03 December, 2025
02 December, 2025
Satu Perkara Kecil Yang Buat Saya Senyum Hari Ini
Kadang-kadang, benda yang kecil macam ini pun boleh ubah mood satu hari tau tapi sebenarnya perhatian yang kecil pun boleh buat jiwa rasa dihargai.
Itulah perkara kecil yang buat nieyl senyum hari ini ,satu mesej pendek yang tiba pada waktu yang tepat.
Semoga esok ada lagi momen kecil yang baik untuk kita semua.
Good Morning

Assalamualaikum..
Selamat pagi selasa..
hari ni nieyl MC sebab dari semalam tak berapa sihat..
dari sakit tekak sabtu , bila dah baik,
ahad start batuk dan selsema..
bawa ke hari isni, memang merimaskan..
bos pun cakap macam teruk ..
Jadi, hari ni kita MC sehari untuk makan ubat dan rest dekat rumah..
Esok InsyaÁllah kembali bekerja dengan badan yang sihat...
Korang pun take care ye..
musim-musim hujan ni kan..
Happy working...
01 December, 2025
Menu Masakan Weekend
Morning Routine Ringkas Yang Bantu Mood Positif
Bangun Dengan Perlahan dan Sedar
Nieyl akan ambil masa untuk bangun dari katil. Sebab itulah nieyl akan kunci jam setiap 15 minit dari pukul5.30 pagi. Bila dah bangun, nieyl akan duduk sekejap tarik nafas dan bagi mata tu buka besar-besar, baru nieyl akan buat benda lain. Nampak macam kecil, tapi ia bantu elak rasa kelam-kabut dan memulakan hari dengan lebih teratur. Tapi kalau terlewat bangun, sendiri mahu ingatlah tak ada masa nak duduk terus capai tuala , masuk bilik air dan mandi.
Prep Muka dan mula make up untuk pergi kerja
Nieyl bukan jenis kaki make up tebal-tebal tu, make up niey pergi kerja pun simple sahaja asalkan cantik, simple dan kemas.
Susun Katil
Walaupun nampak remeh, kemas katil boleh beri rasa ‘siap satu tugas’. Ia bagi semangat awal untuk teruskan hari dengan teratur. Kerja ni selalunya husband nieyl yang akan buat, nieyl buat sesekali sahaja untuk kemas katil..
Buka Tingkap dan Dapatkan Cahaya Semula Jadi
Cahaya pagi sentiasa beri rasa segar. Sekeliling rasa hidup, dan mood pun automatik jadi lebih cerah. Setiap pagi nieyl memang akan pastikan tingkap bilik di buka dan langsir di sangkut kemas.
Salam Suami dan Mak
Yang paling mempengaruh mood nieyl adalah kalau terlupa salam dua insan tersayang ni. Ha..memang hati tak tenang. Jadi, setiap kali sebelum keluar pergi kerja nieyl akan pastikan nieyl salam, cium mereka berdua. Ini yang paling MOOD ONZ sepanjang hari..
Akan datang kalau dah ada anak, mungkin rutin tu akan berubah dan takkan sama dah betul tak.. Apa-apa pun rutin kita, yang penting boleh bagi kita MOOD yang terbaik sepanjang hari..Okay!
Setiap kali balik pasar, mesti singgah
nieyl mesti akan singgah kedai ni pekena Bihun Sup ataupun Kuey Teow Sup Daging..
boleh dikatakan setiap minggu hahaha..
Tak tahu la kenapa..
kadang-kadang masa order tu akan cakap..
nak daging lebih ya..hehehe..
tapi daging dia memang meriah ya..banyakk...
puaslah.. kadang-kadang nieyl tukar juga menu nasi lemak ayam rempah..
ataupun nasi kerabu daging bakar ke ayam bakar ke lemak bakar ke..


.jpeg)




