23 May, 2025

Singgah Lavender Garden

by on May 23, 2025

Singgah Lavender Garden | Kalau naik brinchang Lavender Garden ni antara tempat yang nieyl nak pergi, seingat ni last nieyl naik cameron 2013 , now dah 2025 kira-kira 12 tahun yang lalu. Banyak sangat perubahan lavender garden ni dah banyak tempat untuk berOOTD dalam tu dan ada juga cafe dan bahagian atas sekali tu ada pokok-pokok strawberry yang korang boleh petik sendiri tapi nieyl tak naik atas sekali. 

Masuk je belah kanan tu banyak pokok-pokok lavender dan daisy. Sangat cantik kalau nak berOOTD dekat situ nampak macam di luar negara gitieww..

Itulah kalau pergi dengan anak-anak buah yang dah besar-besar ni, dia suka suruh makcik dia ni berpose sana pose sini..Moh kita panjat hahah..

Geram betullah tengok pokok-pokok bunga dekat CH ni, segar-segar je kalau bawa turun ni adeh kelayuan silap-silap mati dah..

Antara tempat OOTD yang sangat banyak dalam lavender garden ni so, tak rugi pun korang singgah sini untuk rasa kecantikan bunga dan taman-taman yang dioerang buat untuk pengunjung.

Pantang nampak buai, nak naik tapi risau terlebih muatan, so acah-acah jela naik ya..tak berani nak angkat kaki hahaha

Selain pokok bunga, pokok hijau pun cantik disusun tepi jalan masuk ke atas tu. Lavender garden ni dah teratur sikit dah kalau dulu jalan masuk dan keluar laluan yang sama sekarang ni dia dah buat jalan masuk lain dan keluar pun lain. Good Jobs.. Ok harga tiket masuk untuk dewasa RM20 dan untuk kanak-kanak RM10. So, nanti kalau korang ke CH, singgah lah bawa anak-anak okay..

6.32 pagi

by on May 23, 2025


Assalamualaikum..
selamat Pagi..
Disebabkan dikatakan pukul7 pagi jalan akan di tutup..
seawal 6 pagi nieyl dah bersiap untuk pergi kerja..

Naik highway..
Mak ai..banyaknya kereta mereka semua rushing nak lalu MEX 
sebelum di tutup..
Oleh itu, 6.32 pagi nieyl dah bertapa dekat parking pagi ni..
Nak naik takut sebab awal sangat..
Duduk la dalam kereta sampai jam 7 baru masuk bangunan ofis..

8.45 pagi ni ada bacaan yasin
dan ada breakfast di sediakan..
Jadi, nieyl minum air kosong je dulu pagi ni...

Happy working semua


 

22 May, 2025

Untunglah ada En. Tunang

by on May 22, 2025

Untunglah ada En. Tunang | Orang perempuan kalau dapat shopping bagaikan tiada hari esok. Ha..itulah kakak nieyl ye, bukan nieyl hahaha sebenarnya sama je. Korang bayangkan lah bawa kereta bonet tak berapa nak besar tapi beli barang sampai penuh ya..

Dan yang tak tahannya tu, nieyl duduk depan kena pangku Patung Capybara ada anak kura-kura.  Kisahnya anak buah nieyl yang tunang tu dia saja cakap dengan tunang dia nak Capybara besar tu , tunang dia tak layan pun. Lepas tu kitaorang pun pergi berjalan membeli belah lagi, tunang bella ni dia kata tunggu dekat kereta.

Bila dah settel shopping semua, nak masuk kereta..ada pula binatang besar ni dekat seat nieyl hahaha..
Sukaa lah anak buah nieyl tu, masalahnyaa yang jadi mangsanya nieyl duduk depan kena pangku benda ala ni yang bapak punya besar..ee..geram aku hahaha...tutup pemandangan depan nieyl hahaha...Korang nak tahu x, dekat rumah tu ada 1 lagi patung penyu dari terengganu yang besar gila. Entah mana dia nak letak pun tak tahu la, alih-alih bawah lantai juga duduknya tu nanti tu..percayalah..

Cuba Makanan di Kea farm

by on May 22, 2025


Cuba Makanan di Kea farm | Selain pergi Kea Farm untuk shopping buah dan sayur, nieyl nak pergi try makanan yang dok viral kata wajib singgah tu. Actually bila sampai kedai-kedai buat macam dekat kaki lima tu je, ruang untuk kita nak berjalan tu pun sempit sikit. Jom tengok apa yang nieyl try makan..

First nieyl try Aiskrim viral, dia ada banyak flavour tapi nieyl nak try yang strawberry. Harga sebatang ni RM6 kalau tak silap nieyl, lupa dah..Untuk nieyl aiskrim ni ok je cuma bukan taste nieyl kot dan untuk nieyl tak repeat makan dah.. Tapi tekak orang lain-lain mungkin ada yang suka.

Yang kedua nieyl try Jagung Cheese Tarik . Ha..yang ini petua dia lepas beli terus makan ok jangan simpan-simpan. Rasa dia sedap, lemak manis dan 1 bekas ni boleh share ramai-ramai. Sebab tak lalu nak makan banyak sebab dia cheese cepat muak.. Tapi sedap! Harga RM12

Last sekali yang nieyl try adalah Strawberry Chocolate . Kalau Strawberry celup chocolate tu dah biasa sangatkan, so nieyl try campur dengan matcha milk with cream.. Sumpah! sedappp!rasa dia balance, masam manis chocolate matcha tu. KOmbinasi yang sangat menjadi dan sedap. Yang ini akan repeat lagi..Harga RM18.

Cuma ada 1 je nieyl tak dapat nak makan, Scone CH.. Tapi tak apa la, scone tu dekat sini pun ada jual juga yang sedap tak ralat sangat hehehe...cuma saja nak rasa yang dekat atas punya.. Ok lah bab makan dah share dah...Next entry jalan-jalan lagiii

Good Morning

by on May 22, 2025


Assalualaikum..
Selamat pagi..
Pagi ni nieyl gerak awal juga..
tapi pagi ni banyak kereta dari biasa..
Hari ni ramai yang hantar borang BDR..
banyak laluan ke Ofis akan di tutup..
Nieyl pun mohon juga sebagai persediaan..
Kalau esok jalan nieyl di tutup lebih awal..
mungkin nieyl akan BDR juga, kalau tak pergi kerja macam biasa..
Persediaan je dulu..
Guna tak guna BDR tu tengok macam mana esok dengan minggu depan..

Happy working semua




 

21 May, 2025

Singgah The Sheep Sanctuary

by on May 21, 2025

 

Singgah The Sheep Sanctuary | Anak buah nieyl ajak pergi sini untuk tengok sheep. Turun je tangan dah ada beberapa ekor sheep yang menanti. Awal-awal lagi penjaga tu dah pesan, kotak makanan sila sorokkan sebab sheep ni dia dah kenal kotak makanan tu dan dia akan serbu kita. Macam ni nieyl dah sorok dalam poket belakang dah, sebab dia dah start datang dekat nieyl dah..

Misi nieyl adalah nak ambil gambar dengan sheep je..nieyl pegang bulu dia Ya Allah tebalnya bulu dia macam karpet.  Dalam pada takut tu, nieyl cuba juga nak pegang sambil senyum yaa.. Cantikkan gambar dia kan..

Reality nya nieyl takut sis hahahaha...boleh pula dia datang dekat dengan nieyl, adeh dah la penakut. 

Nieyl ada juga try bagi dia makan rumput, lepas tu abg ipar nieyl ni dia pergi bagi makan banyak-banyak lepas tu, binatang ni dia hembus semua makan dia ke nieyl hahaha..sengal betul...

Yang ini lagi la,masa nak gerak naik tangga tu boleh pula dia laga-laga badan dekat kita hahaha..mahu tak kecut perut awak..Kalau korang nak tahu, yang pergi tengok sheep ni bukan semuanya berani , ada je yang penakut macam nieyl ni , jerit-jerit tu perkara biasa lagi-lagi bila kena serbu dengan sheep hahaha..dia minta kita makan..selagi tak lagi, dia akan ikutttt...

Harga Tiket 
Dewasa - RM12
Kanak-kanak - RM7

The Sleep Sanctuary ni dekat Kea Farm je , lepas korang pergi membeli belah tu bolehlah singgah sini..

Malang tidak berbau

by on May 21, 2025

Malang tidak berbau | Short Vacation nieyl kali ini mencabar ya..sebelum check in hotel plan asalnya adalah nak pergi melawat tempat lain, masa on the way tu terlepas simpang dan kita masuk kawasan hospital Sultanah  Hajjah Kalsum CH untuk pusing. Nieyl pergi 2 kereta , satu lancer dan satu lagi ford 4x4.. Nieyl dalam kereta Ford , first tu lancer dah lepas pusing kereta kemudian ford pula masa ford nak pusing tu tak perasan ada tembuk tajam tepi tu abang ipar nieyl ingatkan lepas rupanya tak lepas langgar tembuk tajam tu dan tayar keras 4x4 tu bocor...perh!

Tersadai dekat parking hospital dekat 2 jam ya..sementara nak tunggu foreman kereta sampai. Bila foreman sampai, dia cakap tayar tak ada dia kena cari dulu. Dia cakap ahad baru ada, sementara tu dia tukar dulu guna tayar spare. Kebetulan pula tu tayar spare tu tak sama lebar dengan tayar yang pakai sekarang. Jadi, cuak juga lah nak bayar jalan-jalan cameron.

Sudahnya..sepanjang hari sabtu dan ahad kita berjalan naik kereta lancer je 6 orang hahaha..Kereta ford kita parking je dekat hotel , bila nak gerak balik baru pergi bengkel foreman tu untuk tukar tayar, rezeki memang foreman dapat cari tayar baru sebiji tayar asal. Legaaa..


Kak SA ada komen tanya keadaan dekat sana. Actually sejujurnya kalau korang nak naik ke CH tolong bergerak awal pagi macam nieyl , kalau korang baru nak naik pukul8 tu memang menangis mengadap jem nak naik lagi-lagi kalau korang nak naik ke brinchang tu. Dan satu lagi elakkan naik CH waktu petang sebab petang memang CH hujan. Kalau korang nak pergi weekend macam nieyl , boleh je tapi kena keluar awal pagi dan pastikan sampai tanah rata tu dalam pukul8 pagi untuk elak jem untuk ke brinchang ya..

Risau tanah runtuh tu nieyl pun takut juga masa pergi tu, tapi Alhamdulillah cuma masa nak turun ke bawah tu dah mula start hujan sikit-sikit, itupun jalan nak naik atas tu ada pokok kecik tumbang, nasib baik pihak berkuasa cepat bersihkan bagi mengelakkan jem. 

Nak naik CH ni boleh tapi kena rancang betul-betul perjalanan, elakkan pergi musim hujan macam sekarang ni area CH ni petang je dia hujan. Lepas hujan memang CH sejuk lah seronok hihihi...

Kepada yang nak pergi CH, ingat rancang perjalanan korang tau..nieyl dah bagi tips tadi kan.. Try lah guna mesti perjalanan korang takkan stress ke CH hihihi...







 

Good Morning

by on May 21, 2025

Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
Hari ni nieyl sampai ofis awal sebab takut jalan tutup..
Hari ini dan esok dijangka ada raptai Kemuncak ASEAN 2025..
Banyak jalan yang terlibat akan di tutup..


Nampaknya sepanjang Kemuncak ASEAN ni nieyl kena sampai ofis belum 7.30 pagi..

Happy working semua...




 

20 May, 2025

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

by on May 20, 2025


Stay Zenith Hotel Cameron Highlands | Kali ini penginapan 2 hari 1 malam ni di Zenith Hotel Cameron Tanah Rata. Penginapan ini ditaja oleh anak buah nieyl, hihihi..kita ambil 2 bilik. 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. Ini kali pertama juga nieyl stay dekat hotel ni.  Sementara menunggu bilik disiapkan tu, kita lepak di lobi dia yang sangat besar dan cantik..

Ada beberapa sudut lobi yang nieyl sempat snap, tak dapat nak snap semua sebab time ni kepenatan dan mengantuk sangat. Nieyl tidur 2 jam sahaja sebab Jumaat malam dinner balik pun dah pukul11.30 malam..Kemas bag, iron baju semua dah pukul1 pagi lepas tu baru tidur..Pukul3.30 pagi bangun siap-siap, pukul4 dah gerak ke CH. jadi, bila duduk menunggu dekat lobi tu pun nieyl dah tertidur.. 

Lobi sangat luas, tenang dan bersih. Kalau nak minum pun ada disediakan juga depan kaunter tu. 

Nieyl pun tak pasti bilik yang dia ambil tu macam mana rupa, surprise benor. Dia ambil bilik signature King with breakfast. Yang pening  penting, view dekat balkoni dia cantik sis. Waktu pagi berkabus lah time snap ni dah pukul2 tengah hari..

Jom tengok bilik pula, katil king yang boleh muat 3 orang cun sangat dah tu kan. macam biasa semuanya cantik , bersih cumanya bilik air dan toilet dinding cermin yang boleh nampak bayang-bayang ya hahaha..jadi, setiap kali nak mandi ke toilet ke pesan siap-siap jangan datang dekat hahaha..
Harga untuk 1 malam sekali dengan breakfast RM430.56 untuk 3 person.

Nieyl lunch 2 hari dekat CH ni , makan dekat Medan Selera betul-betul bawah hotel je tak payah susah-susah nak cari kedai makan untuk lunch, harga makanan pun murah dan sedap, kita ni pergi mana-mana mesti nak makan lauk-lauk kampung kan..mudah lunch situ je..


Ok next ke mana nieyl pergi..stay tuned

Nasi Lemak Abang Strawberry

by on May 20, 2025

Nasi Lemak Abang Strawberry | Short Vacation nieyl last week ni tiada dalam plan langsung. Tahu-tahu sampai Cameron Highlands hihihi. Bila dah sampai ni wajiblah kita pergi jalan-jalan dan semestinya bukan duduk hotel je ok. Nieyl gerak pada hari Sabtu jam 4.00 pagi tau korang, sebab kalau boleh nak sampai CH sebelum pukul8 pagi. Destinasi pertama yang nieyl pergi bila dah sampai CH adalah Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry. Kalau korang taip dekat TikTok tu Nasi Lemak Abang Strawberry tu , banyaklah video-video dia tapi yang ini pilihan anak buah nieyl, so..nieyl ikut sahaja. 

Cantikkan bahagian atas dihiasi dengan  pokok bunga rose yang sangat banyak. Kedai ni sangat selesa dan bersih je dan cara nak order semua guna apps. Bila dah pilih makanan, kena pergi ke kaunter untuk buat pembayaran dahulu sebelum makanan yang kita order dalam apps di proses. Masa nieyl pergi tu waktu pagi, masih banyak lagi meja kosong, tapi bila dah pukul9.30 tu beratur orang dekat luar ya untuk makan dekat sini. Full house.. Walaupun full house korang jangan risau sebab makanan kita tu cepat je sampai.

Sementara menunggu makanan kita sampai, kita minum dulu..nieyl order teh O panas, feeling-feeling sejuk hahaha, sebenarnya cameron tak macam dulu sejuk dia, kita masih boleh lagi rasa panas tu. Cute kan cawan kertas dia, Colourful.

Makanan dah pun sampai. Nieyl makan nasi lemak uniknya nasi lemak dia tu adalah warna nasi dia tu pink ke merah² macam tu. Dia guna beras basmathi sebab itulah nasi dia nampak cantik panjang-panjang. Set nasi lemak ada telur mata, timun , kangkung, sambal , ikan bilis pedas kering dan ayam goreng. Selain tu dia ada juga nasi lemak daging dendeng, kalau ada yang suka. 

Untuk nieyl nasi lemak dia biasa je, cuma nieyl suka ikan bilis garing pedas dan sambal dia. Croissant Drizzle dia sedap dan baby pancake strawberry milk tu terlalu manis. Pancake Classic tu nieyl tak rasa tapi kakak nieyl kata sedap..

Kalau pergi cameron ni kita akan jumpa macam-macam produk yang dijual berasaskan strawberry. Dekat kedai Abang Strawberry ni ada jual kordial, ada jual sambal dan macam-macam lagi. 

Nasi Lemak Abang Strawberry
27, Jalan Taman Sedia, 
Tanah Rata 
39000 Tanah Rata, Pahang

Tips: Kalau korang nak pergi sini, tak perlu masuk ikut jalan depan kedai sebab situ tak ada tempat parking dan jalan mati. Rata-rata orang parking tepi jalan tapi jauh lah kalau yang bawa warga emas tu macam tak sesuai nak parking jauh-jauh. Korang kena rajin pusing area situ sebab ada kawasan rumah dekat situ yang boleh sewa parking. Rata-rata owner rumah memang buat sewa tapak parking untuk customer kedai abang strawberry ni, RM5 per entry.  Nak jalan ke kedai abang strawberry tu pun dekat ikut laluan belakang kedai. 

Morning..

by on May 20, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Awal pagi whatsapp wanie, jangan lupa bawa kad parking naik..
sebab hari ni pertukaran kad parking baru..
Bila dah sampai tempat..
nieyl baru teringat kad parking nieyl dalam kereta tak bawa naik hahaha..

Tak apa la..
Pukul9 nanti lah baru pergi ambil..
Jauh sikit parking bertingkat 6-7 minit juga jalan kaki..

Pagi ni nieyl breakfast ubi keledek goreng..
mak nieyl goreng, keledek dari cameron..
nanti nieyl story...

Happy working semua..

 

19 May, 2025

Majlis Makan Malam

by on May 19, 2025

Majlis Makan Malam  | Jumaat lepas nieyl ada bagitahu kan nieyl ada dinner bertemakan Princess in Enchanted Garden. Kalau dah namanya garden sinonim dengan bunga-bunga. Majlis makan malam bermula jam 8 malam sampai 10.00 malam. Dihadiri seramai 98 orang pada malam tu. Masuk je dewan, wow!40% memang pakai baju mengikut tema ya ada bunga-bunga di baju dan kepala. Selebihnya berpakaian selamat dan simple macam nie hahaha.

Disebabkan nak nampak kurus mulus, nieyl memilih baju berwarna hitam dan tas tangan pun warna hitam juga dan nieyl ada pakai bunga di atas kepala cuma tak nampak pula kalau dari depan sebab pakai terbelakang sikit hehehe..Almaklumlah make up semua sendiri ya sis..

Gambar kenangan Pengarah Bahagian nieyl yang bakal bersara pada hujung bulan ini. 

Bergambar dengan PA² bahagian nieyl dan juga pegawai bahagian nieyl..

Bersama wanie dan Lyn geng makan-makan nieyl yang turut hadir ,geram je tengok baju lyn tu..
cantikkan..

Yang ini sempat bergambar dengan kakak² bahagian lama nieyl yang join dinner..

Sambil-sambil staf lain tengah menjamu selera dalam dewan, nieyl dengan wanie ditugaskan untuk sediakan cenderahati untuk Datuk KP dan Pengerusi Puspanita.  Actually gambar-gambar yang nieyl kena tampal dalam frame tu adalah gambar fresh dari Oven ya. Lepas photographer ambil gambar, terus pergi cuci di kedai mengikut size yang kita nak.. Dan nieyl kena masukkan dalam frame, tampal susun elok-elok bagi cantik.. Cantik kan? 
 

Good Morning

by on May 19, 2025

 

Assalamualaikum....
Selamat Pagi Isnin...
nieyl tengah breakfast sambil menaip ni..
urusan bos semua dah selesai..
PA boleh tarik nafas lega sekejap..

Penat weekend pun tak hilang lagi ni..
nieyl sampai rumah malam tadi dekat pukul10 malam..
hari ni masuk kerja...

Nanti nieyl share nieyl ke mana weekend aritu..

Happy working semua

16 May, 2025

Bos bagi kuih Muih

by on May 16, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi Jumaat..
hari ni nieyl tapau lontong dekat kedai abg..
Tapi tak sempat lagi nak makan..
nieyl makan karipap 2 biji je..

Terus buat kerja..
Lepas tu bos bagi kuih muih..
sedap pula lembut je kuih apam tu..
dah licin dah..
lontong tu makan lunch nanti jela..

Malam ni nieyl ada dinner...
untuk Puspanita..
tema dia Princess in Enchanted Garden
Next week nieyl share gambar ya..

Happy working semua

 

Pizza Time

by on May 16, 2025

Pizza Time | Suami isteri diwaktu cuti selalu buat apa?sebab nieyl berdua je , tak ada anak kecil biasanya nieyl dengan husband akan spend time tengok movie hihihi

Bila dah habis tengok movie, mulalah husband akan cakap "yang lapar lahhh" ha..inilah punca-punca isteri gagal diet hahaha.. Nak masak dia kata lambat, dia suruh order pizza je.. Nasib baik nieyl memang ada apps pizza hut, lebih mudah untuk order dan banyak special promo.

Nieyl selalu akan guna apps kalau nak order Pizza Hut area rumah tu, nieyl akan ambil ambil sendiri bila dah siap sebab pizza hut ni betul-betul depan simpang rumah nieyl.  Kali ini nieyl ambil Special Promo Hari-Hari Rm8. Set ini dia bagi kita 1 pizza personal dan 1 jenis air.  Nieyl ambil 2 set sebab nak 2 jenis pizza yang berbeza.

Hot Cheesy Chicken

Chicken Delight

Kalau korang ada apps pizza, boleh order dan setkan time untuk pick up. Jadi, tak perlu nak tunggu lama-lama. Dan lagi best kalau guna apps dia akan point dimana bila dah cukup collect 3 icon pizza kita boleh redeem. Bestkan..berbaloi-baloi..

 

15 May, 2025

Kari Sardin Sedap

by on May 15, 2025

Kari Sardin Sedap | Sejak beli barang kering guna SARA ni, setiap bulan memang ada stok sardin tin dekat rumah untuk backup hari-hari malas nieyl. Cuma minggu lepas nieyl teringin nak masak kari sardin untuk makan lunch. Sebelum ni nieyl tak pernah masak kari sardin ni, rupanya masak kari sardin ni sama je dengan kita masak kari ikan tu cuma ada setengah orang kuah sardin tu dia buang dan ada juga orang yang campur. Macam nieyl nak dapatkan rasa dan bau sardin tu nieyl campurkan semua sekali dalam kari, baru lah betul rasa sardin. 

Nieyl share resepi ya kalau ada orang nak buat juga nanti, ini cicah dengan lempeng ke roti pratha ke cucur bilis ke cucur tepung ke sedapppp, cicah roti kosong pun sedap.


Bahan-bahan
  • Bawang merah ( boleh hiris atau blend)
  • Bawang putih  (boleh hiris atau blend)
  • Halia (boleh hiris atau blend)
  • Daun Kari
  • Cili kisar ( 2 sudu)
  • Halba campur
  • Serbuk rempah kari ikan
  • Asam jawa
  • Ubi Kentang ( potong 4 atau lebih)
  • Cili Api
  • Santan
  • Air
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari, halba campur, cili kisar sampai naik bau.
  2. Bancuh serbuk rempah kari dengan air, dan masukkan tumis bersama bawang tadi sampai pecah minyak
  3. Masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang korang nak,nieyl letak dalam 5 cawan ke 6 cawan air
  4. Masukkan ubi kentang dahulu untuk bagi empuk sedikit sebelum masukkan santan, kacau jangan sampai dia bertelur tau
  5. Kemudian masukkan sardin bersama kuah sardin ke dalam kuah kari.
  6. Mesrakan dengan asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan last sekali masukkan cili api 
  7. Kalau kacau tu, jangan kasar sangat tau kalau tidak nanti sardin tu hancur.
  8. Kalau rasa pekat, korang boleh tambah air sikit okay..masak sehingga mendidih dan boleh tutup api dan boleh hidangkan.

Selamat Mencuba...
 

Al Fateh Tak Sihat

by on May 15, 2025



Al Fateh Tak Sihat | Awal bulan 5 hari tu, cucu nieyl paling kecil ni kena warded sebab cirit birit dan muntah. Dr. kata ada kuman dalam darah. Tengok muka Al fateh pun nampak kan dia tak sihat. Nasib baiklah dia nak makan juga, dan Dr. suruh bagi air garam, nasiblah dia suka.. Warded dekat hospital Cyberjaya dalam 5 hari macam tu.. Kebetulan nieyl cuti 2hb tu nieyl dari Ampang singgah hospital  tengok Al fateh. 

Anak buah ke cucu ke kalau Nek Mok dia pegang memang lena ya..Tak tahu kenapa, tapi masa pegang Al fateh tu dia dah start gosok-gosok mata dah, memang dia nak tidur..dodoi sikit je dah tidur. Alhamdulillah, sekarang Al fateh dah sihat sepenuhnya. Doakan Al Fateh terus membesar dengan sihat ya..

Morning...

by on May 15, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Rezeki pagi ni , salah sorang bos yang nieyl jaga..
bagi nasi lemak bunjut pagi ni...
sambal paru..sbb dia memang tahu nieyl suka nasi lemak paru...

Tapi itulah mak nieyl pun ada bekalkan cucur tepung..
cicah dengan sambal sardin..
adududududu...

Happy working semua...