Gani Famous Pasembur Pulau Pinang | Sebenarnya kan nieyl dengan Penang ni tak boleh dipisahkan sebabnya nieyl rasa dah banyak kali nieyl pergi penang ni..hehehe..sebab adik ipar nieyl stay dekat penang. Dan memang setahun sekali akan ke penang untuk ziarah dia dekat sana. Selalunya kitaorang akan ambil peluang untuk berjalan-jalan dekat sana. Jadi, nieyl tahulah sikit sebanyak tempat-tempat yang sedap nak makan terutama sekali PASEMBUR ni..
Setiap kali datang penang, nieyl tak mis pergi padang kota lama untuk makan Pasembur Gani ni. Dari arwah mak ayah mertua ada lagi memang kitaorang hanya makan pasembur dekat kedai ni je. Jadi, baru ni masa pergi Penang tu, nieyl bawa semua pergi makan dekat kedai Gani Pasembur ni..
Kalau tengok gambar macam pinggan kecil kan, tapi sebenarnya dia pinggan besar tau..Ini penuh ni nieyl ambil total semua ni RM51 boleh makan 7 orang. Ha..dekat sini dia tak ada pinggan kecil-kecil tau dia konsep sharing pinggan besar ni. Dan kuah pasembur dia sumpah korang sedap gilaa..Nampak je merah tak pedas pun budak boleh makan. So, kalau korang pergi penang, google je Gani famous Pasembur Padang Kota Lama tau, lepas makan tu boleh lepak tepi laut ambil angin..
Ok nanti nieyl share 1 lagi tempat yang selalu nieyl beli jeruk..
Aduhai...akak sekarnag dalam dilema..nak pi Penang ke nak pi Kelantan tahun ni....tengok pasembur ni rasa nak pi Penang, tengok entry Linda rasa nak pi Kelantan...aduhaiiiiii
ReplyDeletehihihi..sila pergi Penang :P
Deletepegi dua-dua lah kak SA ehehe
DeleteTapi, linda tak suka sangat pasembur nie...
ReplyDeleteSedap lah linda, kalau kena dengan kuah dia yg sedap mesti linda suka
DeleteMerah menyala kuahnya tu....
ReplyDeleteAkk rindu mee goreng dekat Padang Kota...tak ingat dah namanya sbb dah lama sangatttt tak ke PK ni
tengok color dia merah mcm pedass je tp tak pedas kan hehehe.. dulu masa study kat Penang mmg sllu mkn kat sini hehe
ReplyDeleteSeronoknya kalau dapat makan tepi pantai. Padang Kota kot namanya. Pasembor ni ada la situ....
ReplyDeleteDulu awal2 makan pasembur di sana, saya kaget lihat porsinya 🤣🤣. Besar sangaaat. Ternyata memang untuk dimakan ramai2 kan. Dan lama tak makan pasembur gani. Trakhir saya makan pasembur di Gurney, tak sedap. Manis sangaaat .
ReplyDeletewaaahhhh..
ReplyDelete