27 May, 2024

Mak kena warded

 

Mak kena warded | Assalamualaikum semua. Hari ni nieyl nak share masa dalam bulan raya lagi mak nieyl kena warded. Cerita dia beberapa hari sebelum nieyl bawa dia pergi emergency memang mak nieyl dia cirit birit beberapa dan masa tu nieyl memang fikir normal sebab kalau kita cirit birit pun sehari dua macam tu nanti dia akan normal balik kan tapi mak nieyl masa tu dah 2 hari non stop so, nieyl macam panik juga dan kesian dekat mak dan nieyl terus je bawa pergi emergency dan terus masuk zon merah.

Dan nieyl masa tu memang dah prepare bawa semua ubat-ubat yang mak nieyl tengah makan dari hospital dan history mak nieyl memang ada jantung dan dah buat by pass , lepas tu dia ada kencing manis gastrik. Jadi, banyaklah doktor tanya tentang mak dan Dr. terus on drip masuk air sebab air dalam badan mak dah berkurang banyak. Dekat emergency je mak dah masuk lebih kurang 3 botol dan Dr. cakap mak kena warded sebab nak pantau dia beberapa hari.

Jadi, hari pertama nieyl yang jaga mak dekat hospital memang mak cirit birit masih non stop, nurse bagi minum air garam semua pun masih sama, keadaan ni berterusan selama 2 hari. Masuk hari ketiga tu mak dah stop cirit birit dan dah ada selera macam seperti biasa. Alhamdulillah..dan dia pun dah mula ceria macam biasa. 

Ini kali pertama nieyl bermalam dekat hospital jaga mak. Masa ni nieyl bergilir dengan kakak nieyl hanya kitaorang berdua yang free. Part yang paling tak boleh dilupakan adalah tidur dekat hospital. Macam nieyl ni kira ok lagi boleh je tidur dekat mana-mana asalkan ada tempat tidur. Nak tengok tak nieyl setup tempat tidur nieyl dekat hospital hari tu macam mana??
Actually setiap katil tu dia bagi 2 kerusi je tapi waktu malam nak tidur nieyl akan pinjam 1 kerusi jiran depan mak tu, sebab pesakit tu tak ada orang tunggu..Jadi nieyl setuplah jadikan tempat tinggal dan nieyl bawa siap-siap bantal untuk kepala. Kalau difikirkan balik, 2 hari nieyl tidur atas ni memang sakit pinggang walaupun lena tidur hahaha bak kata mak nieyl. 

Hari ke-4 tu pagi-pagi nieyl dah mandi semua, nieyl terus pergi cafe beli breakfast , beli air milo panas untuk mak makan dengan biskut. Biasalah nieyl kalau pergi cafe macam-macam dibelinya sampaikan mak nieyl kata orang duduk hospital kurus, nieyl duduk hospital makin gemuk hahahaha.. 

Dalam pukul10 pagi macam tu Dr. ronda dan bila sampai turn mak nieyl, Dr. check-check dan Dr kata mak nieyl boleh discaj Alhamdulillah dan nieyl snap gambar atas ni hantar dekat group adik beradik. Betapa happynya mak dapat balik sebabnya dari pagi asyik cakap pasal pokok-pokok bunga dia tak siram-siram padahal kiteorang siram je hari-hari. Biasalah kan orang tua ni kalau boleh dia nak buat semua sendiri. 
Part yang paling nieyl tak boleh lupa, sepanjang 4 hari duduk hospital setiap hari dia suruh bawa barang-barang dia pesan ke hospital dan bila nak balik , nieyl kemas-kemas barang dia,nah!korang tengok berapa banyak barang yang kena bawa balik hahaha..nieyl bawa balik kiri kanan tangan penuh barang macam orang balik shopping..sabor jelaa...Tapi apa-apa pun kan, nieyl bersyukur sangat Allah beri nieyl peluang jaga mak nieyl masa dia tak sihat dan perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Nieyl kan belum kerja lagi kan, jadi nieyl memang banyak masa boleh uruskan mak nieyl. 

Korang yang baca entry ni, doakan semoga mak nieyl sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t ya... terima kasih koranggg...







6 comments:

  1. semoga dipermudahkan buat Mak Nieyl ye..jaga mak elok- elok tau...insyaallah semua will be ok..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Semoga mak sis sihat semula. Sy pun pernah tdo hospital jaga arwah mak & abah. Jaga arwah mak duk dkt kerusi je...Jaga arwah abah, dpt la duk dkt kerusi malas. =)

    ReplyDelete
  3. Semoga mak Nieyl cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin

    ReplyDelete
  4. Semoga mak nieyl sihat2 selalu.. Pengalaman duduk di hosp kan.. Linda warded time bersalin je...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..dpt jaga mak and alhamdulillah mak dah sihat..
    moga sihat2 selalu yer...
    adei, x selesa nya & x leh bayangkan mcm mana Nieyl leh tido lena atas kerusi2 tu...

    ReplyDelete
  6. moga Mak Nieyl diberi kesihatan yg baik aje hendaknya aminnnn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)