Pencinta Fridge Magnet

Pencinta Fridge Magnet | Salah satu minat en.husband dengan nieyl yang sama adalah kami berdua suka kumpul fridge magnet tidak kira luar negara ataupun dalam negara. Selalunya adalah pemberian kawan-kawan office, boss yang suka travel tapi ada juga yang nieyl dan en.husband beli itu biasanya di dalam negara lah. Setiap negeri kami pergi, kami akan beli fridge magnet yang pastinya tidak akan sama yang sedia ada. 


Antara pemberian fridge magnet luar negara dari officemate adalah dari INDONESIA, BANDUNG, KRABI, JAPAN, KOREA, DUBAI, SINGAPORE dan banyak lagi. So, officemate memang dah tahu yang nieyl memang suka fridge magnet.Tengoklah board sampai dah penuh dekat dapur. En.husband kata sebelum puasa ni nak pergi beli satu lagi board.

Sebelum ini memang nieyl letak semua fridge magnet ini di pintu fridge, tapi di sebabkan anak-anak buah nieyl yang kecil-kecil ni sangat tertarik dengan fridge magnet yang cantik dan comel tu nieyl terpaksa alihkan dan sebab keduanya adalah pintu fridge  kita boleh jadi rosak tau,kalau letak fridge magnet ini lama-lama dan magnet belakang tu akan cepat tercabut.

Kalau ada yang tertanya apa nama board ini, nama dia Magnetic Board , korang boleh beli di IKEA dengan harga kalau tak silap nieyl dalam RM39.90 dan dia ada banyak size. Jadi,harga tertaluk pada size yang korang nak la ya..

5 comments:

  1. Hi sis. Sy singgah sini.

    Sy dan suami pun peminat FM. Mana2 kami pergi tu yg kami cari dulu. So far dah penuh 2 pintu peti ais dengan FM. Tp syg ada yg patah sebab terjatuh.

    ReplyDelete
  2. Menariknya nieyl! banyak betul fridge magnet yang dikumpulnya.
    Kenapalah syed takda hobi macamni hehe.

    ReplyDelete
  3. FM antara hadiah yg sering diberikan kepada kawan2 apabila pulang bercuti..

    ReplyDelete
  4. magnetic board rupanya. Ingatkan dekat peti ais tadi. Tapi cantik fridge magnet ni kalau dah banyak2 macam tu πŸ˜„

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...