10 June, 2025

Happy Birthday Turn 1 Rayhana

Happy Birthday Turn 1 Rayhana | Tanggal 9 Jun 2025 semalam, birthday Rayhana yang pertama.  Wah, sekejap je dah besar budak ni. Sekarang gigi dah ada 4 batang, lepas tu fasa nak berjalan. Ada je tempat yang boleh dia pegang, dia akan berdiri jalan keliling. 

Sekarang ni setiap kali balik dari rumah pengasuh pukul6.30 petang , dia akan singgah rumah nieyl dulu. Ha..dia akan main-main, nieyl akan layan dia dulu sampai dia puas main, pukul7 dia balik rumah. Sebab ruang tamu rumah nieyl luas jadi dia bebas bergerak. 

Itu gambar Rayhana masa raya korban tu, bersiap-siap berjubah budak ni nak balik kampung dekat Perak. Sebelum balik kampung, wajib singgah rumah nieyl dulu. tengok tu suka orang ambil gambar dia. 

Doakan Rayhana sentiasa dilindungi, di berkati dan sentiasa menjadi anak yang solehah didunia dan akhirat..Aminnn...

 

6 comments:

  1. happy 1st birthday princess..moga membesar jadi anak solehah...aamiin..

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday cutie 🎈
    Semoga membesar dgn baik dan sihat selalu hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. alolo comelnya .. happy 1st birthday Rayhana :)

    ReplyDelete
  4. happy first birthday Rayhana, semoga jadi anak solehah pada kedua orang tuanya..aamin

    ReplyDelete
  5. Aiiih comel lah memang. Semoga rayhana tumbuh membesar dengan sehat, dilindungi selalu oleh Allah yaa ❤️

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)