29 May, 2024

Kerabu Ikan Bilis

Kerabu Ikan Bilis | Dah lama nieyl tak share tentang resepi kan. Sejak nieyl jadi suri rumahtangga ni memang betul-betul asah bakat memasak ni di level chef ni hahaha.. Tak adalah gurau je, nieyl banyak cuba masak menu-menu yang tak pernah buat. Macam hari ni nieyl nak share kerabu ikan bilis yang ni ala-ala KA juga la ni. 

Bahan-Bahan

Ikan bilis (di goreng)
Kacang panjang (potong kecil)
Bawaang Merah (di hiris)
Bunga kantan (dihiris)
Cili padi (dipotong)
Limau nipis
Gula
Garam secukup rasa
Sos Ikan sedikit

Cara nak masak, korang masukkan je semua dalam bekas dan gaul sebati dan dah siappp..senangkan.. Kalau korang nak letak sayur lebih pun tak apa macam nieyl suka sayur banyak, ikan bilis tak berapa nak nampak hehehe...selamat mencubaaaa



 

6 comments:

  1. sedapnya, nanti kak ana nak try laa, tq for sharing Nieyl

    ReplyDelete
  2. mcm sedap je..
    cantik plak tu gabungan warna bunga kantan & sayur kacang panjang tu

    ReplyDelete
  3. kerabu ni meratah mcm tu saja pon cukup dah ehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya .. kena banyakkan lagi ikan bilis tu .heheh

    ReplyDelete
  5. Aissssh nampak sedap 🤤🤤🤤😍. Tapi kalo buat ini, saya akan skip bawang merah iris. Tak suka bawang mentah 😅. Yg lainnya oke.. dah terbayang ini sedap

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)