11 February, 2021

Ayam Masak Black Pepper ala Padi house

Ayam Masak Black Pepper ala Padi house | Alkisahnya sebelum PKP 2.0 nieyl sempat keluar lunch dengan kakak officemate nieyl di Padi House di Cyberjaya, dekat sana tu nieyl order set nasi bersama ayam black pepper sahaja. Jadi memang sedap ayam black pepper dia sampai ke rumah nieyl terkenang-kenang oulls. hahaha~ Jadinya, dari apa yang dirasakan masa makan tu, nieyl cuba masak serupa macam dekat sana cumanya tak mungkin sama lah, kalau sama maksudnya nieyl dah boleh buka kedai makan juga lah. 

Cuma rupa black pepper nieyl ni adalah sama dengan yang nieyl makan tu, Alhamdulillah husband suka , mak pun suka.. Sesekali kita cuma masak ala-ala kedai mahal kan..hihihi. Korang, nieyl bukanlah pandai sangat masak tapi Insya'Allah apa yang nieyl share ini ikhlas cara nieyl masak tau, so..tak mo compare dengan orang yang memang pakar memasak okay.. Masakan nieyl ni untuk mereka yang baru nak belajar-belajar masak boleh la..



 Bahan-bahan

  • Ayam (digoreng setengah masak)
  • Bawang Holand (potong wedges)
  • Cili Capsicum warna hijau (boleh campur ngan warna merah juga)
  • Halia (hiris)
  • Bawang putih (kisar / tumbuk)
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Air
  • Tepung jagung
  • Sos Black Pepper
  • Biji Black pepper (di tumbuk)

Cara-caranya
  1. Tumiskan halia, bawang putih 
  2. Masukkan sos black pepper dan sos tiram bersama sedikit air
  3. Masukkan black pepper yang ditumbuk dan masukkan sedikit kicap manis
  4. Kemudian, bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan dalam kuali
  5. Korang boleh tengok kuah tu jadi pekat
  6. Masukkan ayam dan juga capsicum serta bawang holand
  7. Gaul rata sehingga masak
  8. Apabila masak, korang boleh hidangkan.

** Kalau korang ada kiub pati ayam atau serbuk pati ayam boleh masukkan juga tau, nanti kuah sos tu lebih sedap.

4 comments:

  1. suka makan ayam black pepper... banyak kali cari resepi and try. yg ni macam best jee sebab campur dengan capsicum... tapi tulah kwsn rumah pulak susah nak cari...

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa, rasa nak masak tapi takde bahan lah!

    ReplyDelete
  3. sedapnya ayam black pepper. tengok gambar pun menyelerakan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)