27 May, 2024

Photoshoot Raya 2024

 

Photoshoot Raya 2024 | Kali ni nieyl nak share pula beraya dibelah husband. Kalau dulu masa arwah ayah dan mak mertua nieyl ada, kitaorang akan berkumpul dekat rumah mak mertua nieyl untuk sesi salam kemaafan sebelum pecut balik ke rumah nieyl untuk sesi salaman belah nieyl pula. Tapi sejak mak dan ayah mertua dah tak ada ni, kitaorang akan berkumpul bersalaman bila adik husband yang dekat penang tu balik ke sini. 

Macam tahun ni dia beraya rumah mertua dia dulu dan raya ke-3 baru beraya dekat sini jadi, kitaorang berkumpul dekat rumah mak mertua nieyl raya ke-3 untuk bersalaman. Setiap tahun bila nak berkumpul ni macam-macam gelagat dan perangai masing-masing tau. Ada je idea-idea nak pose gambar raya dan untuk tahun ni tema dia photoshoot raya ala studio katanya. Jom nieyl belanja beberapa gambar yang kiteorang shoot hari tu dekat rumah je..

Katanya dah boring asyik post gambar yang elok-elok je, so tahun ni nak shoot dan post gambar-gambar yang senget-senget. Jadi ini antara hasilnya dan gambar ni jugalah kitaorang share dekat media sosial hahaha..perangai masing-masing..
Nasib baiklah anak-anak ni beri kerjasama yang baik lagi-lagi si eric tu ya. Lama-lama kan bila tengok gambar ni kan raya seronok sangat sebab walaupun dieorang 4 adik beradik je tapi bila ada masalah ataupun kesusahan dieorang akan bersama-sama bantu antara satu sama lain. Alhamdulillah nieyl doakan biarlah hubungan kekeluargaan dan adik beradik ini selamanya baik-baik.

Walaupun nieyl tak ada rezeki lagi nak ada zuriat sendiri, tapi bila dengan dieorang ni kan, dieorang layan nieyl dan husband sama macam mak ayah dieorang. Kita boleh rasa kasih sayang dari dieorang. Sebab dieorang tahu, dieorang juga anak-anak nieyl. Semoga satu hari nanti Allah kurniakan nieyl anak-anak yang soleh dan solehah, comel, bijak macam dieorang ni..

Dan last sekali gambar wajib yang kena ambil berempat setiap tahun. Bila kiteorang berdiri sama tinggi ya , jadi nak nampakkan nieyl dengan ayune ni kakak ipar jadi kiteorang berdua duduklah dan belakang dua tu adik ipar perempuan nieyl. Yang tudung merah tu sebaya dengan nieyl dan ayune, kiteorang bertiga ni kawan sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan sehingga menjadi keluarga. Alhamdulillah.

Oklah korang, kita tutuplah cerita raya ni..nanti korang baca entry nieyl yang lain pula ya.


3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga terus kuat ikatan adik beradik walaupun ibu ayah dah takde...

    ReplyDelete
  2. seronok nya bila dpt gather2 mcm ni..happy je bila tgk pic balik...
    aamiin..moga Nieyl & suami dikurniakan cahaya mata....in sya Allah...

    ReplyDelete
  3. Tapi pose seperti ini yg menarik dan tak bosan lihat 😄😄👍. Bagus kalo semua member bisa diajak pose yg tak biasa kan 😄.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)