Tips Elak Badan Berbau

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Petang nie nak share tentang badan berbau...
sedar atau tidak badan kita nie berbau...
Kadang² kita tak sendiri tak boleh nak bau kan...
tapi orang disekeliling kita boleh bau..

Sama lah macam kita terbau badan orang kat keliling kita..
Nak tegur tak sampai hati, tapi kalau dah badan berbau,
memang buat orang lain rasa rimas!
Kebanyakan orang mengeluarkan peluh ketika bersukan di kawasan
 panas atau dalam situasi cemas, takut dan stres.

Tips untuk yang berbadan berbau


1. Mandi secara teratur dua kali sehari membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria di kulit. Jika buat aktiviti tambahan anda disarankan mandi lebih dari dua kali sehari.

 2. Keringkan kaki selepas mandi. Mikroorganisma suka pada tempat lembap di antara jari kaki. Guna bedak kaki untuk membantu menyerap peluh di kaki. 

 3. Pilih kasut dan stoking dari bahan semula jadi supaya kulit boleh mencegah kaki dari berpeluh dan kaki boleh bernafas. 

 4. Guna kasut secara bergilir-gilir. Kasut yang lembap kerana peluh perlu dikeringkan terlebih dahulu. Oleh itu gunakan kasut secara bergilir. Seperti sepasang kasut dua hari sekali pakai. 

 5. Gunakan stoking dari bahan kapas dan bulu. Bahan ini menyerap peluh dan baik untuk kaki. 

 6. Sentiasa tukar stoking setiap hari kerana bila stoking basah oleh peluh, kerap menimbulkan bau dan menyebabkan jangkitan fungus pada jari kaki. 

 7. Biarkan kaki bernafas, cari masa tanggalkan kasut untuk memberikan kulit bernafas. 

 8. Semasa bersukan gunakan pakaian sukan yang diperbuat dari bahan yang mengelakkan kelembapan pada kulit. 

 9. Pakai pakaian yang menyerap peluh bagi membolehkan kulit bernafas. 

 10. Cuba teknik relaksasi. Teknik ini seperti yoga meditasi atau biofeedback dapat membantu mengendalikan stres yang menggalakkan berpeluh.

dan adalah lebih baik amalkan supplement seperti Alfalfa Complex

-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...