11 April, 2025

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

 

Ambil Alih Tanggungjawab Mak | Sebelum bulan puasa, adik ipar nieyl yang paling bongsu maklumkan, raya nanti kawan lelaki dia nak hantar rombongan meminang dan bertunang sekali. Jadi kami adik beradik, ipar duit berbincang apa yang perlu disediakan dan kita memilih untuk masak sendiri untuk tetamu yang hadir.  Pada asalnya kita kiraan kita orang hanya 50-70 org tetamu sahaja. Last minit kita decide untuk masak untuk 100 org termasuk jiran-jiran sekali. 

Nieyl sebagai kakak ipar yang sulung ambil alih tanggungjawab untuk lead masak memasak ni. Actually nervous juga sebabnya tak pernah masak banyak-banyak macam nie. Tapi tawakal dan berdoa semua semuanya diperlukan..

Raya ke -7 ( sabtu) majlis pertunangannya, petang jumaat tu balik kerja nieyl dan adik2 yang lain dah sibuk dekat dapur untuk siapkan bahan-bahan masak untuk nieyl guna sabtu pagi. Hari sabtu selepas subuh nieyl dah start masak sebab nieyl setkan 9.30 pagi semua dah siap masak, sebab lepas tu nak kena bersiap-siap menyambut tetamu pula. 

Nieyl masak kari ayam + ubi kentang.
Sayur campur 
Sambal belacan resepi arwah mak mertua nieyl..
nieyl sorang yang pandai buat sama macam arwah mak..
Masa buat sambal belacan ni, nieyl sebak teringat dkt arwah mak mertua.

Kerabu ulam ni maklong bagi untuk tambah lauk 

Kuih muih  yang disediakan..apam gula hangus

Cara berlauk

Kek batik super sedap ni, kejap je habis hehehe

Alhamdulillah,makanan cukup untuk tetamu dan ada balance sikit tu adik beradik bungkus bawa balik. Syukur Alhamdulillah walaupun kami tak ramai tapi bila bekerjama semua Allah permudahkan. Nanti nieyl share gambar majlis pulak okay

7 comments:

  1. Alhamdulillah....jimat x yah amik catering kan....

    ReplyDelete
  2. Usihh kenduri besar tu kalau dh smpai 100 org nak makan.. sekali jiran tetangga bagai.. alhamdulillah rezeki.. kita dulu tunang makan nasi lemak bungkus jer hahaha.. dtg bertandang dgn mak dgn sepupu jer 😅

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. bila dah tak ada mak atau mertua, nak tak nak kita akan ambil alih tugas mereka kan Nieyl :) Terbaiklah kak ipar sulung macam nih.. selamat hari raya Nieyl dari kak ana :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah well done Nieyl 👍🏻
    Bukan calang² org boleh masak utk big crowd macam ni tau... Nak² utk majlis tunang pulak. Tahniah²

    ReplyDelete
  5. kerabu ulam tu susah nak jumpa kat kedai...

    ReplyDelete
  6. Saluuut saya. Kalo bisa buat sendiri memang pastinya lebih save money, dan rasa pun dah sesuai dengan selera. Tp bukan perkara mudah masak utk orang ramai. Hebat kak nieyls 👍👍. Dah bisa lah buka catering agaknya 😄

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..semua nya berjalan dengan lancar.. congrats Nieyl!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)