20 August, 2018

Sijil Keputusan Peperiksaan Hilang

Sijil Keputusan Peperiksaan Hilang , situasi seperti ini akan terjadi umur semakin meningkat dan nak mohon kerja, tetapi cari slip peperiksaan tak jumpa. Memang agak stress kan. So,kepada adik-adik sekalian, please make sure korang punya slip peperiksaan di simpan dengan baik ya. 

Kepada mereka yang kehilangan slip peperiksaan tetapi perlukan kembali slip tersebut kini korang boleh berbuat demikian di Lembaga Peperiksaan. Mudah sahaja, korang boleh pergi ke website Lembaga Peperiksaan , klik bahagian Perkhidmatan dan salinan peperiksaan seperti gambar rajah di bawah ini.



Korang perlu muat turun borang permohonan terlebih dahulu, untuk memudahkan urusan di kaunter Lembaga Peperiksaan, jimat masa untuk mengisi borang permohonan tersebut. Kemudian, selepas selesai mengisi borang tersebut, sertakan RM30 untuk kos penghantaran sijil kepada korang nanti.

Dalam borang permohonan tu ada ternyata tempoh sijil siap dan syarat-syarat permohonan, korang baca terlebih dahulu supaya lebih faham dan tidak lakukan kesilapan ketika mengisi borang tersebut.

Sijil MUET Hilang

Untuk MUET korang perlu pergi ke website Majlis Peperiksaan Malaysia untuk muat turun borang permohonan salinan peperiksaan. Sama seperti Lembaga Peperiksaan caj akan dikenakan mengikut bilangan permohonan yang pernah dibuat sebelum ini menggunakan wang pos.




4 comments:

  1. skrang da maju senang semua boleh buat online =)

    ReplyDelete
  2. sijil sijil aida alhamdulillah masih ada semuanya. dari upsr hingga la ijazah.
    memang simpan rapi.
    ari tu hampir hampir nak amik muet, before sambung masters.
    rupanya tak payah. sib baik hi hi hi...
    start tahun ni nak sambung blaja, memang kena amik muet plak ekk.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)