang kiteorang order. sejujurnyakan yang sedap Fun Fries, tomyam, ikan apa tak yang grill tu, kerabu mangga yang lain tu hurm..tak kena dengan tekak kitaorang sebab masakkan dia banyak gila bawang putih memang spoil betul. Rasa makanan tu dah tak ada, ko rasa makan bawang putih je..adoi..sekali jela makan kedai tu .. Memang rezeki dia lah, kiteorang makan tak habis ni pun bayar dekat RM5++, dah nya on the way balik singgah beli meggi cup hahaha..

Lepas makan tu, kita pergi tengok pertujukkan api dekat situ, nieyl tak sure setiap hari atau Jumaat dan weekend je yang ada..

Dekat sini pun ramai yang duduk lepak untuk tengok pertunjukkan api sebab persembahan tu betul-betul depan Ferringhi Heart ni. Lepas habis tu, kiteorang gerak balik hotel dengan harapan perut kenyang tak kenyanglah hahaha tapi dah standby meggi cup kot-kot lapar nanti kan.

Ok nanti sambung lagi

5 comments:

  1. Presentation makanan nampak sedap tapi rasa x kena ye...sygnya....

    ReplyDelete
  2. wish list juga nie..nak lepak2 dekat penang..jalan2 , tenang2...

    ReplyDelete
  3. nampak menariks tapi..alahai.
    mahal sbb kawasan pelancongan la kot..kan..sabar je la

    ReplyDelete
  4. aduhai mmg spoil betul bila mknan tak sedap ni

    ReplyDelete
  5. Kalo dah tempat turis kan, memang rasa nomor sekian biasanya kak , 😄.

    Tp saya pernah pas msh kuliah di Penang, di ajak temen Melayu makan dj BF. Katanya ada mi udang sedaap.

    Tempatnya betul lah tak menarik. Hanya tenda.. berlubang pula 😅😅. Tapiii mi udangnya sedaaaap. Ya Allah teringat lagi saya.

    Ntahlah masih jualan atau tak. Itu THN 2005 🤣🤣

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)