Yang lepas nieyl dah share 2 majlis yang telah berlangsung kini majlis yang ke-3 iaitu malam berinai untuk mempelai yang diraikan. Pada malam tu kami adik beradik pakai jubah warba biru. Untuk pengetahuan korang, buat sahaja pengantin je ada banyak baju, kami adik beradik pun banyak baju juga untuk majlis perkahwinan kali ni.
Majlis malam berinai berlangsung pada pukul9 malam di hadiri keluarga terdekat dan juga tetamu-tetamu yang datang kenduri malam hari. Dengan sini jika tetamu tidak dapat hadir di hari persandingan, mereka akan hadir pada malam sebelum hari persandingan.
Pelamin adik ipar nieyl ni sememangnya cantik, nieyl sendiri jatuh cinta walaupun pelamin dipasang dibawah khemah tapi masih mengekalkan kecantikannya seperti di dalam dewan. Ini kalau atas pentas memang lagi CUN.
Dekorasi untuk meja kek ini idea datang dari nieyl dan juga adik ipar nieyl ema, dengan taburan kelopak bunga rose dan di kelilingi dengan lilin ..romantik sangat tauuu..
Kenangan bergambar di pelamin waktu malam, cantikkan?rasa nak sanding sekali lagi dengan husband..hehehe..memang cantik masih tak boleh move on lagi..
Ini pula kenangan kami sekeluarga bersama pengantin di majlis malam berinai, bunga dan baju kiteorg ni macam kena je kan...semua gambar kiteorang cantik²,tak sabar rasanya nak tengok gambar dari photographer.Bila tengok gambar ni, semuanya pegang anak, nieyl je yang masih kosong..eh..tak apa...ok je...InsyaÁllah semoga Allah beri rezeki tu nanti...USAHA!
Oklah korang, tinggal satu sahaja lagi majlis nieyl nak share dengan korang kan..terlalu banyak gambar yang nieyl nak share dengan korang tapi satu-satu la yaa...:)
memang cantik sangat pelamin dengan bunga combination warna baby blue dengan pink! Tahniah kak Nieyl sekeluarga
ReplyDeletemmg cantik la pelamin dia..:)
ReplyDeleteCantiknya pelamin dan warna tema malam berinai..
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat adik ipar Nieyl.
ReplyDeleteMeriah sungguh.
Meriah majlis :)
ReplyDeleteSuka tengok pelamin dia..memang pencinta biru ye..
ReplyDeleteCantiknya pelamin dia..
ReplyDeletedari tadi aida tgk, tema nikah.
ReplyDeleterupanya berinai pun ohsem tema nyer, warna nyer, majlis nyer :)