12 November, 2018

Huru Hara Hari Ini

by on November 12, 2018
Baru sehari mak nieyl tak ada dekat rumah, rasa macam hura hara sekejap..hehehe... Pagi ni pukul 5.30 dah kena bangun, buat sarapan pagi dan siapkan bekal untuk bawa pergi kerja, hantar anak buah pergi kerja lepas tu baru pergi kerja. 

Dalam pada hura hara tu, dalam kereta on the way nak pergi pejabat baru perasan yang nieyl pakai shawl terbalik...aduhai...nasib baik sedar awal dalam kereta, dah la pagi td ada perhimpunan..Kalau tak perasan mesti orang tanya "fesyen baru ke" hahaha..


09 November, 2018

Viral Oden Bersama Kawan-Kawan

by on November 09, 2018
Oden ni viral betul ya nieyl pernah makan yang family mart punya pada nieyl biasa-biasa aje rasanya tu, last week biasalah orang perempuan kalau hari jumaat waktu rehatnya panjang. Dua hari sebelum tu tekak ni rasa nak makan oden dekat opis. Nieyl cakaplah dengan kakak opismate ni, so kita plan nak bawa seorang sikit bahan kita makan dekat opis santai-santai. Walaupun nampak santai tapi Alhamdulillah..ramai dapat rasa oden ni..


Antara bahan-bahan yang disediakan, lepas tu untuk kuah dia tu kita guna pes asam pedas, pes tom yam, kiub tom yam dan kiub ayam. Boleh letak daun ketumba dan daun limau purut juga. Jangan lupa letak garam..lepas tu korang rasa la, nak letak apa-apa bagi kuah tu sedap..letak cili api pun boleh. 





Nieyl suka makan sayur je, terutamanya brokoli memang fav lah kalau makan steamboat pun sama. Yang lain-lain tu makan juga cuma tak berapa banyak setakat seketul dua je..


itu kakak opismate yang tersangat rajin masak, selalu je bawa makanan. Korang pun mesti dekat opis ada kenalan yang rajin memasak yang selalu bawa makanan kan..


Muka tak sabar nak makan ni, disebalik gambar sebenarnya ramai yang tengah menanti yang dalam periuk tu masak dan boleh makan..hehehe



Ini gambar terakhir sebelum kitaorang terjah makan beramai-ramai bersantai-santai bersama yang ada. Oklah korang, happy weekend ok..InsyaÁllah isnin kita ketemu lagi..bye-bye

Allah Sebaik-Baik Perancang

by on November 09, 2018

Assalamualaikum semua...
Salam jumaat..Syukur Alhamdulillah...
Masih diberi peluang untuk menikmati segalanya hari ini...
Selamat Bekerja pada yang bekerja..
Pada yang bercuti hari ini, selamat bercuti...

08 November, 2018

Straw Diharam kan?Nak minum guna apa?

by on November 08, 2018
Semua sedia maklum yang menjelang tahun 2019 , kerajaan akan mengharamkan penggunaan straw plastik dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2020. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar di Malaysia. 

Kalau korang nak tahu, 80% daripada yang barang yang dibuang oleh manusia adalah plastik. Pihak PBB telah menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke laut setiap tahun, 2000 tan daripadanya adalah straw plastik.


Ramai yang tertanya-tanya kalau minum tanpa straw macam mana nak minum?Jangan risau masih ada lagi cara yang lebih selamat digunakan dan bersifat mudah lerai yang mungkin kita boleh gunakan. Antaranya :-

  • Straw buluh - ha..kita mesti terfikir, kalau buluh biasanya kita akan buat lemang dan sebagainya. Jangan tidak tahu ya, sekarang ni buluh juga digunkana sebagai straw, malah straw buluh ni boleh digunakan untuk minuman panas dan sejuk.
  • Straw besi tahan karat - Bila sebut besi, mesti ada yang takut nak gunakan straw jenis besi ni kan? Jangan risau, straw jenis besi ini amat selamat digunakan oleh orang dewasa dan jua kanak-kanak. Ini kerana hujung straw dibulatkan dengan sempurna dan tidak tajam, malah mudah di basuh dan di bawa ke mana -mana.
  • Straw Silicon - Kanak-kanak terutamanya suka mengigit straw kan?jadi straw ini sangat sesuai kerana ia mempunyai bahan silicon yang lembut dan sesuai untuk gigit. Nak jaga pun senang dengan merendam dalam air panas untuk kebersihan.
  • Bekas minuman tanpa straw - Kebanyakkan syarikat-syarikat besar makanan seperti Starbuck telah memperkenalkan bekas minuman tanpa straw bagi menyokong memelihara alam sekitar dengan harapan dunia akan bebas dari plastik. So,mungkin selepas ini makin banyak lagi kedai-kedai makan di luar sana membuat perkara yang sama. 
Untuk kempen tanpa straw memerlukan kerjasama dari semua pihak dan pengguna. Kejayaan boleh diperolehi dengan semangat kerjasama semua orang. ♥


Sebutir Pasir

by on November 08, 2018

Assalamualaikum korang....
Hari khamis dah ya..sekejap saja masa ini kan..
Dalam perjalanan hidup selama umur kita skrg ini...
pernah tidak kita terfikir dua perkara ini...
perbuatan baik dan buruk yg pernah kita lakukan..
Ya..walaupun sedikit..

Cuba ambil sekeping kertas..
bahagia kepada dua bahagian..
dan tulis dua perkara ini..kemudian bandingkan..
yang mana lebih banyak...

Salah satu cara kita untuk sentiasa munasabah diri
dari terus membuat perkara buruk

Happy working semua!♥

07 November, 2018

Souvenir dari Egypt dan Bukit Tinggi

by on November 07, 2018
Souvenir dari Egypt dan Bukit Tinggi . Seperti biasalah bukan kita yang pergi melancong boss yang pergi melancong. Bulan lepas boss nieyl pergi ke Mesir untuk ke Konvo anak dia sambil tu boss pergi bercuti panjang dekat sana. Lepas 3 hari balik dari Mesir, boss pergi pula bukit tinggi Indonesia ikut rombongan keknil  . wah..seronoknya berjimbara kan..Tak apalah PA dok diam-diam dekat pejabat..hahaha


Untuk trip ke Egypt, boss kasi nieyl ole-ole keychain wajib ada okay, ada small beg yang memang nieyl suka boleh letak handphone, duit ,kad dan sebagainya, lepas tu ada FM juga dan coklat dari sana. 


Tambah lagi koleksi keychain nieyl dekat pejabat ni. Ramai boss-boss yang datang bilik nieyl cakap cantik nieyl susun keychain macam ni dekat dinding.. (hahaha...kalau audit EKSA habisss)



Ole-ole dari Bukit Tinggi Indonesia, boss nieyl hadiahkan telekung warna pink Alhamdulillah, fav color,cuma dalam gambar ni dia warna suram sikit kan...tak ada lighting..hehehe.. Hadiah telekung ini merupakan telekung yang kedua nieyl dapat. Boss nieyl yang lama sebelum ini pun pernah bagi telekung dekat nieyl.Alhamdullah..syukur...♥


Ini pun hadiah dari Bukit Tinggi juga tapi dari jiran sebelah bilik nieyl ni..dia pun join rombongan ke sana. Semua orang tahu nieyl suka keychain,jadi dapat 2 keychain dari sana..Alhamdulillah..terima kasih banyak²...♥







Sibuk Sikit Hari Ini

by on November 07, 2018

Assalamualaikum Korang...
Ada yang masih bercuti ke hari ni?
Nieyl dah start kerja dah..
pagi ni sibuk sikit siapkan bos punya portfolio...
Happy working ♥