Sotong Masak Lemak Cili Api

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sotong Masak Lemak Cili Api | Balik kerja semalam mak cakap "nanti masakkan sotong masak lemak cili api ya" . sebab malam tadi giliran ayah tidur rumah mak. Patutlah mak suruh nieyl yang masak sebabnya, kalau kita masak kita makan..feel tak ada sangat. Tapi kalau orang lain masak kita yang makan memang AA rasa dia..hihihi..

Bahan-Bahan

7 ekor sotong (besar²)
2 ulas Bawang putih - dikisar
3 biji Bawang besar -dikisar
3 sudu besar Cili Api (dikisar)
Serbuk Kunyit
1 sudu kecil air asam jawa
Santan 1 kotak kecil
1 batang Serai(dititik)
Kacang Panjang
Petai
Garam secukup rasa

Cara-caranya

  1. Letak minyak sedikit dalam kuali,tumis bahan-bahan di kisar bersama serai sehingga sedikit kering,supaya cili api tu betul-betul masak.
  2. Masukkan santan dan air 2 cawan,kacau sehingga mendidih dan masukkan sedikit air asam jawa dan garam
  3. Kemudian,masukkan petai dan kacang panjang
  4. Last sekali masukkan sotong ,biarkan 5 minit terus tutup api.
  5. Ok siap!

* sotong kalau boleh tak perlu masak lama atas dapur,sebab nanti dia akan kecut dan kecil. 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. menarik .... kita jarang masak sotong selain masak sambal dan goreng kunyit ....
    tp kita tak mkn sotong org lain yang mkn la ....

    ReplyDelete
  2. menarik resepi sis... akak tak pernah masak sotong masak lemak... leh try... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...