24 November, 2020

Lunch Box Yang Simple Tapi Kenyang


Lunch box yang simple tapi kenyang | Sejak pindah pejabat baru ini, makin tak cukup masa nak update entry baru. Tapi nieyl cuba juga untuk curi masa free untuk update supaya blog ini tidak bersawang. Ok bila umur kita dah semakin meningkat ini walaupun orang tak percaya bila nieyl kata umur 32 tahun sampai kena tunjuk IC hahaha, mereka kata muka nieyl masih budak-budak sekolah menengah, adoi-adoi...rasa nak pecah kain ni..hehehe tapi realiti kena sedar diri umur dah 32 tahun ya.

Bila umur dah banyak ni, secara tidak langsung kita ada rasa nak berubah ke arah yang lebih baik. Berubah ni bukan sahaja dari segi rohani jasmani tapi dalam banyak perkara. Personally nieyl ada rasa untuk menjaga pemakanan, maksud jaga pemakanan bukanlah diet yang heavy semata-mata untuk turunkan berat badan. Dia lebih kepada nak sihat, bukan kata ha itu x boleh makan ini x boleh makan. 

Disebabkan husband dan mak ayah memang makan makanan yang berat jadi, nieyl ambil peluang untuk makan lebih sihat bila hari bekerja dengan membawa bekal. Setiap pagi akan bangun awal sikit untuk sediakan lunch box untuk makan tengah hari di pejabat. Nieyl buat apa yang mudah, cepat dan kenyang sahaja. 

Nieyl ada share beberapa lunch box yang sempat nieyl snap untuk di sharekan dalam blog tetapi jangan pula ada yang tanya, kenapa nasi separuh. Nieyl ambil pendekatan untuk start slow-slow, jadi nasi tu dari hari ke hari akan dikurangkan..dont worry, yang penting diet ikut kemampuan badan kita. Boleh makan apa sahaja yang korang suka, tapi dengan pontion yang betul.. 


Salmon grill, nasi, buah apple, sayur

Nasi, betik dan telur + sayur

Pasta Spiral + sayur + ayam + Apple


nasi+ sayur+ ayam + betik

Nawaitu nak turun berat badan dan sihat okay. Oh ya, nieyl dah kurangkan pengambilan gula banyak minum air kosong. Cuma sesekali teringin tealive tu minum aje,lepas tu banyakkan minum air kosong..Rugi diet tak boleh makan apa yang kita suka kan, so..pandai-pandailah susun diet korang ok..

 

10 comments:

  1. betul..nak diet pun jangan sampai halang nak makan apa yg kita suka :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. betul tu, kak ayu pun now kurangkan nasi & gula. coffee pun no sugar dah sekarang ni. cuma tu la..bab choc, adventure tul nak kurangkan...

    ReplyDelete
  3. Sukanya sayur yang Nieyl share tu.. sini susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  4. Heheh semoga konsisten kak dan berjaya harungi semua dugaan. begitu juga dengan saya XD

    ReplyDelete
  5. Rajin awak masak Nieyl.. And nampak betul² healthy makanan awak tue.. Semoga awak terus konsisten dengan diet yang dilakukan.. Fighting..

    ReplyDelete
  6. bagusnya nieyl makan menu sihat. meme la bila usia meningkat mcm abe kie ni slow2 penyakit dtg...mcm kereta jugak la. good luck!

    ReplyDelete
  7. seronok bawa bekal sbb kita sendiri sediakan jd tahu apa yang kita masuk dalam masakan. plus puas hati sbb ikut selera kita sendiri kan..

    ReplyDelete
  8. Semuanya menu sihat dan berkhasiat dalam pengambilan makanan seimbang. Rajin sediakan sendiri, dijamin halalan toyyiban.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)