05 March, 2026

Bila Lagu Raya Mula Berkumandang


Bila Lagu Raya Mula Berkumandang | Pagi ini terasa sedikit berbeza. Dalam perjalanan macam  biasa, radio memang menjadi peneman nieyl dalam perjalanan pergi kerja. Tiba-tiba berkumandang sebuah lagu raya yang cukup familiar. Saat itu juga, hati terasa lain macam. Entah kenapa, bila lagu raya mula dimainkan di radio, terasa seperti satu isyarat bahawa bulan yang ditunggu-tunggu semakin hampir. 

Lagu-lagu lama yang sudah berkali-kali didengar setiap tahun tetap juga terasa istimewa. Ada rasa nostalgia, ada rasa tenang, dan ada juga sedikit rasa teruja. Mendengar lagu raya di awal pagi membuatkan suasana hari terasa lebih ceria. Terbayang persiapan raya yang bakal tiba — rumah yang akan dihias, kuih raya yang akan dibakar, dan tentunya momen berkumpul bersama keluarga. 

Kadang-kadang bukan kerana lagunya yang luar biasa, tetapi kerana kenangan.  Lagu raya seolah-olah membawa kita kembali kepada memori-memori raya yang lepas. Pagi ini, radio bukan sekadar memainkan lagu. Ia membawa bersama rasa rindu pada suasana raya yang bakal menjelang. Dan tiba-tiba sahaja hati terdetik… Raya dah makin dekat rupanya. Tahun ini tahun yang meriah untuk nieyl.. Walapun tak ada anak , tapi anak-anak buah yang kecil sampai lah yang paling besar sangat sayang nieyl. Bersyukur sangat..


2 comments:

  1. Rasa nak raya dh tp diorang pasang lagu raya sedih2...mengalir2 air mata

    ReplyDelete
  2. lagu raya sana sini dah berkumandang ..kat opis CCL pun sama ..setiap department dah pasang lagu raya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)