Salam Jumaat semua... mulakan hari mu dengan senyuman dan zikir.. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dr semalam dan semalam..Amin.. Sambil² mendengar zikir² terapi dr album hafiz hamidon nie... jiwa dan hati sangat lapang sambil bibir turut serta berzikir...:)
Oklah nak share malam tadi dalam pukul 10 mlm ke atas lah.. kat rumah terdengar la bunyi bunga api..berulang² kali.. Sbb rumah dengan ngan putrajaya,belakang PICC tu.. So,memang boleh dengar la dengan jelas...
Dalam hati fikir jugak ada perayaan apa lah pulak.. Floria belum lagi..Dengar bunyi meriah betul bunga api tu..
So,pagi nie check..rupanya Magic Of The Night dah start semalam.. patut lah sakan bunyi bunga api...
Bermula 28-31 Mei 2015 Jam 5.00 - 11.00 Malam Ada pertunjukkan bot berhias dan bunga api..
seindahcerita: terima kasih kepada yang singgah ke blog nie hari²..
Masih teringat ketika berada di dalam class tahun 1 time tu 1992.. Salam perkenalan mesti cikgu akn tanya nama,tinggal mana,cita-cita apa kan.. Semua kalau boleh nak jadi yang hebat².. Polis.. Cikgu.. Askar..
Professor..
Doktor... Saintis..
Macam² lah..termasuklah diri ini bila cikgu tanya kamu nak jadi apa? polis cikgu.. Cikgu tanya balik kenapa kamu nak jadi polis? sebab saya suka tengok gerak khas.. hahaha..bila terkenang balik jawapan tu,tergelak sendiri skrg nie.. kuat betul pengaruh tv ye...
Bila Meningkat tahun 5, cita² yang dulunya nak menjadi seorang polis tuh.. bertukar kepada nak jadi cikgu pulak.. bila cikgu suruh tulis karangan tentang cita².. dengan bangga nya ku tulis.. Cita² saya ingin menjadi seorang guru kerana boleh mendidik murid² dan dapat cuti sekolah yang panjang.. Adoi..geleng kepala cikgu baca..haha.. Sebab zaman sekolah dulu nikmat cuti sekolah adalah sgt best..hihihi..
Tahun 2001 melangkah kaki ke sekolah menengah.. sekolah harian biasa saja sebab result tak berapa nak gempak sgt pun.. lagipun memang taknak duduk asrama time tu.. Bila dah sekolah menengah, pelbagai perasaan kita rasa.. manis,pahit tu orang kata kita dah boleh bezakan dah. lelagi bab cintan cinton ni kan..haha..
Cita² time tu pun ikut bertukar jugak.. nak jadi seorang pakar psikologi..sebab selalu menjadi tempat kawan²..
luahkan masalah tidak kira la cinta monyet ke..masalah kewangan ke.. Apa² sahaja lah..sejak itu lah nak jadi Pakar Psikologi lah pulak..adoi...
Lepas STPM mohon nak buat Ijazah Psikologi... tapi sayang 2x di tolak..time tuh down gler... lama jugak nak terima kenyataan..sbb klu nak buat kat kolej boleh je.. tapi degil nak wat kat U awam sgt kan..haha..
Tapi tak apa lah..mungkin semua tu ada hikmah di sebaliknya.. yang kita tak tahu kan..So,mane² adik yang dah dapat masuk U tu... Study lah betul²..sbb kat luar sana ramai yang nak masuk U tp tak kesampaian..
sampai ke tua pun ada tau..so,jangan sia² kan peluang yang di beri :)
seindahcerita: Tidak semua perkara yang kita nak..kita akan perolehi :)
Susah tau nak jadi orang malas... Lelagi kalau ada suami...ada anak... bila fikir je...alangkah bestnyer jadi malas... tetiba akan terdetik...ala..suami tak makan lagi... rumah tak kemas lagi..baju tak cuci lagi.. anak tak buat homework lagi..haha..
ha..nampak?susah kan nak jadi malas... baru niat nak malas...terus insaf jadi terlebih rajin..haha..
Kebiasaanya kalau orang kata betul² mls..
terutamanya bab memasak..hakikat memang kena masak laa... paling malas pun telur ngan kicap la... tapi nieyl punyer tahap malas memasak tu... nasi goreng simple je laaa... mcm kat bawah nie...bertambah en.husband makan..:P
Air tangan isteri tu mahal..penyedap tuh..hihi.. cepat² kahwin yea...:P
seindahcerita: kalau ada anak lagi la..x sempat nak niat pun jd malas..haha
Saja nak share pagi ini lagu / lirik yang banyak memberi semangat..
memberi kata² positif membina semangat apabila rasa down..
Salam semua Izinkanku sampaikan kata-kata hatiku Inginkanku pejamkan mata Supaya bebas ku bercerita Lihatlah gambaran impianku yang ku lukis sepanjang perjalanan Merangkumi banyak contengan tapi tatkala ada lukisan Kadang ku jatuh, ada juga masa ku buntu Tapi ku teguh melangkah jauh Hingga ku jejaki puncak gunung Pasti ku 'kan bertarung
Biar... Biarpun berjalan Menepis deras hujan dan panas yang menyerang Jangan (jangan) jangan kau menyerah atau mengaku kalah Teruskan perjuanganmu
One two, one two Yeah Ke mana dia? Tunggu aku berjaya Lebih jauh daripada zaman sekolah Ku lebih matang, pandangan aku luas Sesaat kerja habis aku pandang ke Tuas
Yeah aku yakin ini yang aku mahu Ku belum cuba belum tahu Dan kalau aku pergi mungkin kau tak setuju Tapi ku tetap menuju laju seperti peluru Ke arah masa depan, ke arah hadapan Mana kelas tambahan yang aku nantikan? Kalau aku gagal, siapa ada jawapan Dan kalau aku gagal, siapa kawan hah? Terima kasih buat mereka yang terus menyokong Terima kasih buat mereka yang berbual kosong Dan walau apa pun yang akan berlaku Kalau aku sampai dulu aku tunggu Yeah
Aku dengar dia pilih jalan ini untuk berjaya Aku dengar dia pilih jalan senang untuk kaya Ada ramai yang cemburu ada yang mata merah Tetapi itu hadiah siapa sahkan salah, hah? Aku tak sombong mungkin segan saja Sudah lama kita tak jumpa pun tak cukup masa Aku tetap ada di sini, tak pernah dipaksa Aku harap kau buat sama
Kadangku jatuh, ada juga masa ku buntu Tapi ku teguh melangkah jauh Hingga ku jejaki puncak gunung Pasti ku 'kan bertarung
Biar... Biarpun berjalan Menepis deras hujan dan panas yang menyerang
Biar... Biarpun berjalan Menepis deras hujan dan panas yang menyerang
seindahcerita: selalu dengar lagu,faham tak lirik² dia?
Haii uolls..so,pagi ni tak ada kat workstation sendiri... sebab ganti PA Big boss sekejap.. dan sebab itu jugak la tak boleh nak update cerita bergambar pagi ni..
sbb duduk kat tempat orang kan...guna pc org.. so,kena behave sikit..hihi..
So,ada lebih kurang 3 jam nieyl ganti tempat org nie.. so,nieyl nak BW blog uolls la.. so,sesiapa yang nak nieyl BW blog korang dan klik²..hihi.. sila lah tinggalkan URL blog korang kat ruang komen...:) InsyaÁllah..nieyl akan terus terjah blog korang :)
seindahcerita: adoi..kena behave kat tempat org..boring sbb x leh dgr lagu..hihi
Pepagi dah mulut manis macam gula kan.. terlebih minum manis pagi ni tu yang terlebih manis mulut tu.. Alhamdulillah...en.nuffnang baik hati beri lagi CPUV kat blog nieyl :) terima kasih lah...kalau boleh,biar lah lama² kat situ...
Kalau rasa baik hati lagi dan lagi... en.nuffnang bagi la lagi dan lagi...dan..dan.. bagi kat semua kawan² blog sye jugak..hihi..Amin...
First time hari ni lunch kat cafe Jabatan Kastam depan office hari ini..
kebetulan kat area AG ada jualan..so,berjalan² lah lepas makan tadi... Cuci mata aje tak beli apa pun...
Hari ini semua orang cerita pasal YB KJ.. ala...uolls mesti dah tahu kan pasal apa kan.. klu tak tahu...p lah terjah OHBULAN!
10 Sebab YB KJ Menteri Paling Cool n Fit..
1. Tall, dark & handsome 2. Bakat Lakonan 3. Paling Fit 4. Pengarah Filem 5. Tak kisah kena Troll 6. Pakaian Sempoi 7. Pandai Tackel Orang muda (belia) 8. Peminat tegar MU 9. Skaterboy 10. Contoh bapa terbaik
Baru semalam layan Youtube YB KJ ngan en.husband.. Hari ini dah kuar cter pasal diaaa...
ada satu yang kelakar... member kat office melawak.. Dia belum kahwin lagi laaa...
"kalau nak minta tukar,minta² lah dapat kat KBS" hahaha... (berangan lebih)
Sambil² search tadi terjumpa satu artikel.. yang aagak menarik jugak la nak di kongsikan kat sini... Selalunya yang akan siapkan bekalan anak² adalah ibu kan.. so,kali nie versi ayah pulak... Pada nieyl ianya memang awesome lahh...
Seorang bapa yang sangat kreatif akan melukis.. beg bekalan anak dia...hampir setiap hari..dan yang bestnya... kartun yang berlain setiap hari..wah!gigih gila ayah dia nie...
kagum ar..rasanya kalau minta ayah lukiskan mcnie.. apa jawapan dia?hahaha...
seindahcerita: Mcm² cara untuk menarik minat anak makan kan..
Selamat pagi semua... mulakan hari dengan melihat dan menerap segala benda² yg positif dalam diri.. supaya hari ini dan akan datang menjadi lebih tenang dan bahagia :)
Dari dulu lagi..bila tiba masanya tidak sihat... mesti akan cari mak..tak kira lah sebelum kahwin atau lepas kahwin nie.. (mentang² lah rumah mak dia sebelah rumah) ala kalau tak kat sebelah rumah pun..memang akan cari mak jugak kot..
Semalam pagi perut memang tak sedap..senggugutkan..faham² lah.. segala mood ke laut..tak banyak cakap..banyak baring..tidur je... selera makan memang putus la...tengok nasi pun tak ada perasaan...
Mulalah mengada² dia sampai...suruh mak masakkan bubur kosong.. sebab tekak hanya boleh telan benda² lembut je... Lepas tu gagahkan juga diri masuk dapur.. masak ikan bilis telur + cili api.. dan brokoli..
tak nampak macam menu orang sakit pun..haha..
seindahcerita: en.husband pun melayan makan bubur..hihi
Selamat kembali bekerja semua... Semoga hari ini tak monday blues yea..
Dari pagi semalam perut memang tak berapa nak sihat... biasalah masalah orang pompuan nie..faham² jelaaa... tapi gigih gak pergi kerja pagi ni...hopefully boleh bertahan sampai petang...
Awal bulan aritu dah start merajuk dah ngan nuffnang nie.. sbb dah dekat 5 bulan tak ade satu pun CPUV yang melekat kat blog nie.. So,pagi nie check..eh..ade satu laaa...Aminnn... rezeki...TQ nuffnang..nanti bagi la byk².. :P
Kebiasaanya hari jumaat memang banyak lunch kat cafe office saja.. Tapi hari ini ikut kakak² office nie keluar makan.. Kali ini kami try makan kat Yunnam Steamboat Cyberjaya...
Kali pertama jejakkan kaki kat kedai ni.. so far..memang kedai nie tak berapa nak ramai orang..
mungkin sebab kawasan kedai tu di bangunan baru².. tak banyak lagi office buka.. Tapi okey lah kalau nak makan santai²..
Cuba uolls teka berapa harga makanan kat bawah² nie...
Dapat agak tak berapa?? Memula masa kakak office bagitahu harga dia.. memang terkejut laaa..sebab mana ada lagi orang jual murah cmtu..
lepas tuh kenyang jugak la makan...
Item dalam set 1 pinggang bahan² steamboat nasi goreng cina ice cream air boleh refiel byk kali..
HANYA RM 9.90
Kalau nak makan steamboat buffet hanya RM30/seorang