Showing posts with label Mee Sup Fishball Simple dan Sedap. Show all posts
Showing posts with label Mee Sup Fishball Simple dan Sedap. Show all posts

12 January, 2018

Mee Sup Fishball Simple dan Sedap

by on January 12, 2018
Kadang-kadang ada seketikanya kita rasa nak makan sesuatu tapi yang kita buat sendiri, benda yang susah pun kita akan usahakan. Tapi kalau benda yang senang sekelip mata je siap kan..hihihi.. Hari rabu yang lepas ni, nieyl nak makan mee sup fishball untuk bawa bekal lunch. Wah!gigih masak sup fishball, celur sawi,potong cili. 

Sebenarnya nak masak sup ni mudah sangat tapi ini cara nieyl sebab memang nak buat yang paling simple sahaja. Ha..nanti nieyl share resepi cara nieyl masak sup di bawah ya.. Kalau orang tahu, mesti korang cakap ala senang giler..

Start minggu ni nieyl dah bawa bekal makanan untuk  lunch,so..sebelum lunch nieyl akan panaskan makanan semua dalam microware dekat pantry so..nieyl still dapat makan makanan panas-panas kan..



RESEPI SUP FISHBALL SIMPLE NIEYL

1) Bawang Putih di dihiris dan di potong dadu kecil-kecil
2) Panaskan air ,masukkan bawang putih
3) Letak garam atau serbuk perisa atau pati ayam sedikit
4) Tunggu sehingga mendidih dan masukkan fishball
5) tadaaa...siap dahh...kekekeke

BAHAN LAIN

1) Mee Kuning di celurkan
2) Sawi di celur dengan air panas
3) Bawang Goreng
4) Cili potong kalau nak pedas


Yang mana bujang-bujang tu, kalau rasa malas nak pergi makan kedai,masak sendiri dekat rumah je..kos tak sampai RM10 pun..