08 May, 2025

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Curi Masa Keluar Lunch Sama | Dalam pukul11 pagi tadi nieyl rasa macam nak lunch dekat luar, nak makan ayam gepuk. Whatsapp syida tanya dia puasa ke hari ni?dia kata tak puasa tapi dalam discussion lagi. Nieyl cakap kalau habis awal kita pergi makan dekat ayam gepuk la sebab esok nieyl tak dapat nak keluar makan dengan syida sebab dah ada orang booked untuk lunch sama-sama. 

Pukul1 tu dah lalu depan kedai Ayam Gepuk tu tapi tengok dah full masa nak cari parking tu ternampak kedai SALTYS ni, pernah nampak dekat Iklan IG ke Tiktok tak ingat. Kebetulan tengok masih ada meja kosong, kiteorang makan dekat situ. Dia punya menu lebih kurang ayam gepuk juga. 

Ada western juga dan dia tak ada banyak menu pun , tapi baguslah tak pening nak pilih nak makan apa. Yang viral Nasi Ayam Kremes , ok set lunch dapat free ai..harga RM15

Ha..nampak dia lebih kurang je ayam gepuk tu. Cuma dia ada extra kruk-kruk tu yang sedap makan dengan nasi. Ada kicap dan sambal dia sangat sedap. Orang yang tak kuat makan pedas pun boleh makan. Nieyl suka kalau sambal di asingkan macam nie sebab kadang-kadang ada orang dia nak makan tapi tak nak letak sambal banyak sangat. Hari ni first time nampak syida makan habis ya, sambal tu pun habis juga. hihihi.. hari ni memang dah niat nak belanja syida lunch, sebab susah nak keluar makan sama-sama sebab masing-masing sibuk dengan kerja walaupun duduk satu bangunan. 

6 comments:

  1. seronok tu dapat makan lunch sama2...

    ReplyDelete
  2. Makanan set macam ni selalunya jimat dan berbaloi...free air plak tu..nampak sedap

    ReplyDelete
  3. Terpandang menu NG New York tu... Allah ada dlm set tu ye...

    ReplyDelete
  4. konoha... selalu nampak perkataan ni bila ditujukan buat warga negara jiran kita

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)