06 October, 2016

Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016

by on October 06, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Pesanan Penaja!

Tiada syarat yang susah untuk bloglist kali ini. Cuma
  1. Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
  2. Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
  4. Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
  5. Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Allah sentiasa ada

by on October 06, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Allah sentiasa ada | Sekebal-kebal hati ini, bila tiba saat itu,hati yang kebal itu pun boleh jadi lemah. Itulah diri ini yang serba lemah di dalam diri. Luaran cuba untuk menjadi kuat seperti wanita besi namun hakikatnya itu semua hanyalah bayangan. 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

05 October, 2016

Cara atasi sinki tersumbat

by on October 05, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cara atasi sinki tersumbat | Kalau cakap pasal sinki tersumbat nie,aduhai..stress rasanya kan? sebab itulah sebelum cuci pinggan mangkuk nie,nieyl selalu sediakan tapis dulu supaya sisa-sisa makan di buang terlebih dahulu sebelum terus cuci. Kalau tidak hmmm segala sisa dalam sinki tu dah la sinki tu lubangnya kecil je.

Selalu kalau tersumbat,tercari-cari pam hitam tu kan,rumah nieyl memang tak ada pam tu..so,kena la pergi rumah kakak pinjam..hahaha..tak pun biasa siram sinki dengan air panas. ha..so far menjadi la petua mak nieyl tu. 

Tapi sebenarnya ada je lagi cara yang mungkin lebih mudah untuk kita atasi masalah sinki tersumbat nie dengan menggunakan baking soda dan cuka.

Caranya
  1. Masukkan 1/2 cawan baking soda ke dalam lubang sinki but make sure air dalam sinki tu dah buang la ya...
  2. Masukkan 1/2 cawan cuka dalam lubang sinki tu tunggu 5 minit.
  3. Lepas tu ambil 1 jag air panas dan curah dalam lubang sinki.



selamat mencuba...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Male Politicians in Japan Wore Pregnancy Vests

by on October 05, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



2014 kajian daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan mendapati bahawa wanita Jepun melakukan kira-kira lima jam kerja rumah sehari, manakala lelaki Jepun sahaja satu jam sehari. Negara ini juga telah dikritik kerana tidak menampung ibu yang bekerja, dengan hampir 70% daripada wanita meninggalkan tenaga kerja selepas melahirkan anak pertama mereka. 

Jadi, tiga gabenor Jepun bekerjasama dengan Kempen Kyushu Yamaguchi Kerja Promosi Life untuk menghasilkan video untuk menggalakkan orang Jepun untuk membantu isteri-isteri mereka di rumah. Dalam video itu, Miyazaki Wilayah Gabenor Shunji Kono, Yamaguchi Prefecture Gabenor Tsugumasa Muraoka dan Saga Prefecture Gabenor Yoshinori Yamaguchi memakai 7,3 jaket kehamilan kg bertujuan untuk mensimulasikan kehamilan pada trimester ketiga, dan berjuang dengan tugas-tugas biasa, seperti memakai sarung kaki dan membawa barangan runcit rumah . Video itu berakhir dengan mesej menggalakkan lelaki di negara ini mengamalkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih padat.


Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

04 October, 2016

Ayah seorang yang sangat kuat

by on October 04, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ayah seorang yang sangat kuat | 30 September 2016 merupakan tarikh dan hari yang sangat penting bagi ayah dan kami sekeluarga.. Bila doktor bagitahu yang ayah comfirm akan jalani operation bypass pada 30 September Jam 7 pagi. Dalam hati berdebar-debar menanti 30 september, kami adik beradik jam 5 pagi sudah berkampung di IJN di bilik ayah. Untuk temankan ayah,luangkan masa yang ada untuk memberi segala kekuatan pada dia. 


Untuk pembedahan bypass ini,ayah nampak begitu tenang dan tak sabar untuk tunggu nurse jemput dia. Sementara menanti nurse sampai, kami adik beradik sembang,borak² dengan ayah..tergelak²,sangat ceria tapi dalam hati siapa yang tahu kan...kami adik beradik sama-sama happy kan ayah..ceriakan dia..supaya dia tidak rasa gementar..




Sebelum ayah masuk ke bilik pembedahan, doktor bagitahu jangka masa pembedahan mengambil masa lebih kurang 2 jam jika tiada masalah yang lain.  Hati sangat berat nak biarkan ayah pergi ke bilik operation tu,sedaya upaya menahan air mata walaupun mata ayah dah berkaca menahan sedih. Sebab ini merupakan kali pertama ayah sakit dan kena lakukan operation yang sangat besar melihatkan nyawa. 

Selepas 4 jam, Alhamdulillah...Operation berjalan dengan lancarnya. Dan ayah di tempatkan di unit ICU untuk beberapa hari sebab jantung ayah belum stabil lagi. Perlukan rehat yang panjang. 


Time nie ayah baru lepas di beri ubat maybe ubat tu mengantuk kot.sampai orang datang ayah tak sedar. Dia tertidur dekat kerusi tu. 2 hari ayah kena tahan ICu sebab jantung ayah kejap laju kejap normal. So,doktor tak berani nak pindahkan ayah ke wad..


Alhamdulillah,petang semalam dapat info group family..ayah dah dibenarkan masuk wad..Lega hati dengar cumanya ayah dah start minta makan macam² yang sepatutnya dia x boleh makan. Aduhai.. ayah..ayah...please makan dengan pantang... ini orang yang jaga ayah nie kena banyak bersabar dengan kerenah ayah..Sebab yela kita dah biasa makan sedap²,biasa kita tak boleh makan..mesti kita rasa nak marah,nak sesuaikan diri kena ambil masa. Hopefully,ayah berjaya mengharunginya...

Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan ayah nieyl. 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Dengan RM150,apa yang dapat?

by on October 04, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Dengan RM150,apa yang dapat? | Semalam pergi ATM keluarkan RM150 sahaja untuk beli beberapa barang keperluan dapur dan diri yang dah habis. Pada mulanya plan RM100 sahaja nak beli barang yang lagi RM50 nak buat duit poket... Tapi bila dah beli barang-barang semua..hahaha...RM150 lesap semua habis dekat kedai.

Meh nieyl nak share apa yang nieyl beli dengan RM150, faham jela zaman sekarang nie kalau beli barang nak dapat 1 troli pun susah. Nasib baiklah tak shopping dekat pasaraya yang besar-besar, nieyl shopping dekat speedmart je...harga barang masih di kategori kan murah lagi la..walaupun beza dia dalam sen-sen tapi kadang² ada barang dia yang beze ringit-ringit tau..


Antara barang kering yang nieyl beli :
  1. Sabun Breeze
  2. Makanan kucing
  3. Refil body wash
  4. Refil Softlan
  5. Joy
  6. Pemcuci Muka Safi Rania



Antara barang dapur yang nieyl beli :
  1. Cili kering
  2. Bawang putih
  3. Bawang besar 1 beg
  4. Telur 1 papan
  5. Cili Api
  6. Telur burung puyuh
  7. Ikan talapia 2 ekor
  8. Ikan Sardin 6 ekor
  9. Halia
  10. Kicap Kipas Udang
  11. Teh uncang lipton
  12. Sosej
  13. Roti Paratha


Itu yang nieyl rasakan perlu sahaja beli, sebab next week baru second round shopping untuk tambah² yang lain yang mana tak beli lagi. Ini nieyl berbelanja, kalau korang biasanya habis berapa banyak?
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Senarai Bloglist Oktober Seindahcerita