06 May, 2025

Jalan-Jalan Bukit Bendera

Jalan-Jalan Bukit Bendera | Antara tempat di Pulau Pinang yang ramai orang pergi weekend adalah Bukit Bendera. Kalau ikut plan asal nieyl nak pergi weekdays tapi sebab dah lewat sampai jadi kita pergilah hari sabtu. Nak bagitahu korang, memang ramai orang ya. Beratur nak naik train ke atas tu.  Nieyl pernah pergi juga dulu-dulu masa sekolah lagi, masa tu train pun terbuka, nak naik atas bukit tu ambil masa 30 min juga..
Anak buah nieyl beratur belikan tiket. Masa beli tiket ni semua IC kena collect ya..setiap tiket tu untuk 1 mykad sahaja. Dan nieyl baru tahu skrg ni ada laluan express dan laluan biasa. Beza harga memang banyaklah. 
Kalau laluan biasa hanya RM16 untuk 2 hala.Manakala untuk laluan express ni RM40 untuk 2 hala. Untuk kali ini nieyl ambil fast lane ataupun laluan express untuk merasa sendiri pengalaman dan nak tahu apa yang diberikan untuk laluan express ni. 

Yang pertama adalah waktu menunggu yang singkat. Lepas beli tiket terus masuk ke laluan express sampai ke ruang menunggu. Berbanding kalau ambil lane biasa mereka kena beratur panjang, beberapa meter dari pintu masuk. 

Yang kedua, bila train sampai laluan express diberikan keutamaan dahulu untuk masuk dalam train dan duduk. Kemudian baru laluan biasa akan masuk dalam train.

Yang ke-3 adalah ruang menunggu berhawa dingin yang selesa. 

Train bukit bendera skrg mengambil masa lebih kurang 2-3 min untuk sampai ke atas bukit. Sekejap je rasanya berbanding dulu. Train pun skrg dah ada aircond dan selesa .

Teropong ni dari dulu sampai skrg menjadi tarikan walaupun dah banyak kali cuba tapi tetap nak cuba juga tengok Penang. Skrg ni kalau nak teropong kena masukkan RM1..nasib baik boleh nampak penang je kalau boleh nampak selangor, boleh teropong husband hehehe
Sepanjang jalan nak pergi ke stesen Buggy tu, ada beberapa kedai yang menjual cenderahati Penang dan juga ada SPA urut kaki juga tepi tu. Kitaorang naik atas bukit bendera tu ambil 2 buggy, sepanjang perjalanan naik atas bukit tu, pemandu buggy ni dia akan bagi pencerahan tempat-tempat yang kita lalu. Rupanya atas-atas tu ada perkampungan juga, dieorang memang orang asal bukit bendera. Tak ramai pun dalam 100-120 orang je penghuni kampung tu. Dan nieyl terfikir macam mana dieorang bawa naik kereta, moto rupanya dieorang ada laluan khas untuk orang kampung. 

Bila naik buggy dia akan berhenti untuk kiteorang bergambar sebagai kenangan di atas bukit. Ini kiteorang ambil gambar ramai-ramai.
Nieyl bersama mak dan kakak nieyl
Sepanjang naik buggy tu kan kita tak rasa panas pun.rasa sejuk berangin je sebab atas bukit kan. Rasanya kalau pagi-pagi lagi sejuk kan. Lepas tu kita plan nak turun dah sebelum turun tu kita lepak sekejap dekat kedai area situ minum-minum sebelum kita turun ke bawah..

Keseluruhannya, bukit bendara ni banyak perubahan yang diperbaiki menjadi lebih bagus. Semoga akan datang, kena banyak train lagi supaya orang tak tunggu terlalu lama untuk naik. 
 

9 comments:

  1. Salah satu tempat yang wajib dituju kalau ke pp

    ReplyDelete
  2. Lama betul tak Bukit Bendera ni.

    ReplyDelete
  3. Tak ingat bila last pi BB ni. Lama sangat dah. Bila entah nak naik semula ni.

    ReplyDelete
  4. dah jauh beza sgt.. kak ayu pernah naik masa kecik2 dulu je

    ReplyDelete
  5. Tak pernah sampai lagi Bukit Bendera ni...aih,..x leh jadi ni..kena pergi jugak nanti

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak pergi jenjalan di Bukit Bendera.. best kalau bawa anak anak..

    ReplyDelete
  7. best sbb dah ada laluan express & takyah tggu lama berbaloi dgn byr tiket

    ReplyDelete
  8. Lama tinggal di Penang, tp bukit bendera ini yg saya blm pernah datangin sampai skr 🤣🤣🤣. Bahkan tiap ke Penang pun tak pernah masukkan ITIN ke sana. Ntahlaah, sebab jauh mungkin 😄. Tapj nanti kalo ke Penang lagi lah, nak juga rasakan lihat bukit bendera

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)