18 September, 2017

Shopping Di Jakel Mall sangat menyeronokkan!

Shopping Di Jakel Mall sangat menyeronokkan! | Happy monday korang, selamat bekerja ya semua, tak mo monday blues okay sebab this week kan kita kerja 4 day je..yeay!happy kan..cuti 3 hari this week. 

Last week seperti yang dirancang, nieyl dengan my sukasih sister pergi shopping di Jakel Mall KL ini kali kedua nieyl ke Jakel Mall KL, bulan lepas nieyl datang juga untuk survey kain-kain, so..last week pergi sekali lagi untuk beli. kitaorang ingat beli kain sekayu ni sekejap je rupanya lamo juga berjam-jam kitaorang dalam Jakel Mall ni tapi sangat puasa hati sebabnya layanan Jakel memang tip top la,melangkah masuk ke ke dalam tu akan ada staff yang akan menawarkan perkhidmatan untuk membantu..bagus²..


Bila dah nak habis shopping, sempat snap gambar kenangan depan Jakel ni bukan selalu dapat shopping banyak macam ni. Mesti ramai yang tertanya banyak nya shopping kan, ala korang ini bukan semuanya nieyl punya, ni semua shopping kain untuk semua adik beradik,ipar duai semua untuk majlis perkahwinan adik bongsu nieyl Insya'Allah bulan 12 nanti.


Penuh bonet kereta dengan plastik Jakel, nieyl suka sangat shopping di Jakel Mall KL ni sebab luas dan lebih banyak pilihan dan menawarkan harga yang super best la..Walaupun harga dia murah tapi kualiti dan corak kain dia sangat cantik. (dah angan-angan nak spend duit gaji bulan depan nak beli kan)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)