24 November, 2021

Ulam Yang Popular Menjadi Kegemaran

Ulam Yang Popular Menjadi Kegemaran | Orang malaysia sebilangan besarnya suka makan ulam-ulaman yang banyak mengandungi khasiat terutama pada kesihatan dan kecantikan. Nieyl nak share dua jenis ulam yang nieyl suka selain daripada ulam yang dedaun iaitu petai dan jering. Ada sesetengah tanggapan yang menganggap dua ulam ini busuk dan menggelikan tanpa mengetahui khasiat yang kita akan dapat kalau makan dua jenis ulam ini. Nah..nak tahu tak?


Mestilah nak tahu kan sebab khasiatnya sudah tentu membawa kepada kebaikan. Ha..lepas dah tahu khasiatnya, jangan nak kata busuk-busuk lagi tau..hehehe..Tak cuba kita takkan tahu rasa dan kebaikannya yang mungkin boleh membantu masalah yang kita hadapi.


Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B2 ini mampu membantu merawat pms , serta boleh mengawal gula dalam darah dan sekali gus memberi mood yang positif. Selain dari itu ia boleh juga membantu mencegah anemia. Pada yang tidak tahu apa itu anemia, ia adalah dimana badan kekuarangan sel darah merah. Antara simptom anemia seperti muntah-muntah, mual, penat dan tidak larat, sakit kepala dan mudah berjangkit penyakit. 


Dekat Malaysia, jering selalu dimakan dengan direbus dahulu, dan ada juga yang makan secara mentah. Kalau nieyl kalau dapat jering yang muda nieyl akan makan secara mentahlah dia sangat sedap rangup tau hehe tetapi kalau dia dah tua biasanya mak nieyl akan rebus, hiris dan buat sambal jering, serius sedap sangat tau uolss..

Jering khasiat dia lebih kurang sama dengan petai juga iaitu dia boleh membantu pembentukan tisu badan, mengelakkan anemia, mencegah radikal bebas dan mencegah diabetes. Banyakkan khasiat dia jadi, korang yang tak pernah cuba tu bolehlah try. Cuma jering ni susah sikit nak dapat sekarang ni dia banyak ada di kawasan kampung-kampung, pedalaman.. Kalau petai tu sekarang ni senang nak dapat sebab dia penjaja tepi jalan banyak jual dah.

Selain dua ulam yang nieyl share ni, korang boleh makan semua jenis ulam ulaman yang popular yang lain untuk membantu kesihatan dan kecantikan kulit korang. Siapa nak awet muka, makan ulam ulaman lebih ya...

 

4 comments:

  1. Dua-dua ulam ni kita suka. Memang aromanya kuat, tapi banyak khasiat.

    ReplyDelete
  2. Walau pun banyak khasiatnya,
    wak belum pernah makan jering dan petai ni

    ReplyDelete
  3. amboi nieyl sedapnya, kak ana petai makan, jering tu tak berapa kena dengan selera :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)