06 October, 2026

Support Biz Anak Buah

by on October 06, 2026


Cantik tak gelang tu?
nieyl beli dari anak buah nieyl ( belah husband)
saje support biz kecil-kecilan..

Arrange harga RM2-4..
Oklah, mommy daddy dia jadi pekerja dia hahaha..
Dia ambil order..comel betul..

 

Menu Tengahari : Gulai Lemak Udang, Kerang Rebus, Sayur Campur & Sambal Telur

by on October 06, 2026


Alhamdulillah, menu hari cuti..
Kan nieyl ada bagitahu yang nieyl akan masak bila hari tak bekerja..
Lama tak masak meriah macam ni.
terus masak 4 jenis lauk. |
Walaupun penat sikit kat dapur,
 tapi bila tengok meja penuh macam ni, hilang semua penat.

Menu masakan nieyl

Udang Masak Lemak Cili Api
Kerang Rebus dengan Sambal Kicap
Sayur Campur Brokoli, Bunga Kobis & Udang
Sambal Telur Hancur

Masak simple tu lah kadang-kadang bertambah nasi..kan..
 

05 October, 2026

Minggu Pertama Setiap Bulan

by on October 05, 2026

 

Nieyl memang setiap minggu akan pergi topup barang basah..
Dan boleh dikatakan setiap minggu penuh troli..
nieyl biasa topup barang basah dekat Segi Fresh je..
dekat dengan rumah nieyl. 
Weekend lepas nieyl beli total dekat segi RM120



Lepas ke Segi, nieyl ke pasaraya JOM MART pula..
sini kalau beli sayur memang murah..
kebetulan ada minyak, nieyl beli minyak..
beli telur sepapan, beras dan beberapa jenis sayur..
Shopping sini , habis dalam RM66.00



Last sekali beli barang-barang kering..
yang ni memang nieyl beli dekat 99 Speedmart..
dapat angkut 2 beg besar itupun ada juga yang tak ada tu..
habis dalam RM100

Tapi barang kering biasa sebulan sekali je..
Barang basah tu memang setiap minggu nieyl akan beli..
keluar pukul7.45 pagi, sampai rumah mesti pukul10.30 pagi..hehehe..

Inilah rutin nieyl setiap pagi sabtu..

Sushi Aeon IOI City Mall

by on October 05, 2026


Hari jumaat, Kak emmy ajak pergi IOI waktu lunch..
Biasalah rehat jumaat kan lama, so bolehlah kalau nak pergi jauh sikit..
tapi tak adalah jauh mana pun lebih kurang 15-20 minit macam tu..

Selepas uruskan dekat IOI dah settel..
singgah Aeon nak cari apa-apa makanan untuk bawa balik ofis..
nieyl beli Sushi je senang..


nieyl tertarik betul dengan packaging Sos dan Wasabi dia..
sangat kreatif dan cute..dan memudahkan..
tak payah nak koyak-koyak..
cuma patahkan hujung tu je..nieyl suka!

Selamat Hari Isnin

by on October 05, 2026


Assalamualaikum..
Selamat hari isnin..

Pilihan color baju kerja nieyl hari ini PINK...
bagi ceria dan bersemangat sikit pagi isnin ni..

Selamat bekerja kepada yang bekerja..☻
Yang suri rumah selamat kembali rutin isnin yang mana ada anak sekolah tu kan..

Semoga hari ini kita bersemangat sampai petang ya..


 

02 October, 2026

01 October, 2026

Balik Kenduri Singgah Borong Samosa

by on October 01, 2026


Weekend baru ni nieyl pergi kenduri berdua dengan kakak nieyl.
biasalah orang perempuan, kalau keluar sesama..
lagi panjang langkah dia tu nak menyinggah tu..hihihi..

Nieyl pergi borang SAMOSA brand RAMLY ni..
nieyl beli samosa ayam, kentang dan daging..
semuanya sedap-sedap..
Hari cuti memang petang-petang mesti rasa lapar tapi tak nak makan berat..
nieyl gorenglah samosa sebungkus , bancuh air teh o panas..
memang terbaik makan masa tengah panas-panas tu hehehe..


 

30 September, 2026

Menang Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun

by on September 30, 2026

 


Alhamdulillah, rezeki! ✨
Tak sangka sebenarnya menang giveaway yang dianjurkan oleh Kak SA sempena anniversary dia. Ingatkan cuba nasib je, sekali betul-betul menang.
Masa join tu memang niat nak suka-suka, nak support Kak SA je..
Tapi nak buat macam mana kan, nama pun rezeki..Alhamdulillah..

Hadiah Kak SA dah sampai..

wah..dalam kotak hadiahnya..
jom nieyl share apa dalam kotak tu..



Knitting Bag ( black & white)
Tudung bawal blue color
Ada buku noted & Pen dari Malakoff
Ada chocolate crash coconut 
dan last sekali ada keychain penyu dari Ganu

Tq kak SA♥

29 September, 2026

TUESDAY: SUPER BUSY

by on September 29, 2026

 


Assalamualaikum..
hari ini baru masuk pejabat..
Start ahad nieyl ada rehearsel sampai lewat petang..
Semalam event pun habis lewat petang..

Hari ini masuk pejabat, 
settelkan hal-hal kerja..
Petang baru ada masa nak menaip ni ha..

terima kasih yang singgah blog nieyl ♥

25 September, 2026

24 September, 2026

Lauk Pauk Pengikat Kasih Sayang

by on September 24, 2026


Cehhhhh...tajuk entry bukan main...
Hari bekerja nieyl memang jarang dapat peluang untuk memasak..
sebab isnin- jumaat bila balik kerja, 
mak dah siap masak..

Weekend je kadang-kadang nieyl dapat masak
weekend baru ni nieyl masuk dapur, 
biasalah bila nieyl masak, nieyl suka masak yang simple..
yang teringin nak makan..

Nieyl haritu teringin nak makan pekasam..
beli online je, pekasam telur sotong, pekasam ikan talapia denngan ikan puyu..
weekend lepas nieyl masak ikan talapia.rasa dia so good ye..
boleh repeat lagi nanti...

nieyl masak lemak daging,
sayur taugeh dan kentang bilis berlado..
Alhamdulillah..
licin makanan semua..
Tak ada yang tinggal..hihihi..
 

Selamat Pagi khamis

by on September 24, 2026


Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Dah breakfast ke tu..
klu belum, jangan lupa breakfast ok..

Semoga hari ini membawa rezeki,
kesihatan dan kebahagian kepada kita sekeluarga..
Amin...

23 September, 2026

Happy Birthday Syida!

by on September 23, 2026

 

Hadiah Birthday Syida 🎂🎁
Tanggal 17 September
Semoga hadiah kecil ni dari nieyl dan afika..
Kiteorang buat surprise , time syida pergi meeting..
Nieyl letak hadiah atas meja..
Terima kasih sebab jadi adik/kawan yang sentiasa ada.
Semoga tahun ni bawa lebih rezeki, lebih bahagia..
Tahun ini nieyl dan afika pilih hadiah telekung untuk syida..
Lepas dapat hadiah ni, Syida cakap dia memang tengah cari telekung...
Alhamdulillah memang tak salah kteorang pilih hadiah tahun ini..

Plan terdekat kitaorang bertiga bulan November nanti..
Siang nak jalan KL dan malam tengok teater PGL sama-sama...
dan nak bincang plan cuti tahun depan..

22 September, 2026

Tournament Bowling Family 2026

by on September 22, 2026

 

( Rayhana nak melekat je dengan nieyl) 

Alhamdulillah selesai tournament bowling family nieyl hari tu..
Bukan senang nak lawan dengan player-player padu, tapi nieyl enjoy setiap balingan.Ada strike, ada spare, ada longkang juga tapi tu adat game 😅

Yang penting, pengalaman & semangat tu yang mahal..

Kalau yang baru baca blog nieyl.
Tournament bowling ni adalah salah satu program tahunan family nieyl..
nieyl akan arrange sehari untuk kita berlawan..
Jom nieyl share moment - moment yang best..


untuk tahun ini,bertemakan NEGERI DI MALAYSIA..
Proses undian dijalankan untuk menentukan ahli group dan negeri..
Tahun ni kita ada 5 group berbanding tahun lepas ada 7 group..
ada ahli keluarga yang tak dapat join..
Setiap group wajib ada Pakcik/makcik/anak buah..


Setiap group ada ketua yang dilantik..
masing-masing berlawan baju team ye..
ada yang custom dan ada yang readymade..
semangat betulkan..

seminggu sebelum tournament..
nieyl akan buat video countdown selama 6 hari..
boleh dikatakan ada je serangan dari group lawan..
tapi sangat fun..

Sebelum memulakan perlawanan, 
Doa first ok..Alhamdulillah..

( nieyl share gambar nieyl je tau hehehe) 

Thank you lah dekat Photographer yang kita hire last minute..
cantik-cantik gambar dia snap..
ada lah moment tu kita simpan hehehe..

Nieyl sediakan juga medal untuk no 1- 3 dan juga plaque untuk no. 4 dan 5..

Ni sebahagian hadiah hamper dan juga wang tunai yang menjadi target masing-masing..

Nampak bersorak tu , ha tandanya team Perak menang tempat ke-3..
yang penting kita tak nak no. 5..hahaha..
Yeay!kalau nak tahu, team perak frame ke-2 kiteorang last sekali habis...
orang lain cepat betul habis hahaha..berkat kesabaran..

ada satu lagi hadiah tambahan untuk baju team tercantik..
utk kategori ini yang memilih pemenang bukan ahli keluarga..
kita beri pihak bowling yang pilih dan pemenang dia adalah....
PERAK! yeay! tq ketua kumpulan sponsor..
Dan lagi special tahun ini, tahun tuah nieyl..
dapat top striker no. 2 , serius tak sangka betul..
dan lagi geram, beza 1 point je dengan top striker no. 1..
hahaha..rezeki..
JUARA tahun ni MELAKA..
hebat mereka!

Sebelum kita pulang membawa hadiah masing-masing..
Snap gambar bersama dan jumpa lagi tahun hadapan 2028..
dengan team yang BARU..


Alhamdulillah..
satu program dah habis..
Ada lagi beberapa program family yang dalam perancangan..
semoga dipermudahkan urusan nieyl dan team..




Girls Talk

by on September 22, 2026


Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Rayhana skrg dah 2 tahun lebih..
dah pandai bercakap walaupu ada pelat-pelat lagi..
kadang-kadang tak faham pun ayat yang dia nak ckp tu..
tapi kita layan jela macam kita faham hihihi..

dua ketul ni datang rumah, 
lepak dalam bilik sambil ajak sembang...
Yang kakak sembang pasal dekat sekolah..
si adik sembang bahasa dia..

Tapi bila fikir balik..
moment ni sangat sweet untuk di kenang bila tua nanti..
semoga mereka berdua membesar dengan baik..
menjadi insan yang solehah dan berjaya dalam hidup..
Aminnn...

 

21 September, 2026

Self Reward 2026 Allamdulillah

by on September 21, 2026


Akhirnya.
Lama nieyl simpan impian nak pakai iPhone.
Bukan sebab nak menunjuk, tapi sebab nieyl memang suka ambil gambar.
Snap moment kecil, langit, kucing lalu, kopi pagi
semua tu buat nieyl happy.Tahun ni aku hadiahkan diri sendiri.
Hasil penat lelah sendiri, hasil sabar sendiri.Ini bukan sekadar phone.
Ini tanda nieyl hargai diri nieyl  .
Terima kasih, diri. Kau dah buat yang terbaik. 🤍

14 September, 2026

Kerana Gajah Yang Comel

by on September 14, 2026

Rasmi jadi mak angkat gajah ni 🐘💗
Beli sebab satu je sebab: DIA PAKAI BAJU PINK DAN SANGAT COMEL.
nieyl beli dekat biras kakak nieyl, 
dia memang jual barang-barang yang mengait ni..
Tahun lepas nieyl tempah sling bag..
minggu lepas nieyl tempah gajah comel ni pula..
Sekarang dia dah ada tempat khas atas meja kerja teman nieyl buat kerja..