22 June, 2020

Hello Monday!

by on June 22, 2020


Assalamualaikum dan good morning
Welcome back MONDAY..
Ada yang monday Blues tak pagi ni?
Pagi ni masa lalu dekat lobi office,
Nampak ramai pegawai baru PT yang lapor diri..
Rasanya semua tu batch yang same interview dengan nieyl dulu...
Apa-apa pun semoga urusan mereka dipermudahkan...
dan nieyl doakan juga yang membaca post ini..
diberikan ketenangan dan dipermudahkan apa sahaja urusan hari ini..
Amin..

18 June, 2020

Hokkaido Baked Cheese Tart Memikat Selera

by on June 18, 2020

Hokkaido Baked Cheese Tart Memikat Selera | Sekarang ini musim durian merata-rata ada tempat yang menjual durian. Jujur cakap untuk musim selepas PKPB ni nieyl masih belum singgah lagi kedai durian dan merasai durian. Walaupun setiap hari balik kerja nampak banyak kereta dekat simpan rumah nieyl berhenti nak beli durian. Wow!sabar betul nieyl ni kan..hahaha tetapi ada satu benda yang nieyl tak boleh sabar oulls...Apakah itu?


Cheese tart flavour Durian D24 dari Hokkaido. Nampak seperti tart biasa-biasa saja kan, cubalah rasa memang AAA. Cerita dia last week ada officer nieyl bagi cheese tart hokkaido satu durian dan original flavour. Tapi disebabkan nieyl memang hantu durian, dah tentu yang durian tu menjadi kegilaan nieyl. So, bila balik tu nieyl share dengan husband sorang half. Masalahnya half tak cukup, sampai whatsapp dengan member, tanya Hokkaido dekat Alamanda masih buka lagi tak,rupanya dah lama tutup. Sedih tak dapat repeat beli. 


Keesokkan harinya, husband ajak pergi IOI Mall Putrajaya untuk survey wood langsir dekat Home Pro. Laju je nieyl minta duit dekat husband, nak beli cheese tart. Excited sangat sebabnya nieyl bukan beli 1 atau 2 cheese tart tau, nieyl terus borong 6 cheese tart flavour durian yeayyyyy... Puasa makan uolls..


Base tart ini pun sedap, walaupun kita simpan frozen dia masih sedap macam dekat kedai. Size tart ni pun besar, isi durian yang dicampur dengan cheese tu pun sedap. Berbaloi beli 5 percuma 1, tapi tak boleh selalu beli, berlubang poket belum gaji lagi..kekeke.. ♥


17 June, 2020

16 June, 2020

Satu Malam Tak Tidur Lena Disebabkan Dia Ni

by on June 16, 2020
Satu Malam Tak Tidur Lena Disebabkan Dia Ni | Tak tahu nak cakap macam mana dengan korang betapa sakitnya gigi nieyl sekarang ni. Actually, terasa sakit sikit-sikit tu dari last week lagi cuma sakit manja-manja saja, tapi malam tadi memang betul-betul menguji kesabaran nieyl badan dah penat bekerja 9 jam sehari, malam nak berehat dia berdenyut-denyut gusi ni sampaikan boleh terjaga dari tidur. Malam tadi 4 kali nieyl tersedar dari tidur sebab sakit sangat gigi ni. Pagi ni dah kurang sikit sakit dia cumanya lunch nanti nieyl nak pergi cari ubat sakit gigi dekat farmasi. 

Kalau tengok dekat cermin, tak ada pun gigi berlubang ke apa ke, cuma di hujung gusi tu nampak ada bayang gigi, ke gigi bongsu nak tumbuh??hmm..siapa ada petua nak kurangkan sakit gigi ni, meh la share dekat bawah ni okay...amat memerlukan sementara nak pergi klinik gigi nanti.

Ini bukan pose gaya comel ya, ini pose orang tengah sakit gigi 

15 June, 2020

Eng's Pop Corn Homemade Paling Sedap

by on June 15, 2020
Eng's Pop Corn Homemade Paling Sedap | Dalam banyak-banyak pop corn yang pernah nieyl makan sebelum-sebelum ini, Eng's pop corn ini adalah yang terbaik dan paling sedap. Kalau makan memang puas, nieyl dapat pop corn ni pun dari adik ipar nieyl. Rasa ke 5 baru nieyl buka dan rasa. Serius guys, memang sedap, terasa caramel di setiap gigitan rasa macam wahhh..sedapnyaa. 

Ha, kalau makan depan tv sambil tengok drama korea memang tak sedar tahu-tahunya dah setengah balang habis dalam perut. Actually, masa nieyl share eng's pop corn ni dekat Ig dan fb ada yang komen cakap pop corn ni memang sedap, so..korang kena cuba okay♥



12 June, 2020

Kotak Hiasan Dapur Dari Kedai Daiso

by on June 12, 2020
Kotak Hiasan Dapur Dari Kedai Daiso | Kedai-kedai yang sentiasa menjadi pilihan para isteri adalah kedai-kedai murah yang menjual kelengkapan untuk mendeko, ha selalu bila dah dapat masuk boleh habiskan berjam-jam dalam kedai. Sebelum ni nieyl dah share beberapa barang dari kedai Eco Shop, hari ini nieyl nak share satu barang yang nieyl sempat grab dari kedai Daiso. Kalau ada yang tak tahu, Daiso ini adalah kedai serbaneka dari JAPAN. Bukan sahaja di Malaysia sahaja yang ada kedai Daiso ini tau, ada beberapa negara yang kalau korang pergi boleh kunjungi juga seperti Singapore, korea, Australia , Canada dan lain-lain lagi.


Ini barang yang nieyl beli, satu bekas besar dan satu lagi bekas kecil. Yang bekas besar tu husband nieyl guna buat DIY untuk letak koleksi jam tangan dia. Dan yang kecil tu , nieyl letakkan bekas pencungkil gigi dan diletakkan di atas penapis air..


Tadaa..nieyl deko simple -simple je janji nampak kemas dan tersusum, nak cari barang pun senang kan.. ha..kalau ada yang berkenan, boleh jadi idea untuk deko tempat pencungkil gigi tu..boleh la beli di Daiso Okay ♥

10 June, 2020

Doaku hari ini untuk kalian

by on June 10, 2020


Assalamualaikum dan good morning...
Setiap pagi kita berdoa untuk kesejahteraan ibu ayah, ahli keluarga..
jangan lupa juga mereka yang berada disekeliling kita...
Nieyl doakan sesiapa sahaja yang membaca entry ini dipermudahkan segala urusan 
dan dilapangkan hati ♥


09 June, 2020

Jika Salah, Perbaiki! Jika kalah, Bangkit!

by on June 09, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Sekejap je kan cuti 3 hari..
Hari ni dah masuk kerja semula..

Dalam perjalanan hidup kita ini, pasti nya ada kala kita buat kesilapan dan kesalahan,
jadi sedarlah dan perbaikinya..Jangan malu untuk mengaku kesalahan dan kesilapan kita..
Perbaiki itu lebih baik dari tidak buat apa-apa perubahan dalam hidup...♥