05 November, 2020

Resepi Ayam Goreng Mamak Crispy

Ayam Goreng Mamak Crispy | Ayam goreng mamak siapa suka?nieyl memang suka ayam goreng yang crispy-crispy ni , bila makan dengan nasi panas memang boleh habis sepinggan nasi tambah pula dengan kuah kari peh boleh tambah berkali-kali... Sekarang ini corona masih lagi berada di merata-rata tempat kalau kita ni tak ada keperluan, tak perlulah nak pergi makan dekat kedai ke, kalau boleh tapau sahaja. PKPB pun masih sambung lagi ni kan, marilah nieyl share resepi ayam goreng mamak yang ranggup dan sedap


Bahan-bahan
  • ayam yang telah dipotong dan dibersihkan (toskan)
  • Bawang merah 
  • Bawang putih
  • Halia
  • 1 biji telur
  • 5 sb tepung jagung
  • 1 sb serbuk kari ayam
  • 3/4 cawan air sejuk
  • sedikit pewarna merah ataupun oren
  • Garam secukup rasa
*bawang merah, bawang putih, halia terpulang korang nak letak berapa..

Cara-caranya
  1. Blend semua bahan-bahan di atas
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat ataupun cair ok..dia sedang²
  3. Kalau cair, boleh tambah tepung jagung ya..
  4. Perapkan ayam bersama bahan yang telah di blend bersama daun kari
  5. Kemudian, boleh goreng seperti biasa 
Mudahkan?sukataan di atas ini untuk 1 ekor ayam, kalau korang nak lebih pandai-pandai la double kan bahan okay...

Nieyl dah cuba buat dan memang mendapat sambutan hangat di rumah, makan bersama nasi panas, kari dan juga sayur kobis ala mamak..memang AA, licin....Selamat Mencuba korang !

 

9 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)