12 November, 2020

Resepi Sup Maggi Yang Mudah Dan Sedap

 


Resepi Sup Maggi Yang Mudah Dan Sedap | Kadang-kdang bila dekat rumah tu rasa jemu hari-hari nak makan nasi kan,sesekali tu teringin juga nak makanan yang mudah dimasak dan cepat disediakan. Ha..selalu dekat rumah kalau nak mudah dan cepat tiada lain yang dicari pastinya Maggi. Bila dah ada Maggi takkan nak masak dengan serbuk kari tu je, mesti korang pun dah jemu benda yang sama je kan apa kata korang cuba pula buat Maggi Sup yang mana anak-anak pun boleh makan sekali.

Bahan-bahan
  • Maggi (tanpa serbuk kari)
  • Bawang merah sebiji (dihiris)
  • Bawang putih sebiji (dihiris)
  • Ayam/daging/udang/ikan bilis
  • Air
  • Garam
  • Maggi cukup rasa (options)
  • Cili padi potong (options) klu nak pedas

Cara-caranya
  1. Letak minyak sedikit untuk menumis bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau
  2. Masukkan Ayam/daging/udang/ikan bilis kalau ada
  3. Kemudian masukkan air secukupnya
  4. Biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlah masukkan maggi dan sayur
  5. jangan lupa, letak garam secukup rasa
  6. Masak jangan terlalu lama nanti kalau maggi kembang tak sedap
  7. Boleh hidangkan bersama bawang goreng ataupun bawang putih goreng yumyum...
** nieyl tambah cili flake untuk lebih kesedapan

Selamat mencuba semua...



    14 comments:

    1. tak pernah cuba buat lagi sup maggi, boleh cuba nanti :) ♕Tiara Sapphire♕

      ReplyDelete
    2. sedapnya nampak hasil dia dalam mangkuk tu hehe

      ReplyDelete
    3. Saya suka pedas. Kalau masak mee maggi, wajib bubuh cili padi potong. Biar meleleh-leleh...puas makan...kah!

      ReplyDelete
      Replies
      1. mcm sama dgn aida.
        kalau makan mihun soto, wajib dgn kicap cili padi :)
        baru terangkat.

        Delete
    4. sekali sekala cuba selain perencah kari dia dgn modified sendiri sedap juga kan..thanks kongsi resepi

      ReplyDelete
    5. sedapnyaaaa...hari tu baru buat tapi guna serbuk kari tu jugak la...x pernah buat ikut style Nieyl ni...rasa nak try laa

      ReplyDelete
    6. sedap tu sup maggi nk2 skarang musim ujan je tp biasa wat maggi kari biasa je

      ReplyDelete
    7. hujan-hujan nie best kalau dapat semangkuk maggi..

      ReplyDelete
    8. uuish nampak sodap menggoda.. skrng ptg2 kan slalu ujan..
      makan sup meggi ni sedapnya..

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)