Air suam rahsia kecantikan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Air suam rahsia kecantikan |  air suam?hmm..kalau air sejuk nak laaa..haha...itu diri nieyl yang dulu laa...boleh dikatakan setiap pagi,tengah hari sampai ke malam..teruk kan? Tapi Alhamdulillah dah besar nie dah sedar diri sikit sayang badan,terus berubah ke pada air suam atau air kosong. Lelagi la skrg ni berdiet sikit²,lagi la x boleh sentuh air sejuk ok,tapi klu terdesak je minum..haha..bila masa terdesak tu?haha..time kehausan tahap maksimum.. :)


Mengapa air suam dikatakan untuk kecantikan?

1. Membantu menguruskan badan
Air suam berupaya untuk membuang lemak dan melancarkan proses di usus. Ia juga meningkatkan metabolisme sehingga menjadikan berat badan anda seperti yang diidam-idamkan.

2. Melenakan tidur 
Merendam kaki dan mandi dengan air suam akan memberi kesegaran. Tubuh akan menjadi 'relaks'. Tidur akan menjadi nyenyak dengan tanpa gangguan. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan daripada timbulnya lingkaran hitam bawah mata.

3. Mencegah jerawat dan penuaan 
Dengan menggunakan air suam untuk membasuh muka, ia mengelakkan jerawat daripada tumbuh. Air suam juga ini sangat baik untuk melancarkan pengaliran darah.

4. Melembabkan kulit
Amalan minum air suam secara harian membantu menjaga kelembaban kulit. Air suam boleh mencegah daripada kulit kering dan bersisik.

Untuk pengetahuan, jika kitabiasa minum air berais atau sejuk, ia akan menyebabkan usus kita menyempit dan membekukan sisa-sisa makanan di dinding usus. Oleh itu, untuk penjagaan usus dan kecantikan dalaman, amalkan minum air suam selalu.

Patutlah mak nieyl selalu bising kalau nampak nieyl asyik minum air sejuk je, dia akan cakap ha..minum..minum..nanti dah tua baru tahu sakitnya macam mana..belum tua lagi dah semua sakit² macam nenek tua..sentap i okey!

Korang pun mana² kuat minum air sejuk tu, permulaan tu kurang² kan la ye...sama² kita jaga kesihatan badan kita nie,nak pakai lama nie.. :) InsyaÁllah...


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. ok fine bab kuruskan badan yg menarik perhatian...hihiii..

    ReplyDelete
  2. air masak mmg banyak kelebihan.. air suam terutama sekali

    ReplyDelete
  3. Betul tu nieyl. Air suam sangat penting dalam badan. Kalau minum sikit, terasa kulit kita kering je.. Cuma kadang-kadang minum juga minuman berais.. Masa tahap kehausan melampau bak kata nieyl. Hihi.

    ReplyDelete
  4. Emmm pcl memang amalkan, start dari lepas kahwin terus kurang minuman berais, air suam baik utk kesihatan badan.

    ReplyDelete
  5. Memang sedia maklum kelebihan air suam ni tp tulah air yg banyak gula dan sejuk yg dikejar kekadang tu....
    Tak dapat nak tahan nafsu hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...