Boleh kalau nak guna kredit kad | Banyak kali di tawarkan untuk memohon kredit kad sepanjang bekerja,tapi belum pernah lagi hati ini terbuka untuk sign dengan mana² bank untuk kredit kad. Alhamdulillah..Sebab masih ada kesedaran diri yang diri ini sebenarnya tidak mampu untuk menahan nafsu shopping dan nafsu pembelanjaan yang tidak terkawal. That why, kredit kad sangat-sangat dijauhi dari kehidupan sekarang..Mungkin akan guna tapi not now..maybe bila rasa diri ini boleh belajar kawal nafsu perbelanjaan.Ini pendapat tentang diri sendiri..
Sebenarnya semua benda dalam dunia ini ada kebaikan dan keburukan,begitu juga dengan kredit kad ni ada masanya dia menjadi kawan karib kita dan pada masa yang sama kalau kita terlalu baik ianya akan bertukar menjadi musuh dalam hidup kita. Sebab itu kita kena pandai untuk mengawal diri kita bila bersama kawan karib kita iaitu kredit kad.
1 kredit kad sudah memadai
Nieyl pernah berkawan dengan orang yang mempunyai lebih dari 1 kredit kad. Kebiasaannya mereka yang bergaji lebih tinggi dr nieyl la..hihihi.. kalau nak pilih kredit kad pilih yang bersesuai dengan kita. Ini sangat penting untuk kita mengawal perbelanjaan kita. Kriteria pertama yang perlu di pilih ialah kad Islamik kemudian baru la kita boleh pilih kriteria lain mengikut gaji dan pembelanjaan kita. Contohnya,kalau perbelanjaan kita banyak ke arah petrol..seminggu 2x isi minyak nak pergi kerja,jadi korang boleh la pilih kad yang banyak boleh memberi kelebihan seperti bonus point ke kan.
Guna untuk dapat bonus sahaja
Bila dah guna kredit kad midset sangatlah penting okey. Korang kena midset bahawa kita guna kredit kad untuk mendapatkan point atau kelebihan yang lain yang tidak mungkin kita dapat kalau bayar tunai. fikir-fikirkan :)
Sentiasa buat bayaran penuh
Cuba elakkan daripada bayar minimun sahaja,kalau dapat penyata kalau boleh buatlah pembayaran penuh. Kerana kita akan dicaj dan akan jadi banyak di bulan akan datang ini yang mengakibatkan hutang semakin banyak dan akhirnya kita tidak boleh bayar..
Guna Hanya untuk perbelanjaan tetap
Dan ada 1 lagi cara yang lebih mudah untuk korang tidak terlebih belanja dengan menggunakan kredit kad,contohnya korang bayar bil-bil yang setiap bulan kita kena bayar. Kalau boleh,elakkan guna untuk shopping dan makan minum. Kerana ianya sukar di kawal dan mudah terlebih belanja..
Jadinya..berhati-hati ketika menggunakan kredit kad nya,berbelanja dengan bijak. sebab ramai orang muda-muda dah muflis disebabkan kredit kad. :)
Allah adalah penilai kita | Kadang-kadang niat kita itu baik tapi di salah erti dan dipandang serong oleh seseorang itu.Namun jangan la kita putus asa untuk menjadi baik setiap hari kita akan cuba untuk menjadikan diri kita lebih baik.Walaupun kadang-kadang kita rasa down bila orang sekeliling kita tidak menghargai kebaikan kita.. Jangan risau,ALLAH sentiasa tahu niat dan apa yang ada di dalam hati kita. Percaya bahawa setiap apa yang kita buat..Allah menilai..baik atau buruk.
Domino's Pizza Delivery | Wah!nampak tajuk domino's laju je klik kan. Siapa peminat makanan segera domino's? Kita geng. Ada kisah di sebalik tajuk tu, nie nak story nie. 15 Sept hari tu kebanyakkan staff ambil cuti panjang minggu raya korban. So, nieyl masih bekerja seperti biasa. Lepas update status dekat wall fb tu. Someone yang nieyl kenal, satu office pula tu komen and then tetiba dia kata tekak dia nak makan domino's. hahaha.. Tahu lah domino's tu tak sampai 10minit dari office nie. Ingatkan dia bergurau,sebab dah petang lagi sejam lebih nieyl nak balik dah. Rupanya dia betul² order..
Maaf ya kalau tengok status wall tak ada kena mengena dengan sembang pasal domino's hahaha.. adoi..lawak pulak rasanya sebabnya kawan nieyl tu duduk alahai...jerit pun boleh dengar la..mengada! :P
Around pukul3.50 petang, kawan pun panggil..tadaaaa...domino's dah sampai...wah!cekap dan pantas nasib baiklah tak salah pizza macam hari tu..hihi..hari tu member order lain dapat lain tapi nasib baik dia jenis tak kisah..bedal sahaja..
Box yang pertama, Set Fabulous Four yang ramai buat review cakap sedap dan best..So, nieyl baru nak try..hahaha..keseluruhan set ni nieyl paling suka mini cinnadots dan Roasted Chicken Drummets. Yang lagi 2 tu so so je la pada tekak nieyl.Tekak orang lain tak tahu la. :)
Box yang kedua kita ada pizza Extravaganzza dan box ke-3 xde dalam gambar kita try Banana Kaya Dessert. Memang sedap,rasa dia manis² buah macam tu,atas tu dia tabur gula halus..korang try la..Sedap!Kalau tak silap kalau Add-on harga dia RM6 tapi kalau beli ala carte dalam RM7.
Terima kasih sangat² dekat kawan tu, sudi belanja minum petang, balik senang hati dengan perut yang kenyang. :)
Melawat Ayah Di IJN | Kebetulan pagi tadi (22/9/2016) dalam pukul10 pagi 2 orang abg nieyl nak pergi melaway ayah dekat IJN , rasa hati ini nak sangat pergi sebab plan nak pergi hari sabtu nanti dengan my sister. Tapi kita hanya merancang Allah menentukan, Allah gerakkan hati ini untuk pergi juga melawat ayah hari ini, bersyukur sangat dapat bos yang tersangat baik dan nieyl minta time slip 4jam untuk melawat ayah dekat IJN. Kebetulan kakak nieyl yang kerja dekat KKM pun dapat pelepasan 4 jam ,so kami berempat pergi.
Orang kata tiada apa yang membahagiakan hati ibu ayah kita dengan melihat kehadiran anak² dia, mengambil berat tentang kesihatan dia walaupun jauh IJN dengan rumah nieyl. Alhamdulillah, hari ini hari ke 3 ayah kena tahan dekat IJN..Kalau dari segi kesihatan,ayah dah stabil dan masih kena rest dekat hospital untuk beberapa hari lagi. Ayah kena buat operation BYPASS ,Bypass ialah pembedahan pintasan koronari. Matlamat pembedahan ini adalah untuk menggantikan arteri rosak dalam hati dengan saluran darah dari bahagian lain badan. Pembedahan ini digunakan apabila arteri koronari anda tersumbat atau rosak.
Buat masa ni doktor belum boleh bagi tarikh untuk buat pembedahan,cuma kami adik beradik kena always standby,bila doktor dah tetap kan tarikh kami semua adik beradik akan ambil cuti dan menunggu di IJN. Kalau tak silap,pembedahan bypass nie mengambil masa lebih kurang 5 jam. Lama kan?hmm...
Nieyl suka IJN nie dia sangat selesa, actually..masa sampai tadi jumpa ayah dekat katil dia lepas ayah ajak duduk dekat ruang tamu,so..boleh sembang² dengan selesa. Ada tv kalau nak bercakap kuat pun tidak menganggu jiran-jiran sebelah katil.
Bila snap gambar nie, rasa macam kakak ngan abg² tengah interview ayah.hihihi.. ayah nampak lebih sihat,lebih cergas berbanding sebelumnya. Walaupun setiap pembedahan itu berisiko,tapi kata ayah.. berdoa sentiasa,jangan sesekali putus berdoa. dan tadi ayah pesan, ayah doakan semoga nieyl dapat diserap ke jawatan tetap..Amin...itu je yang selalu ayah ckp..InsyaÁllah..mudah-mudahan..Amin..
Itu bukan nieyl ye..itu my sister kebetulan hari ini dia pun pakai baju warna hijau sama ngan nieyl. Gambar nieyl tak ada sebab dieorang tak pandai nak snap picture nie,semuanya blur..😠 okey, itu je nak share ngan korang keadaan ayah nieyl sekarang nie..terima kasih atas setiap doa yang korang doakan untuk kesihatan ayah nie..InsyaÁllah..nanti nieyl akan update bila ada perkembangan baru tentang kesihatan ayah nieyl yaaa...:)
Petua Hilangkan Kesan Tahi Lalat | Kalau baju yang lama yang jarang² kita nak guna biasanya kita akan simpan dalam almari dalam jangka masa yang lama kan,kadang² tu kita tak sedar pun dah makan tahun. Kalau simpan dalam keadaan yang baik,InsyaÁllah..ini kalau jenis yang lembab² main campak je dalam almari itulah masalahnya.. Mesti banyak tahi lalat.
Sebenarnya kan korang, kalau kita ada pakaian-pakaian yang masih cantik tapi sayang ada kesan tahi lalat yang bintik² hitam tu,jangan la korang buat dalam tong sampah. Sebabnya kesan tahi lalat tu boleh di hilangkan dengan petua yang nieyl nak share ni..
Campurlah sedikit cuka ke dalam setengah liter air
Rendam pakaian yang ada kesan tahi lalat tu dalam bekas yang kita dah campur cuka ngan air.
Rendam tu semalaman ya..bukan sejam atau 2 jam
Keesokan hari,cuci pakaian tadi dengan sabun seperti biasa.
Siapkan air panas yang dicampur dengan perahan limau nipis
Bilas pakaian tadi dengan air perahan limau tadi
Biarkan beberapa saat dalam air panas tu
kemudian cuci semula pakaian tadi dengan sabun
Bilas dengan air bersih.
Jika tahi lalat masih ada lagi,korang boleh ulang langkah no.5 sehingga no.9.
Satu Kelainan | Pagi tadi ada perhimpunan bulanan untuk bulan september tema bulan ni Hijrah Satu Pengorbanan sempena Maal Hijrah akan datang. Konsep perhimpunan kali ini pun berbeza kalau sebelum ini kita akan berdiri sambil dengar amanat, tapi untuk kali ini kita duduk atas tikar manakala big boss duduk atas kerusi dan ada meja macam ustaz nak bagi tazkirah.. Tapi bagus lah ada kelainan dari sebelum ini cumanya kalau dah duduk bersila begitu, masing² berpotensi kebas kaki..hahaha.. Mungkin ada yang tahu, nieyl akan berpindah office ke bangunan kekal InsyaÁllah tak akan pindah lagi la rasanya sebab dah 2x pindah bangunan office nie. So,ini mungkin perhimpunan yang terakhir di bangunan ni..Akan datang akan buat di bangunan baru pula 😍