Alhamdulillah bagaikan tidak percaya yang sudah 16 tahun usia persahabatan nieyl dengan kawan-kawan yang dulunya menjadi kawan paling rapat, susah senang bersama walaupun kelas masing-masing tak sama. Pergi ke mana sahaja mesti berlima, dah macam kembar dah berlima ni. Sekarang ni masing-masing dah ada kehidupan sendiri, 4 orang dah berumahtangga tinggal seorang je lagi masih menjadi jodoh. Moga Allah ketemukan dia jodoh yang baik² insyaÁllah
Disebabkan plan asalnya nak datang pukul4.00 petang, so gigih nieyl masak mee hoon singapore untuk minum petang, lastnya sampai pukul6.00 petang , bertuah betul ..jadinya nieyl sempat juga la lelapkan mata sejam sementara menunggu tu..
Serius tak sangka sangat yang kiteorang boleh back together macam ni setelah sekian lama tak reunion. Tapi wedding dieorang Alhamdulillah semua nieyl pergi tau, cuma biasalah lepas tamat form 5, masing-masing bawa haluan dua orang ke IKBN, seorang sambung study ,seorang lagi kerja dan nieyl sambung form 6 dan bekerja.
Bila tengok gambar ni, teringat zaman sekolah dulu..muka kiteorang tak berubah langsung, sama je 16 tahun yang lalu, beza mungkin pada status jela kot..hihihi..noor dengan ain dah ada anak dua orang, nieyl masih berdua lagi dan nurul belum kahwin lagi.
Tahun ni baru berkesempatan nieyl bawa husband beraya rumah BFF nieyl , Alhamdulillah husband nieyl boleh duduk sembang dan beramah mesra dengan husband BFF nieyl kira boleh geng la..So, lepas ni senang la kalau nak buat plan bercuti ke berkelah ke sesama. Sebabnya masa datang raya tu 1 jam tak cukup kiteorang nak bersembang panjang. Banyak story yang nak share dan nak imbas...hehehe..
Bukan mudah maintain kan sesuatu hubungan itu terutama bila bersahabat lebih dari seorang. Cabaran tau, walaupun BFF zaman sekolah dulu, bergaduh,salah faham,bermasam muka semuanya kitaorang dah laluinya kerana itulah hubungan persahabatan ini kekal sehingga sekarang sebab masing-masing dah boleh terima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semoga ikatan persahabatan ini akan kekal hingga ke tua ya korang. LOVE U KORANG ♥
wah lamanya! harap harap sha dengan kawan kawan sha pun mcm ni la :)
ReplyDeletesemoga persahabatan ne kekal selamanya :)
ReplyDeletebtw MB follow nieyl
bestnya berkawan dah lama, mesti susah senang bersama kan.
ReplyDeleteseronok nyer nieyl.
ReplyDeleteaida suka gini. lom dpt jemput kawan2 ke rumah reunion gini.
next year in shaa Allah, pindah rumah baru, nak buat la makan2 kecil2an.
jemput bff skola rendah, skola menengah.
borak2. throwback.
Semoga ukhwah Nieyl dan sahabat berkekalan.. Aamiin..
ReplyDeletebest dpt berkumpul dgn sahabat2 lama.. :)
ReplyDeletesemoga ikatan yang terjalin ni kekalll
ReplyDelete