Thai Best Massage Penang | Last day dekat Penang, pagi tu memang masing-masing mandi pool sampai pukul11 pagi. lepas tu bersiap check out pukul12.00 tengah hari. Terus kita pergi Mall untuk cari lunch, mak nieyl nak makan Chicken Rice Shop , kemudian kitaorang plan nak gi massage kaki dalam mall tapi sayang semua dah full. So, kita pergi cari dekat luar.. Google-google, call ada satu yang boleh buat sekali 7 orang. Nama kedai dia Thai Best Massage Penang.
Kitaorang 6 orang ambil kaki, tangan dan kepala. Untuk mak, nieyl ambilkan kaki sahaja sebab takut mak tak boleh nak tahan sakit pula nanti. Kitaorang ambil 1 hour.
Dekat tempat ni ramai pekerja dia. Setiap staff akan ambil seorang customer untuk dibawa cuci kaki terlebih dahulu. Yang ni kelakar tau, nieyl ingatkan dia cuci guna air biasa rupanya guna air suam yang panas-panas juga ya terkejut sis hahaha. Nieyl tanya kenapa cuci dengan air panas, kebetulan nieyl dapat staff orang malaysia so, dia boleh cakap melayu la.. Yang lain-lain dapat orang luar, ckp bahasa english sikit-sikit je..dia cakap kena cuci dengan air panas supaya urat -urat , dan darah mengalir dengan baik.
Lepas tu kita di bawa ke bilik yang tak berapa nak terang, malap-malap memang untuk orang relax. Bilik tu besar, dah ada lebih kurang 15 kerusi dan boleh masuk 15 orang sekali. Dia start dengan urut kaki, jari-jari kaki ditarik, tapak kaki memang sedap dia tekan , nieyl terlena sekejap hehehe..dia urut lengan dan tapak tangan, last sekali dia suruh kita duduk, dia urut bahu dan bunyikan pinggang kita peh!memang sedapppp..hihihi... Oh ya lupa, harga pakej ni 60 minit RM95..
Lepas selesai massage, kitaorang terus bergerak ke Airport untuk balik.....
Tamat dahh...
Tamat dahh...
Yang ni kak SA suka..healing..selalu pi kat JB atau pi kat Bukit Bintang
ReplyDeletememang akan rasa rasa refresh kan Nieyl selepas urutan begini ..
ReplyDeletewahhhh ini paling best setelah penat jalan2 ehehe
ReplyDeletebestnya..teringat masa kat bangkok dulu..selalu gi ngan kawan2...
ReplyDelete