16 November, 2015

Lemon menjadi sahabat baik

by on November 16, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selalu kalau pergi pasaraya...Lemon memang menjadi pilihan..
tapi untuk buat air lemon tea jela..
tak pun untuk masak stim ke kan...
Tapi rupanya lemon ni banyak kebaikan nya dalam kehidupan seharian kita..
yang kita tak tahu...kita tahu makan je kan..kan..hihi..
Sebab nieyl pun baru tahu sebenarnya...
so,meh nak share dengan semua :)

1. Rawat jerawat 
 Lemon juga berkhasiat untuk mengubati jerawat yang muncul ketika sedang datang bulan. Perah sebiji lemon dan campurkannya bersama air. Oleskan campuran itu pada jerawat dengan menggunakan putik kapas. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.

 2. Ganda lembap 
 Campurkan beberapa titik air kelapa dan perahan jus lemon. Fungsi air kelapa akan menghidratkan kulit dan lemon akan membersihkan serta mencerahkan, cubalah...

 3. Kurangkan minyak 
 Mengesat kapas yang dibasahi dengan perahan lemon terbukti mengurangkan minyak pada wajah. Cuba sebelum tidur dan anda akan bangun keesokan pagi tanpa kesan muka berminyak.

 4. Pelihara kuku 
 Bagi yang sering menggunakan pewarna kuku tanpa menggunakan ‘base coat’ terlebih dahulu jelas membuat kuku semakin menguning. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan lemon yang dibelah menjadi dua dan gosok pada permukaan kuku untuk mengembalikan kejernihannya.

 5. Wajah cerah 
 Lemon banyak digunakan dalam rawatan pupur buatan sendiri. Salah satunya dengan menggunakan lemon dan madu sebagai bahan utama. Ambil ½ belahan lemon dan perah ke dalam mangkuk. Selanjutnya, tambahkan dua sudu madu ke dalam perahan lemon itu dan diadun sampai merata. Terakhir, oleskan ke wajah, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan secara rutin selama empat kali dalam sebulan untuk memiliki wajah lebih cerah daripada sebelumnya.

 6. Bintik hitam pudar 
 Ciri-ciri anti-bakteria pada lemon antara kaedah alternatif untuk merawat bekas jerawat. Hiris lemon, titiskan madu dan sapukan pada wajah di mana anda mempunyai bintik hitam. Tunggu lima hingga 10 minit sebelum bilas dengan air sejuk.


wah!!!banyaknya kita boleh guna untuk lemon..
hmm..lepas nie boleh la kita sama² gunakan lemon untuk kecantikan dan kesihatan kita :)


-LOVE nieyl-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Skyrides Festivals Park,Putrajaya

by on November 16, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ala..pagi ni tengok komen ramai yang tak tahu pasal..
Segmen blogger bertuah tu..Tak apa..
InsyaÁllah di lain waktu...
ada rezeki,nieyl buat lagi yea..

Okey la sebelum gambar² dalam hp nie terdelete..
meh share kat sini.. :)
Entrylepas nieyl ada story lepak kat area putrajaya kan... (PART I)
so, destinasi kedua nieyl pergi..

Skyrides Festivals Park,Putrajaya




nieyl jadi penonton saja...
Ramai juga orang time petang² bawa potluck..
duduk sambil tengok dieorang yg sahut cabaran skywarrior... :)

Banyak lagi aktiviti yang boleh di buat bersama keluarga kat sini...
nieyl pun tak abis terjah sebab time sampai tu dah lewat petang...
insyaÁllah akan repeat bersama family nanti :)

kalau datang ke putrajaya..
boleh la datang ke sini :)


-LOVE nieyl
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 blogger bertuah

by on November 16, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



terima kasih kepada uolls yang menghantar komen siang tadi...
Alhamdulillah....nieyl dah dapat dah 2 blogger yang bertuah sangat tu...
tersangat pantas menghantar komen...


Mereka adalahhhhhh...

Tahniah! sila email nieyl untuk tebus hadiah uolls okey..

nieyl.puteriimpian@gmail.com


kepada yang tidak berjaya..
takmo sedih² okey..
InsyaÁllah...nanti nieyl buat GA lagi okey... :)
Terima kasih sekali lagi sudi follow..
baca dan komen kat blog kerdil ini... :)


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Good Morning :)

by on November 16, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Bekerja di hari isnin :)



-LOVE nieyl-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

13 November, 2015

Surprise!!!!

by on November 13, 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sebagai tanda berterima kasih kepada uolls yang rajin tinggalkan komen
di blog ini,jadi nieyl nak bagi sesuatu pada uolls yang bertuah tu nanti...

Hanya tinggalkan komen ini " saya nak watermark blog free by nieyl"
dan link blog uolls..

GOOD LUCK!

-LOVE nieyl-

      Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tanda Air Kurang Dalam Badan

by on November 13, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


1. MULUT KERING 
Antara tanda mudah nak detect bila kurang minum air ialah mulut terasa kering. Tetapi sesetengah orang bila mulut kering pergi air manis pula. Ramai tak tahu air bergula adalah penyelesaian bersifat sementara kepada masalah kesihatan lebih besar. Minum air kosong mampu melincirkan lendir pada membran dalam tekak dan mulut-menjadikan bibir anda sentiasa lembap. 

 2. KULIT ANDA KERING
 Kulit kering adalah petanda awal masalah dehidrasi. Bila air tak cukup, peluh pun kurang-menjadikan tubuh anda kurang berupaya membuang kotoran berlebihan dan minyak sepanjang hari. Ia juga dikaitkan dengan masalah mudahnya tumbuh jerawat akibat minyak berlebihan yang tidak dibuang dari tubuh. 

 3. SELALU RASA DAHAGA
 Selalu rasa dahaga walaupun banyak minum air dan mulut masih kering. Mana tidaknya. Bila dahaga anda terus minum air bergula. Sampai bila pun dahaga tak akan hilang kerana kandungan gula dalam air hanya menjadi penyelesaian sementara untuk rasa dahaga anda. 

 4. RASA SAKIT PADA SENDI
 Cakera tulang belakang dan tulang rawan kita terhasil daripada 80% air. Ini bermakna air sangat perlu untuk mengelakkan 'mengisar' antara satu sama lain sewaktu kita bergerak. Dengan memastikan air mencukupi dalam tubuh, sendi-sendi pada tubuh akan mudah menyerap sebarang pergerakan mengejut yang anda lakukan seperti berlari, melompat atau terjatuh. 

 5. JISIM OTOT BERKURANGAN 
Kalau korang rajin ke gim, korang kena minum sedikit air sebelum, ketika dan selepas selesai bersenam. Air yang mencukupi membolehkan aliran cecair berada pada otot-otot yang sepatutnya pada tubuh anda. Ini seterusnya mengurangkan risiko radang dan bengkak-bengkak pada bahagian tubuh sesudah anda melakukan senaman. 

 6. SAKIT YANG AMBIL MASA LAMA NAK BAIK 
Minum air bolehkan tubuh secara berterusan membuang toksin daripada tubuh. Organ dalam badan menapis bahan buangan tertentu-sama seeprti mesin. Kalau 'mesin' ini tidak diberikan air secukupnya, ia akan cuba 'menarik' sumber air daripada darah, yang bakal menimbulkan masalah kesihatan lain pula. 

 7. LETIH DAN LESU 
(Pukul 2 petang dah ngantuk di ofis, betul?) Bila dah tubuh anda terpaksa tarik cecair daripada darah, ia mengakibatkan darah tersebut kekurangan oksigen secukupnya untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Bila oksigen tak cukup, korang akan rasa ngantuk dan letih tak sudah. Bila dah ngantuk, tu yang dekat ofis pukul 2-3 muka dah tersembam di meja. Nak cover balik ada yang minum kopi! Sedangkan untuk jangkamasa panjang, kopi tidak membantu pun untuk korang stay segar!

 8. TIMBUL MASALAH PENCERNAAN 
Hanya kerana air tak cukup dalam tubuh, perut pun turut sama terheret. Bila air tak cukup, bendalir dalam perut berkurangan, menyebabkan asid perut merosakkan tubuh anda hingga menyebabkan rasa pedih ulu hati dan senak perut.

 9. RASA LAPAR (DAN ANDA MASIH KOMPLEN BADAN TAK KURUS WALAU KURANG MAKAN?) 
Bila tubuh kekurangan air, ia berasa seolah-olah yang ia perlukan makanan. Ingat tak malam-malam masa sebelum tidur rasa laparlah, nak makan sneklah. Itulah akibatnya. Sedangkan bila anda makan, tubuh anda perlu bekerja lagi sedangkan ia sepatutnya berehat. Selepas itu komplen pula kata tak makan banyak waktu siang pun badan tak kurus!


Nieyl ada sesuatu untuk follower nieyl..
Nantikan..

Siapa cepat..dia dapat :)


-LOVE nieyl-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png