08 March, 2024

It's Friday

by on March 08, 2024


Assalamualaikum..
Salam Jumaat Semua...

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi
  1. Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat. Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda: ...
  2. Allah akan pancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul 'atiq. ...
  3. Dilindungi daripada fitnah Dajjal.


 

07 March, 2024

Girl's Day Out : Kopi Surat Cinta Putrajaya

by on March 07, 2024

 

Girl's Day Out : Kopi Surat Cinta Putrajaya | Itulah kata pepatah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Untuk next aktiviti adalah berbasikal di taman morocco putrajaya tetapi hujan lebat dan kitaorang terpaksa berhenti tepi dan fikir nak ke mana, last-last kita cari port makan untuk minum petang. Kebetulan afika dengan syida tak pernah lagi sampai sini, so nieyl ajak dieorang ke Kopi Surat Cinta untuk minum petang sementara nak tunggu maghrib.

Untuk pengetahuan korang, kopi surat cinta punya memu ni tak banyak tau simple-simple je menu dia biasanya orang ke sini untuk lepak minum, sembang-sembang dan ootd sebab cafe ni cantik kehijauan. 

Dan kalau korang tengok buku menu ni pun unit setiap makanan ada puisi cinta. Dan harga-harga makanan dia pun tak mahal mana pun, so untuk nieyl bertiga ni kitaorang ambil makanan dan share je.

Ini kopi yang di order oleh afika dengan syida. Nieyl tak order air manis sebab dah banyak sangat minum manis. Nieyl order ais kosong je. Jom tengok nieyl order apa untuk minum petang.

Roti bakar

Keropok lekor

Lempeng kelapa

Yang first time dulu nieyl datang sini nieyl makan nasi, so kali ni minum petang kita makan yang betul-betul minum petang punya menu. So far ok la untuk minum petang, santai-santai sambil sembang. 

Cuba teka ke mana nieyl lepas ni?

Girl's Day Out : Maharaja Karaoke IOI City Mall Putrajaya

by on March 07, 2024

 

Girl's Day Out : Maharaja Karaoke IOI City Mall Putrajaya | Selepas dah keluarkan peluh lebih sebaldi, kitaorang bergerak ke IOI City Mall Putrajaya untuk next aktiviti iaitu bowling akan tetapi musim cuti sekolah kot penuh korang. Jadi, terpaksalah kita ke aktiviti berikutnya iaitu karaoke. Untuk karaoke ni memang nieyl dengan afika excited, syida dia kata nak jadi penyokong je..geram tau, hahaha..

Sebab kita bertiga jadi kita dapat bilik Sri Raja, nieyl belum pernah lagi masuk bilik Sri Raja ni sebelum-sebelum ni nieyl pernah masuk bilik Puteri/Putera dan Maharani. Personally nieyl tak suka bilik Sri Raja ni sebab suasana bilik tak best, lepas tu mic dia dan music sound tak best. So, next kena ambil bilik Puteri atau Putera. Masuk-masuk bilik je kitaorang berdua dah sibuk pilih-pilih lagu, bukan sorang satu ye kita pilih banyak-banyak lagu, nyanyi lah siapa nak nyanyi sebab memang muka kitaorang berdua je nyanyi...Syida jadi peminat setia dengar suara sumbang kiteorang berdua..hahaha

Inilah kerja si syida, ambil gambar kitaorang sebab dia memang tak nak nyanyi, dia minum, makan , ketawa, senyum tengok gelagat kiteorang berdua hahaha..2 jam memang sembut ya nyanyi berdua sahaja lagilah dipilihnya laju tinggi sampai nak terputus urat.  Memang have fun betul dapat release streess.

Siapa yang pernah pergi Maharaja Karaoke dekat IOI City Mall Putrajaya ni memang kalau nak ootd memang cun sangat, nieyl ni dah lama tak jumpa cermin besar so, bila dapat jumpa tu mula berkeping-keping gambar ambik sebagai kenangan bertiga. 

Ok next aktiviti jom...

Patience

by on March 07, 2024

Assalamualaikum...
Dalam hidup ni mesti kena ada patience..
Dalam apa pun kita buat kena ada patience..
Sama macam nak buat entry ni, nieyl penuh dengan patience tau..
tak sabar nak habiskan semua story nieyl ni hehehe...

Esok dah hari khamis, tinggal 5 hari sahaja lagi kita nak masuk ramadhan kan..
semoga urusan persiapan persekolahan anak2 dan persiapan ramadhan berjalan dengan lancar..

 

Girl's Day Out : Secret Garden Putrajaya

by on March 07, 2024

 

Girl's Day Out : Secret Garden Putrajaya | Aktiviti terakhir kami bertiga adalah Secret Garden Putrajaya. Ha..korang tahu tak dekat mana?orang putrajaya mesti tahu dekat mana kan, actually taman di berada di hadapan Hotel Pulse Grande Presint 1. Cantik sangat taman ni dekat lampu warna warni kira kanan, atas bawah pokok. Taman ni kalau waktu malam ada je orang yang jogging dan bawa anak-anak jalan-jalan tengok lampu-lampu.

Nampak jauh kan hotel tu, ha..nieyl berjalan kaki dari hotel tu tau. Saja nak uji keberkesanan sauna pagi tadi hahaha. Alhamdulillah, rasa penat tu kurang cuma mengah juga la sebab jauhhh hahaha..Tapi bila dalam gambar, memah cantik sangat.

Time ni kan masing-masing nak ambil gambar bulan yang sangat cantik malam tu, pakai handphone masing-masing, nak tengok sharap ke tidak handphone tu. Kalau handphone nieyl, ini jela hasil zoom yang termampu. 

Plaza Mercu Tanda ni sebenarnya dia bertukar-tukar warna tau, masa nieyl snap ni dia tukar warna hijau. 

Nama je kerja dekat Putrajaya 10 tahun, tapi tak pernah dapat tengok pemandangan malam seluruh putrajaya. Ni nieyl snap dari Tangga Putrajaya. Cantikkan..

Lepas dah letak dekat situ dalam sejam, kitaorang gerak balik..Alhamdulillah walaupun ada part yang kita rancang tu menjadi, dan ada part yang kita rancang tak jadi tu tapi Allah gantikan dengan yang lain. Apa-apa pun kan seharian tu banyak yang kita boleh buat diri kita happy dan memberi semangat baru untuk hari esoknya. 

Walaupun kitaorang bertiga ni lain umur nya tapi Alhamdulillah boleh seat together, sembang dan insya'Allah soon kita plan nak pergi holiday, ke mana tu..masih dalam perbincangan. Apa-apa pun bila dah keluar ni, duit dah habis...masa untuk kita bekerja kumpul duit untuk next holidayyyy...

Thank you korang, yang sabar dan baca entry girl's day out nieyl..love...



05 March, 2024

Girl's Day Out : Al Ryan Sauna Bangi

by on March 05, 2024

 

Girl's Day Out : Al Ryan Sauna Bangi | Yang ditunggukan destinasi kedua girl's day out, nieyl bawa syida dengan afika pergi sauna selepas dah kenyang makan breakfast hahaha. Actually, dah lama sebenarnya nieyl nak try sauna ala korea ni, sebab selalu sangat lalu fyp dekat tiktiok nieyl. Jadi, kali ni nieyl sendiri nak try kehangatan sauna ni macam mana. Let's go..

Selepas daftar dekat kaunter, mereka akan berikan kita 1 set baju sauna, tudung sarung, tuala mandi dan juga tuala muka untuk kita guna sepanjang berada di sauna. Cuma nieyl bawa extra pakaian dalam sebab dah lengun takkan nak pakai kan..ee..dah la nak berjalan-jalan lagi nanti. Sebelum nieyl booking hari tu, nieyl dah call, tanya bilik mandi disediakan tak?Alhamdulillah di sediakan jadi, korang tak perlu nak risau selesai sauna dan rest boleh mandi dan semua peralatan mandi disediakan dan bathroom dia sangat bersih. By the way gambar atas masing-masing muka excited nak masuk dalam sauna..
Macam nilah keadaan bilik sauna tu, dalam bilik tu disediakan juga air dan cawan untuk kita minum semasa berada dalam bilik sauna. Lantai tu panas tau korang, tepi-tepi dinding tu pun sama juga. Suhu dalam bilik sauna ni adalah 52 darjah celcius ya. Sebelum nak masuk start sauna, kalau ada pakai make up ke korang kena cuci dulu ya, masuk dalam tu tanpa seberang make up di muka sebab liang-liang pori akan terbuka semasa kita bersauna nanti. 
Kitaorang tak ambil gambar banyak pun dalam bilik ni sebab semasa sauna handphone tidak digalakkan bawa masuk, jadi kita diberi masa untuk bergambar sekejap dalam bilik dan kemudian handphohne kena simpan dalam loker yang disediakan. Untuk pengetahuan korang, sauna ni mengambil masa 45 minit sahaja dan dia ada step-step yang perlu kita ikut. 10 minit kita kena berdiri, 10 minit kena duduk bersandar, 10 minit kena baring, 10 minit menyiarap dan 5 minit lagi bebas nak buat apa. Disarankan untuk banyak minum air semasa dalam bilik sauna. Sekiranya tidak tahan panas, korang dibenarkan untuk keluar dari bilik sauna seketika ataupun keluar terus. 

Selepas dah selesai bersauna 45minit, kita akan diminta untuk berehat diruang yang disediakan selama 1 jam sebelum kita bersihkan diri dan balik. Sepanjang dalam bilik sauna tu, dari kepala sehingga kaki basah seperti mandi peluh. Baju pink yang dieorang bagi ni tebal tau korang, jadi lagi la berpeluh tak berhenti-henti. 
Satu sesi 45 minit ni bersamaan dengan 30 min jogging. Power betul tapi memang betu pun tau berpeuh seperti kita berlari, berjogging. Kalau siapa rasa malas nak jogging tu bolehlah try sauna. Best tauuu..Jangan risau, sauna ni dia terbahagi kepada 2 bahagian, untuk wanita dan lelaki. Jadi kita memang tak bertembung dengan dieorang pun ketika bersauna, kalau berjumpa pun dekat kaunter pembayaran hehehe..
Harga untuk satu sesi adalah RM39 sahaja dan dia juga ada pakej-pakej yang best untuk mereka yang nak selalu nak pergi sauna dan juga mereka yang datang group. Nieyl letak sini supaya korang boleh refer kalau nak pergi nanti tau. Suggestion nieyl kalau nak datang, buat booking hari weekdays la sebab kalau weekends fully booked kata staff. Nieyl hari tu pergi weekdays memang heaven buat sauna macam rumah sendiri hahaha.  Dan satu lagi kan, kalau plan nak g sauna pergilah berteman, kawan-kawan ke, mak ke adik ke kakak ke, kalau korang sorang-sorang dalam bilik sauna tu memang pishang la, kalau ada teman boleh sembang-sembang 45min tak terasa sangat hehehe..

Kalau dah buat sauna ni, mestilah kita nak tahu apa tindaka balas badan kita masa sauna tu kan. Sebab setiap orang yang buat sauna ni tindak balas dia tak sama. Contohnya macam nieyl kan, peluh berlebihan walaupun dah mandi, masa nak tunggu syida dengan afika siap tu pun masih rasa berpeluh tau hahaha, jadi bila nieyl tengok rupanya nieyl ni obesiti hahaha so, lepas korang dah siap bersauna tu boleh la tengok carta ni tengok apa masalah kesihatan korang.

Selepas buat sauna ni, nieyl dapat rasa badan nieyl ringan, tak rasa lebih, lebih aktif dan part paling best adalah dapat tidur nyenyak. Dan nieyl tak menyesal pergi panggang badan nieyl dalam bilik tu, dan Insya'Allah nieyl akan repeat lagi lepas raya nanti. 

Al Ryan Sauna Bangi
5-19-2, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Next aktiviti girl's day out ---> Stay Tuned okay




















Let Your Worries Go

by on March 05, 2024

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?
terima kasih yang singgah dan tinggalkan komen...
nieyl tak sempat-sempat lagi nak membalas singgahkan...
Tak bekerja lagi sibuk rupanya hahaha..

Kejap lagi nieyl nak bawa mak pergi kedai..
dia nak beli almari raya , tikar raya...
nieyl tolong bawa je hehehe..

happy working..