09 November, 2020

Senarai Pemenang Giveaway Makcik Bawang by www.nieylanadia.com

by on November 09, 2020

 


Senarai Nama Pemenang Giveaway | Syukur Alhamdulillah, giveaway anjuran nieyl bulan lepas mendapat sambutan yang amat baik, terima kasih semua yang sudi support dan join walaupun hadiah biasa-biasa aje. Sebelum itu nieyl minta maaf sebab agak lewat juga untuk mengumumkan nama pemenang atas faktor masa dan kerja. 

Kalau nieyl semak ada 26 penyertaan dari korang, itupun dah cukup baik kalau dapat lebih dari itupun lagi Alhamdulillah, tapi kita tak boleh tamak, bersyukur apa yang ada betul tak? wah!mesti korang pun tak sabar nak tahu siapa pemenang yang akan dapat bawang goreng homemade by nieyl kan..sabar-sabar... nak umumkan lah ni..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tahniah!
(Bawang Goreng Crispy)

https://www.shikinrazali.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html

Tahniah kepada pemenang,jangan lupa nanti selfie, tag nieyl di media sosial dan makan jangan lupa share komen okay ♥

Kepada mereka yang tidak menang jangan sedih-sedih okay sebabnya nieyl ada berita baik nak share dengan korang. Disebabkan penyertaan yang mengalakkan, nieyl ada sediakan 3 lagi hadiah tambahan. Ha..suka tak?mestilah suka siapa yang tak suka dapat hadiah betul tak...

Dah² jom kita tengok siapa yang kena!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Hadiah Saguhati 1

https://adna2029.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html


Hadiah saguhati 2

https://akulahrabiatul.blogspot.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html


Hadiah saguhati 3

http://www.mamapipie.com/2020/10/giveway-makcik-bawang-by.html

Alhamdulillah..ada yang kena tak tu?ha..senyum-senyum tu kena la tu.. Yang masih tak kena tu, tak apa tak ada rezeki kali ini, Insya'Allah next giveaway mana tahu nama korang pula yang tersenarai..Tq join okay...jangan serik untuk join giveaway ataupun contest k..

**Kepada pemenang utama, saguhati 1, saguhati 2 boleh emelkan detail :-
  • Nama
  • Url penyertaan
  • Alamat
  • No. hp
  • Pemenang apa
**Kepada pemenang saguhati 3 boleh emelkan no. hp untuk tebus top up 



Semua detail sila emel ke
nieyl.puteriimpian@gmail.com

sebelum 13 November 2020







Bersyukurlah Kepada Allah

by on November 09, 2020


Assalamualaikum..
bagaimana kita ucapkan rasa syukur pada Allah setiap pagi..?
Dengan bangun di awal pagi, solat subuh..
dan ucapkanlah pada Allah..
" terima kasih Ya Allah kerana menghidupkan aku kembali  hari ini"
"permudahkan segala urusanku sepanjang hari" 

Ini pun salah satu tanda kita bersyukur pada ALLAH..
Apa yang kita jalani sepanjang hari semuanya kerana ALLAH..
Jadi, jangan lupa bersyukur tau..

 

05 November, 2020

Resepi Ayam Goreng Mamak Crispy

by on November 05, 2020

Ayam Goreng Mamak Crispy | Ayam goreng mamak siapa suka?nieyl memang suka ayam goreng yang crispy-crispy ni , bila makan dengan nasi panas memang boleh habis sepinggan nasi tambah pula dengan kuah kari peh boleh tambah berkali-kali... Sekarang ini corona masih lagi berada di merata-rata tempat kalau kita ni tak ada keperluan, tak perlulah nak pergi makan dekat kedai ke, kalau boleh tapau sahaja. PKPB pun masih sambung lagi ni kan, marilah nieyl share resepi ayam goreng mamak yang ranggup dan sedap


Bahan-bahan
  • ayam yang telah dipotong dan dibersihkan (toskan)
  • Bawang merah 
  • Bawang putih
  • Halia
  • 1 biji telur
  • 5 sb tepung jagung
  • 1 sb serbuk kari ayam
  • 3/4 cawan air sejuk
  • sedikit pewarna merah ataupun oren
  • Garam secukup rasa
*bawang merah, bawang putih, halia terpulang korang nak letak berapa..

Cara-caranya
  1. Blend semua bahan-bahan di atas
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat ataupun cair ok..dia sedang²
  3. Kalau cair, boleh tambah tepung jagung ya..
  4. Perapkan ayam bersama bahan yang telah di blend bersama daun kari
  5. Kemudian, boleh goreng seperti biasa 
Mudahkan?sukataan di atas ini untuk 1 ekor ayam, kalau korang nak lebih pandai-pandai la double kan bahan okay...

Nieyl dah cuba buat dan memang mendapat sambutan hangat di rumah, makan bersama nasi panas, kari dan juga sayur kobis ala mamak..memang AA, licin....Selamat Mencuba korang !

 

04 November, 2020

Dapat Hadiah Shawl Sempena Hari Terakhir Bekerja

by on November 04, 2020

Dapat Hadiah Shawl Sempena Hari Terakhir Bekerja | Tak sangka pula dapat hadiah perpisahan lagi sebabnya ini merupakan perpisahan yang ke 3 untuk nieyl ditempat yang sama. Kali pertama hari tu dapat hadiah tudung Ariani dan kali ini dari SofeaRose wow! honestly nieyl belum ada lagi koleksi tudung dari brand SofeaRose. I'm lucky sebab dapat kakak-kakak di tempat kerja lama yang sangat baik, penyayang dan selalu ambil berat tentang diri ini terutama bab makan hehehe


Nampak tak box SofeaRose tu cantik kan?jatuh cinta dengan box dia yang sumpah cute warna-warna pastel yang sangat cantik. Ok nieyl dapat shawl warna light brown yang sangat cantik dan yang pentingnya shawl ni labuh ya dan boleh tutup dada. Nieyl belum rasmikan lagi sebab belum ada baju yang sesuai. Pendek kata kena beli baju baru la nanti..


website : www.sofearose.com
Instagram : sofearose_hq

Store : CENTRAL I-CITY • MELAWATI MALL • BANGI SENTRAL

 

03 November, 2020

Kekuatan dan semangat

by on November 03, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Cuaca hari ini dekat pejabat nieyl agak mendung nak hujan...
Tempat korang macam mana pagi ni?

Selalu kita ingat orang yang badan sasa, badan besar ni 
perlukan kekuatan sahaja untuk menjalani kehidupan seharian..
memang betul kekuatan fizikal itu penting tetapi tanpa semangat,
kekuatan fizikal tu tak ada makna..

Jadi, semangat yang tidak pernah mengalah itu akan membawa kepada kekuatan fizikal..
kalau korang tak ada semangat nak bekerja, agak-agak badan korang nak ke buat kerja?
mesti tak kan..terbaring je la, duduk termenung sahaja...


 

02 November, 2020

Sinaran Wanita memperkenalkan Nutravita Marine Placenta

by on November 02, 2020

Sinaran Wanita memperkenalkan Nutravita Marine Placenta | Penjagaan Kulit Profesional untuk anda kelihatan lebih muda

Sebagai halaman yang memberikan maklumat kepada wanita dari semua lapisan masyarakat, Sinaran Wanita selalu menerima dua permintaan umum dari pembacanya; bagaimana untuk kelihatan cantik dan lebih yakin. Kami yakin kedua-dua masalah ini berhubung kait bila anda ingin kelihatan cantik atau terbaik, serta kelihatan lebih yakin dan sebaliknya.

Sejak tahun 2017, kami mencari produk penjagaan kulit yang dapat membantu wanita merasa lebih cantik dengan penampilan mereka. Setelah melalui banyak percubaan, kami memutuskan untuk memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit profesional Sinaran Wanita yang terdiri daripada dua penyelesaian. Rangkaian ini dikembangkan sepenuhnya dan berasal dari Jepun, berdasarkan teknologi Jerman untuk memberikan kulit yang cantik dan awet muda untuk semua wanita.

Rangkaian produk penjagaan kulit profesional pertama Sinaran Wanita, kami telah melancarkan koleksi Marine Placenta dalam bentuk Serum (30ml) dan Concentrate (10ml).

Pengguna di seluruh dunia telah menggunakan produk anti-penuaan dan anti-kedut, diperbuat dari bahan-bahan yang diekstrak dari placenta berasaskan mamalia selama bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, sebuah syarikat Jepun telah menemui bahawa kesan anti-penuaan dan anti-kedut yang sama juga boleh dapat dicapai dengan menggunakan ovary peptide yang diekstrak dari placenta salmon (kantung ovari yang memegang telur dalam salmon). Salmon Ovary Peptide didapati mempunyai lebih banyak asid amino daripada placenta mamalia lain dan komposisi asid amino ini dikatakan serupa dengan kolagen, oleh itu anti-penuaan dan anti-kedut yang sempurna.

Didorong oleh penemuan ini, kami mengambil keputusan untuk mengembangkan formulasi teknologi yang unik ini bagi mengatasi masalah kulit yang sering disebut. Hasilnya adalah koleksi NutraVita Marine Placenta. 




MENGAPA PLACENTA OVARY PEPTIDES IKAN SALMON?

Marine Placenta Ovary Peptides Salmon mudah diserap jauh ke dalam lapisan dermis kulit kerana molekulnya yang kecil. Ia membantu merangsang pengeluaran semulajadi kolagen tubuh dan pemuliharaan fibroblas. Ia juga mengandungi lebih banyak asid amino daripada placenta mamalia yang lain.

Marine Placenta Ovary Peptides dituai secara eksklusif dari Salmon liar lautan Atlantik. Kantung ovari salmon dibersihkan dan melalui beberapa ujian kualiti untuk memastikan tiada pencemaran sebelum mendapat pelepasan Kawalan Kualiti. Ia kemudian melalui proses enzymatic degradation, kaedah yang digunakan untuk mengekstrak kolagen tanpa merosakkan kandungan asid amino dan serat dalam placenta. Kolagen hidrolisat yang tertinggal akan dibersihkan dan dikering-beku untuk mengekalkan tahap kolagen yang tinggi. Proses ini adalah langkah utama dalam mendapatkan sijil Halal kerana tiada alkohol digunakan dalam proses pengeluarannya


MEMPERKENALKAN - Sinaran Wanita NutraVita Marine Placenta

Setelah tiga tahun, kini kami bersedia untuk memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit profesional kepada pengikut setia Sinaran Wanita dan masyarakat umum.

Misi utama kami dalam melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit profesional Sinaran Wanita adalah untuk memberikan penyelesaian untuk SEMUA wanita Malaysia, dari pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, produk kami mesti mematuhi standard berikut: 

  1. Mempunyai sijil halal dan diperakui oleh Jakim

  2. Berkesan dan cepat bertindak 

  3. Berpatutan

  4. Ianya mestilah mudah dicari 

Dengan dua penyelesaian yang boleh dipilih, Sinaran Wanita menyediakan bahan-bahan yang telah dicuba dan dipercayai, untuk memberikan kulit yang cantik dan awet muda kepada wanita.



SW NutraVita Marine Placenta Concentrate 

NutraVita Marine Placenta Concentrate dibuat khusus untuk mengurangkan bekas luka dari jerawat, kecederaan atau pembedahan dan meningkatkan penampilan kulit. Ia merupakan Formula Kesihatan kulit pertama yang diperakui HALAL dan kaya dengan kolagen semula jadi serta minyak pelembap kulit tulen yang meningkatkan sel stem kulit epidermis untuk pembaikan kulit. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit. 

Gabungan unik Salmon Placenta Ovary Peptides, Bovine Colostrum Based Growth Factor Concentrate (GFC), Hyaluronic Acid dan ramuan berasaskan alga laut. 

Formula kesihatan kulit bioaktif dan sel stem yang mengaktifkan Growth Factor Concentrate dan telah diuji secara klinikal di Jerman. 

PENGGUNAAN YANG DISARANKAN: 1-2 titis pada waktu pagi, 1-2 titis pada waktu malam (sapukan sebelum memakai serum)


SW NutraVita Marine Placenta Serum 

NutraVita Marine Placenta Serum telah direka khas untuk membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti garis halus dan kedutan dan meningkatkan serta perbaiki penampilan kulit secara jelas. Ia merupakan formula kesihatan kulit pertama yang diperakui halal, dengan 5-Mode-Action dapat meningkatkan penampilan kulit, meminimunkan saiz pori dan memperbetulkan kesan penuaan seperti garis halus dan kedutan. Ia kaya dengan kolagen semula jadi dan minyak pelembap kulit yang tulen. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit.

PENGGUNAAN YANG DISARANKAN: 2 pam pada waktu pagi, 2 pam pada waktu malam (gunakan selepas Concentrate)


Rangkaian penjagaan kulit professional SW NutraVita Marine Placenta ini boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons dan laman web Sinaran Wanita https://sinaranwanita.com/nutravita/ dengan harga RM89.90 (serum) dan RM59.00 (concentrate).


Tapak Tangan Gatal Tanda Nak Dapat Duit, Betul ke?

by on November 02, 2020

Tapak Tangan Gatal Tanda Nak Dapat Duit, Betul ke? | Ayat-ayat seperti ini dari zaman tok nenek moyang kita lagi kita dengar kan. Tapi realitinya betul ke ek? Sekiranya gatal sekali sekala itu adalah perkara yang normal tetapi jika ia terjadi untuk jangka masa yang panjang dan terlalu kerap dinasihati pergi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut jangan dibiarkan.


Antara punca yang mungkin boleh menyebabkan kegatalan di tapak tangan adalah ;-

  • Kulit tangan yang kering
  • Gatal kulit kerana alergi
  • Gatal tapak tangan akibat gigitan serangga
  • Diabetes
Sebenarnya banyak lagi yang boleh menyebabkan kegatalan dikawasan tapak tangan. Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kegatalan adalah cara kita memakai pelembap tangan dan sebolehnya elak menyentuh bahan-bahan yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.Tetapi sebaiknya pergilah berjumpa dengan doktor dengan segera jika keadaan semakin teruk.

**
Walaupun mitos tentang tapak tangan gatal tu, realitinya terjadi sendiri pada nieyl tau setiap kali nak dapat duit dari husband ke gaji ke tapak tangan ini mesti akan gatal , hahaha...