21 September, 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

by on September 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : Sendiri)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : Berminyak)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin mencuba sendiri produk yang hebat ini dan share pengalaman kepada mereka yang ada masalah pada kulit wajah dan yang paling penting saya tiada sebarang alahan pada produk kecantikan. 

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Lepas Rindu Dekat Cucu

by on September 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lepas Rindu Dekat Cucu | Bila dapat tahu nak dapat cucu, excited kot sebab nak jadi nenek termuda. hihihi.. Alhamdulillah dah 3 bulan dah first cucu nieyl nie.. Masa rasa haji lepas sempat petang tu pergi PJ beraya rumah my sister. Jadi dapatlah lepaskan rindu dekat cucu sekejap sebab dia nak balik kampung dah petang tu..

Sekarang nie dia bila kita sembang² ngan dia dah pandai nak balas balik dah dengan bunyi² dia tu ala...so comey laaa...geramnyaaa..


Perasaan untuk memiliki zuriat semakin hari semakin tinggi..Allahuakhabar...InsyaÁllah..Amin..
Doakan yang terbaik untuk nieyl okey ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jualan Bagasi Termurah Di Parkson

by on September 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jualan Bagasi Termurah Di Parkson | Rasanya ada kawan²,kakak² yang tengah baca entry ni ada perancangan untuk pergi holiday hujung tahun nie atau dalam masa terdekat ni.. Ala..tak kisah la dalam negara ke ataupun luar negara.Janji pergi holiday kan...

Kalau nak pergi holiday ke dalam kepala kita adalah bagasi atau beg pakaian. Kadang² kita ada bagasi tapi kecil dan perlu bawa banyak bagasi untuk beberapa hari pergi holiday..So, kalau nak pilih bagasi tu bila bagasi yang ideal dan luas.

Nieyl teringin juga nak beli bagasi yang comel² tapi bak kata en.husband awak nak pergi mana dengan bagasi besar² nie..hahaha..okey fine!berangan jelah mampu..hihihi..eh..tak InsyaÁllah one day! Okey nak share ngan korang yang nak tercari-cari bagasi dengan harga MAMPU MILIK UOLLS!  serius lah...


Ha...bulat-bulat semua mata..ha..bukan itu sahaja uolls...banyak lagi diskaun yang ditawarkan masa pesta bagasi ni..ha..ini lah masanya korang nak jimatkan poket korang untuk lebih shopping time holiday nanti...wahh..!cemburunya i oullsss....


Lokasi : Parkson Maju Junction Mall,G Floor Event Hall

Tarikh : 20 September - 3 Oktober 2016

Masa : 10 Pagi - 10 Malam

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 September, 2016

Buat apa duduk dalam tandas lama-lama?

by on September 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Buat apa duduk dalam tandas lama-lama? | Kalau tanya sesiapa pun,perkara ni bukan lagi asing lah bagi mereka yang bekerja di pejabat terutamanya sebab kalau tandas awam tu belum pernah lagi la nampak la..mungkin korang pernah alami tu tak tahu la kan... 

Ada sesetengah orang ni suka duduk dalam tandas dalam waktu yang sangat lama bukan sebab dieorang mengalami masalah seperti buasir atau sembelit tapi membaca..atau sibuk dengan telefon masing². Adoi..orang macam tu pun ada ya?pelik tapi benar..cuma takkan mengaku laa..

Tapi sebenarnya perbuatan seperti itu tidak elok dan mengundang bahaya kepada diri kita sendiri. Semakin lama kita berada dalam tandas semakin banyak penyakit yang kita boleh alami menurut laporan Nypost ..lagipun syaitan sukaaaaaa...

  1. Duduk lama di mangkuk tandas (tandas duduk) semakin tinggi tekanan yang di alami pinggul kita dan boleh menyakibatkan penyakit buasir. Ha..elok² tak ada buasir..dapat pula buasir..sakit tau kalau kena buasir nie...
  2. Ha..bukan tandas duduk je boleh mendatangkan penyakit buasir tu,tandas cangkuk pun sama bila tekanan pinggil tinggi,aliran darah pinggul akan terganggu.
  3. Selain dari tu,yang duduk lama dapat tandas tu sememangnya mengalami masalah pencernaan dan bagi mengelakkan masalah itu,korang di galakkan ambil serat bagi melancarkan proses pencernaan yang lebih baik.
  4. Berbual dan bercakap ketika berada di dalam tandas mengundang kuman dan bakteria yang bakal melekat pada alat tersebut biasanya handphone la..takkan korang nak basuh handphone korang tu kan,so..elakkan bawa handphone ke dalam tandas.. :)

Ingat!kalau tiada masalah pencernaan tidak perlu habiskan begitu banyak masa dalam tandas ya..bukan bagus pun.. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Mereka Membesar Depan Mata

by on September 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Mereka Membesar Depan Mata | Pantas masa ini berlalu sampai diri sendiri tidak sedar yang umur kini dah 28 Tahun..Terasa seperti umur baru nak 24 Tahun..hihihi..ala..kasi la chance nak perasan sekejap.. ツ tinggal lagi 2 tangga nak masuk 3series.. Tapi tak apa,orang kata kita awet muda..hahaha..sila kan muntah hijau..

Kalau korang nak tahu,inilah muka makcik yang mempunyai 24 orang anak buah dan seorang cucu..caya tak?? 😮 Tapi korang memang kena percaya,sekarang ni dah pakai pangkat nanny dah wei.. Alhamdulillah..walaupun belum dikurniakan zuriat sendiri anak² buah ini lah menjadi penghibur, peneman menghilangkan rasa sunyi hidup ini daripada fikiran terganggu dengan kata-kata manusia yang lidah tidak bertulang. 😎 


2 orang anak buah yang dulu nya kecil je, hari ini masing² dah membesar dengan tingginya mengalahkan makcik dia, seorang umur 17thn dan seorang lagi 14 thn. Masing² dah pandai melawa, berfesyen.. Dieorang ni lah suka melayan makcik dieorang,kalau nak pergi jalan² dieorang memang suka ikut,buat peneman.. Dan kami ada 1 habit yang sama, SUKA SELFIE..hahaha..

Yang umur 17thn, bulan 11 ni nak start exam SPM..semoga Allah permudahkan setiap pembelajaran dia dan lapangkan hati menerima setiap ilmu di saat² akhir nak exam nie... ☺


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 September, 2016

Derma Darah Menjadi Amalan

by on September 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Derma Darah Menjadi Amalan | Sebelum terima berita ayah masuk hospital, memang dah plan hari jumaat pagi tu nak pergi ke Jusco Taman Equine untuk derma darah sebab last derma darah 1/4/2016. So, bulan nie dah kira lebih dari 3 bulan lah,boleh dan layak untuk derma. Nak dijadikan cerita, kami hanya boleh melawat ayah pada waktu melawat sahaja iaitu 12.30 tgh hari sehingga 2.00 petang dan 4.30 petang sehingga 6.30 petang. Jadi plan nak pergi ke hospital dalam pukul 12.30 macam tu.

Jumaat pagi tu pukul 10 pagi start enjin kereta terus pergi ke Jusco, Alhamdulillah..jalan pun tak banyak kenderaan sangat jadi dalam 25 min sampai..



Bila sampai memang tiada orang lagi yang datang nak derma,jadinya nieyl orang pertama yang datang seawal pagi untuk derma darah. Seperti biasa prosedur  kena isi borang dahulu, okey dalam borang tu banyak soalan² tentang kesihatan diri kita,kena jawab sejujur-jujurnya yaa..tak mo tipu²... 

Selesai isi borang kena serahkan jari pula untuk doktor check jenis darah kita, so far walaupun nieyl dah ada buku dan tertera jenis darah, memang prosedur kena check juga ye,tak boleh nak menyelat. Ala..tak sakit pun u olls,macam kena gigit semut je..betul,ce tanya ibu² yang mengandung..dieorang setiap bulan kena cucuk jari kan sebab nak tgk check kandungan gula dalam darah :)

Lepas dah check jenis darah, kena pergi ke next kaunter pula,sori ya tak ada gambar..Kaunter kedua adalah untuk doktor check tekanan darah kita dan dia akan tanya semula soalan² dlm borang tadi untuk pengesahan dia. Actually tidak semua orang boleh derma darah tau oulls,ada beberapa syarat yang kita kena penuhi,sebelum kita boleh derma darah. Ok yg itu nanti i share okey..


Kena step seterusnya adalah kena baring atas kerusi yang di sediakan mengikut keselesaan kita, contohnya nieyl selesa ambil darah dari tangan kiri,so..cari tempat yang ada untuk tangan kiri. Sebelum² nie nurse perempuan yang akan cucuk nieyl, tapi kali ini lelaki..actually,nieyl aspek takkan lebam sebab nurse nampak macam sangat mahir. Agak sedikit rasa sakit la masa dia cucuk tu..tapi buat relax je..hihihi..


Masa ni kita kena pam benda dekat tangan tu,supaya darah keluar ngan cepat..Alhamdulillah nieyl ambil masa dalam 10-15minit untuk penuhkan 450ml..Bila nurse dah cabut jarum semua..rasa sangat lega,rasa sangat kepuasan dalam derma darah sebab kita tahukan pusat darah negara sangat memerlukan darah jenis O..so,nieyl darah jenis O..jadi ianya memberikan nieyl kepuasan dapat membantu mereka,tidak kira siapa pun yg akan terima darah nieyl tu satu hari nanti..

Kelayakan untuk menderma darah :-

1. Sihat tubuh badan. 
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
   ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
  iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga). 
3. Berat badan 45kg ke atas. 
4. Tidur minimum 5 jam. 
5. Tiada masalah kesihatan. 
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah. 
7. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas 
8. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
9. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut : 
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual). 
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual) 
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial. 
  • Bertukar-tukar pasangan seks. Mengambil dadah secara suntikan. 
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.


Thanks dekat dieorang nie,sudi bangun pagi teman pergi derma darah..Anak buah nieyl dan kakak ipar nieyl. Alhamdulillah kakak ipar nieyl first time derma darah dan dia teruja. So,lepas nie nieyl ada lah kawan nak pergi derma darah tak adalah sorang².. :)


Thanks korang baca! ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Draf entry

by on September 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Draf entry | Dari last week lagi draf entry tu kononnya nak post time cuti hari tu, tapi sebab terlalu sibuk ulang alik ke hospital..Jadinya,masih lagi dalam draf...InsyaÁllah...nanti nieyl post one by one yaa..:) 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png