23 January, 2026

Cari duit tepi suka-suka

 

Cari duit tepi suka-suka | Amboi ramai yang nak tahu nieyl niaga apa ya. Sebenarnya niaga ni saja suka-suka je tolong kakak nieyl. Hari ni penuh kereta nieyl dengan order-order ofis yela hari ni gaji kan jadi ramai lah yang order nak ambil barang hari ini. 

Kakak nieyl dah pencen kerja swasta, awalnya dia nak menguruskan anak lelaki kesayangan dia makan minum ke sekolah, selepas 2 tahun..Anak dia pun masuk U, jadi dia pun keboringan di rumah. Jadi dia start buat kuih untuk makan sendiri, lama-lama nieyl cakap lah dengan dia, buat lah banyak..nieyl boleh tolong jualkan dekat ofis..
Daripada 10 bungkus, sekarang ni setiap hari ada je orang order karipap frozen dari nieyl. Nieyl ada inti sardin dan keledek + kentang . Alhamdulillah, dalam pada niat nak bantu kakak tu, dapat juga la nieyl komisen sikit buat duit poket hehehe.. Ini sampai ke bulan puasa list dah panjang dah orang order untuk bulan puasa dan raya. 

Tadi cerita tolong kakak nieyl kan. Yang ini pula nieyl tolong kakak ipar nieyl seorang suri rumahtangga sepenuh masa, anak ada 3 orang bersekolah. Daripada duduk rumah je, nieyl cakap kena buat something yang boleh jana pendapatan ni. Buat lah apa-apa nieyl tolong jualkan. hahahaha.. nieyl kalau buat memang lambat lagiiiiii, tapi kalau jualkan insyaÁllah..muka rezeki hehehe..

So, kakak ipar nieyl supplier kerepek pisang tanduk dan Pisang nangka. Lepas tu dia juga ada buat popia sira, popia cheese dan popia nestum yang dekat ofis nieyl dah ada regular customer dan setiap minggu ada je orang order. Alhamdulillah ...

Ha..itula antara makanan yang nieyl jual , saja suka-suka..









3 comments:

  1. Alhamdulillah..dapat jana pendapatan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...banyak pahala dan dapat jugak duit poket...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Rezeki... Kdg2 mak sy jual kuih, org ofis tempat kerja bapa order...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)