30 September, 2025

Alhamdulillah..

by on September 30, 2025


Assalamualaikum....
Selamat pagi....
Alhamdulillah, syukur..
Ahad 28hb nieyl sekeluarga menghantar mak dan kakak pergi umrah..
Ini merupakan kali pertama untuk mak nieyl dan kali ke-2 untuk kakak...
flight pukul1 tengah hari (Waktu Malaysia)
Sampai jeddah pukul5.00 petang ( waktu arab saudi ) 

Semoga Allah berikan kekuatan , kesihatan yang baik untuk mereka berdua sepanjang di sana..
Aminn..




 

24 September, 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah

by on September 24, 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah | Isnin malam nieyl luangkan masa untuk kemas barang-barang peribadi mak dan pakaian dia untuk ke Umrah hujung minggu ni InsyaÁllah. Kalau ikutkan mak nieyl, satu almari dia nak bawa tapi bila nieyl yang kemas, Mak kena akur ya..bawa pakaian yang perlu sahaja. Untuk beg besar tu berat yang dibenarkan hanya 30kg sahaja. 

Manakala beg hand carry yang nak bawa naik atas tu 7kg. Semua pakaian dan kasut nieyl letakkan dalam beg besar dan beg hand carry nieyl hanya letak mandian , ubat-ubat dan tisu untuk kegunaan mak. Memang nieyl kosongkan beg hand carry ni supaya kalau mak nak beli apa-apa dekat sana boleh masukkan dalam beg ni. 

Malam ni baru nieyl nak timbang beg ni, harap-harap tak melebihi 30kg la..klu lebih, kena pindah ke beg hand carry ni. Untuk sling bag ni, nieyl letakkan tasbih, gula-gula, ubat untuk mak makan dalam flight nanti, mask dan juga bantal angin untuk tidur nanti. 

Nieyl pesan dekat mak, pergi 1 beg jangan balik beg beranak pula..Macam mana nieyl susun muat dalam beg besar tu, kena pastikan balik pun muat dalam beg yang sama. Risau tak muat beg waktu balik, kang selalu begitu kan hehehe...


Cantiknya warna warni

by on September 24, 2025

Assalamualaikum..
Selamat petang..
Cantik kan bekas atas tu,warna warni..
Kalau nak tahu, itulah bekas ubat mak nieyl..
satu bekas besar tu ada 7 unit ..
Cukup untuk ubat mak seminggu..

Untuk segala ubat mak..
nieyl yang akan siapkan..
Selalunya nieyl akan siapkan untuk 6 minggu terus..

Biasanya nieyl akan ambil masa 45- 1 jam untuk siapkan..
lama kan?sebab dia ada ubat yang kena makan separuh, jadi perlu potong..
lepas tu ubat mak nieyl ada lebih 7 jenis..

Sebelum breakfast..
Selepas breakfast..
Selepas makan tengah hari..
Malam sebelum tidur..

Nieyl kena pastikan mak makan ubat dengan betul dan tepat pada masanya..
So, far Alhamdulillah..
Mak tak pernah terlupa makan ubat yang nieyl sediakan..
lebih mudah buat bekas macam ni..
Mak tak perlu nak susah-susah cari ubat...

19 September, 2025

Rezeki Mak dah sampai

by on September 19, 2025


Assalamualaikum...
Selamat petang..
Esok family nieyl buat majlis doa selamat dan tahlil..
Majlis doa selamat sempena Mak dan kakak nieyl akan berangkat ke tanah suci 
menunaikan umrah. Alhamdulillah berkat doa, akhirnya mak diizinkan Allah untuk ke sana..

Semoga Allah permudakan urusan mak di sini dan juga di sana...
sesiapa sahaja yang baca entry nieyl, mohon doakan untuk mak nieyl ya...

Terima kasih ♥

 

11 September, 2025

Dalam kereta kena marah

by on September 11, 2025



Dalam kereta kena marah | Itulah dia konon nak buat surprise sangat kan dah sepanjang jalan kena marah. Aduhai..asalnya mak nieyl nak brisk walk dekat area rumah je tapi nieyl pula suka brisk walk yang ada taman. Nieyl cakap dengan mak jom la pergi brisk walk sama-sama, naik kereta. 

Lepas dia dah naik kereta tu, dia cakap nak pergi mana ni, dia tak suka la, dia nak jalan dekat rumah je..macam-macam ya kena marah dalam kereta, tapi sis kebal..bertahan selama 10 min sebelum sampai dekat taman. Bila dah sampai, dia yang seronok ya hahaha.. dia berjalan keliling taman, main alat-alat dekat taman tu. hehehe..

Sebelum balik, kita bawa mak makan tosei kegemaran dia. Ingatkan besar tu tak habis tau, rupanya habis..Kenyang mak..Alhamdulillah, semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mak..Amin..
 

Dapat Souvenir Dari Bos Baru

by on September 11, 2025

Dapat Souvenir Dari Bos Baru | Isnin baru ni official nieyl PA kepada 3 orang bos. Sebelum ini nieyl jaga 2 orang je, seorang baru masuk jabatan nieyl dan kali ini bos lelaki. Dah lama nieyl tak dapat bos lelaki last nieyl jaga bos lelaki masa nieyl dekat JPA dulu...Lepas tu jaga bos perempuan sahaja. 

Alhamdulillah..walaupun PA sharing Alhamdulillah nieyl dapat sediakan keperluan semua dengan baik. Bos baru nieyl bagi souvenir dari Harbin . Bertambah magnet nieyl..kena beli papan magnet dah ni rasanya kan. 

Good Morning

by on September 11, 2025

Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Semalam hujan lebat , petir kilat..
Nieyl balik kerja semalam jem teruk..
1 jam baru sampai rumah, lepas tu hujan tak berhenti sampai tengah malam...
Pukul berapa berhenti hujan pun tak sedar..

Hopefully hari ini cuaca baik-baik aje..

10 September, 2025

Rasmikan Air fryer Gaabar

by on September 10, 2025



Rasmikan Air fryer Gaabar | Excited nak guna airfryer sendiri sebab sebelum ni kalau nak guna pinjam rumah kakak je sebab fikir macam tak ada keperluan nak beli tapi disebabkan live Pinn Yang tu nieyl terbeli satu air fryer jenama Gaabar. So, weekend baru ni baru rasmikan. 

Yang ini nieyl beli 4 liter sahaja sebab nieyl jenis tak masak banyak pun selalunya masak dalam kuantiti sederhana je so, 4 liter untuk nieyl sangat ok. Ini bahagian dalam dia, sebelum nieyl nak ayam untuk dibakar, nieyl akan spray ataupun sapu lapik ni dengan minyak. Kalau ikutkan tak perlu pun dia takkan melekat.

Apa yang nieyl suka dengan Air Fryer ni adalah dia dah tulis siap-siap masa yang perlu nieyl pilih kalau nak makan apa-apa makanan. Jadi, dah tak perlu nak google ke tanya chatgpt dah..Mudah kan. Dan satu lagi air fryer ni dia dah setkan suhu, dia hanya sediakan button masa sahaja. Bagus kan, tak payah fikir nak letak di suhu berapa. 

Tadahh...ini lah hasil ayam bakar nieyl. Untuk first layer nieyl bakar 30 min kemudian side sebelah nieyl hanya bakar 15 min dah cukup. Hasil dia memang nieyl puas hati.. warna dia cantik , tak ada hitam-hitam, warna brown dan lepas tu tidak kering sangat juicy. Isi ayam tu tak ada melekat pun dekat tulang. Nieyl sukaaaa....berbaloi terbeli hari tu hehehe...tak menyesal..

Teman Mak Brisk Walk

by on September 10, 2025


Teman Mak Brisk Walk | Nieyl nak share insyaÁllah mak nieyl akan berangkat ke tanah suci 28 Sept 2025 bersama kakak nieyl. Alhamdulillah kursus umrah semua dah selesai, tinggal nak buat kenduri doa selamat dan packing barang. Untuk persiapan fizikal mak nieyl akan pergi brisk walk 2 hari sekali untuk latih kaki mak. Masa hari cuti yang lepas, nieyl dapat spend time teman mak nieyl brisk walk keliling kampung. Sambil brisk walk tu mak share lah tentang kampung nieyl yang dulu. 


Kira jauh juga ni mak nieyl berjalan, kebetulan dia cakap nak singgah kedai Aceh beli barang sikit untuk masak. Jadi, kita berjalan kaki pergi kedai Aceh. 

Ha...dah sampai dah kedai aceh. Nieyl tunggu dekat luar je, mak nieyl je beli barang yang dia nak beli. Lepas dah beli, nieyl tukang angkat nasib baiklah tak berat ya sebab nak jalan kaki balik rumah pun lebih kurang 20 min..kalau berat, ada yang seret kaki jeee hahaha...

Semoga Allah permudahkan segala urusan mak nieyl nanti. Semoga mak nieyl dapat tunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah..Aminnn

 

Good Morning

by on September 10, 2025

Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
skrg ni nieyl dah official PA kepada 3 bos..
2 wanita dan seorang lelaki..
doakan semoga nieyl sentiasa dipermudahkan urusan ya..

Happy working semua..

09 September, 2025

Kunafa Aiwahhh Mangga 5

by on September 09, 2025

 

Kunafa Aiwahhh Mangga 5 | Bulan lepas kan ada Havoc Food Festival dekat Shah Alam kan, siapa ada pergi?nieyl memang tak pergi lah, kalau pergi weekend mesti sesakkan. Jadi nieyl tak pergi. Anak buah nieyl yang si Bella tu ha benda-benda mcnie memang dia suka. Dia balik kerja 3.30 petang terus pergi sana untuk shopping makanan dekat sana.

Antara yang dia beli adalah kunafa Aiwahh Mangga 5 yang tengah viral sekarang ni. Dia cakap beratur lama dan panjang. Siapa nak beli memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi.

Personally nieyl yang teringin juga nak merasa Kunafa Mangga 5 ni yang asyik lalu fyp je ni. Sebekas ni boleh makan 2 ke 3 orang. First bahan yang diletakkan dalam bekas ni sangat meriah dan banyak ya korang. Tak kedekut bahan, mangga dia masam-masam manis, nieyl makan bersudu-sudu juga lah sebab memang sedap. Cuma harga dia tu boleh tahan keras jugalah tapi sesekali untuk merasa tak salah pun. 

Ada yang dah pernah beli dan rasa ke?



Bawa Budak Tak Sihat Makan Speghetti

by on September 09, 2025

Bawa Budak Tak Sihat Makan Speghetti | Hari tu dia tak sekolah, katanya pening kepala. Makan pun tak berapa sangat. Datang rumah nieyl, mula plan macam nak masak je tapi balik kerja dah penat. Cakap ngan husband kita makan luar jela bawa si Raisya sekali. Lepas tu raisya cakap nak makan speghetti, nasib baiklah dekat area rumah nieyl tu ada cafe, so nieyl teman dia makan. Husband nieyl makan dekat kedai thai sebelah hihihi... Sebab menu dekat cafe ni banyak speghetti, dia kurang sikit. Alhamdulillah, berselera dia makan. Risau kalau tak ada selera makan ni, kalau nieyl jangan tanya sentiasa berselera hahahaha..

Good Morning

by on September 09, 2025

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Bulan lepas sangat tak konsisten nak update..
salah satu sebab paling utama adalah..
blog tak boleh access guna line ofis..
tak sure kenapa..

Kalau nak access nieyl kena guna hotspot nieyl ke pc sekejap..
untuk update macam sekarang ni..
so, nieyl agak slow sikit nak update tau korang..
tapi korang janganlah tak singgah blog nieyl tau..
hihihi..

Happy working semua...

 

08 September, 2025

Kalau tak kemas, mesti tak jumpa

by on September 08, 2025

 

Kalau tak kemas, mesti tak jumpa | Nasib baik barang jenis tak mereput tau. Cuti-cuti rajin sikit mengemas, bila mengemas kan mesti akan jumpa macam-macam benda. Contohnya hadiah yang berusia 2 tahun yang tidak pernah dibuka ya. Masih berikat riben lagi,ini hadiah dari kakak dekat office masa tu dia nak sambung study MASTER.  

Dia memang rapat dengan nieyl dan tentunya nieyl punya gift color pink. Masalahnya kakak tu dah habis study dan kembali bekerja di agensi lain. Nieyl baru buka gift dia, aduhaii..ampun..ampun... 

Tadaaa..box untuk simpan barang perhiasan diri. Cantik-cantik simpan cincin, rantai cantiklah itupun kalau jenis yang suka simpan perhiasan diri banyak-banyak. Macam nieyl ni, setakat ini semuanya satu-satu je hehehe...