11 Ogos 2018 merupakan hari bersejarah buat adik ipar bongsu nieyl. Majlis pernikahan yang diadakan sangat bersederhana di hadiri keluarga terdekat dan rajin-jiran yang rapat. Ini juga merupakan pengalaman pertama en.husband sebagai abang yang sulung melaksanakan tanggungjawab menikahkan adik bongsu. Bukan bakal pengantin je yang berdebar, yang nak nikahkan pun berdebar juga.
Dengan sekali lafaz, adik ipar nieyl selamat bergelar seorang isteri kepada jejaka pilihan hati nya. Alhamdulillah...Syukur..kami adik beradik dan juga mertua nieyl tak dapat menahan rasa sayu dan sedih bila mengenangkan ketiadaan arwah ayah. Nieyl terasa juga sebab nieyl sempat bersama ayah mertua 3 tahun sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.
Kiranya ini adalah penutup kenduri kahwin di rumah mertua nieyl. Jadi kami adik beradik banyak buat sendiri termasuklah hantaran. Nasib baiklah adik ipar nieyl yang sorang tu pandai juga gubah hantaran ni, so..jimat sikit daripada nak upah orang lain kan.
Untuk pelamin nikah tu pun, kami guna konsep D.I.Y ,cuma sewa peralatan ni sahaja..selebihnya kami deco sendiri ikut kesesuaian keadaan rumah. Simple tapi cantik..
Keluarga kecil ini kini semakin bertambah bilangan ahlinya. Syukur Alhamdulillah,moga selepas ini akan bertambah lagi ahli -ahli yang comel dalam keluarga kami...InsyaÁllah Amin..Doakan nieyl ya!
Dalam gambar atas ni Ellsa dengan Adam tak ada..Tidur...
Semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat..
ReplyDeletetahniah Nieyla dapat besan baru :D
ReplyDeletetahniah..selamat pengantin baru
ReplyDeletetahniah nieyl dpt adik ipar baru.
ReplyDeletemoga keluarga kian bahagia dan meriah.
Alhamdulillah.. Tahniah buat pengantin..
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah buat kedua pengantin..semoga bahagia hingga ke jannah
ReplyDelete