08 April, 2015

Detik penting Chong Wei




Beliau bakal berhadapan panel Jawatankuasa Pendengaran Anti Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Belanda berhubung dakwaan mengambil bahan terla–rang ‘dexamethasone’.

 Pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu berlepas ke London semalam untuk bertemu peguam–nya, Mike Morgan sebelum ke Amsterdam. Turut mengiringi Chong Wei ialah Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh serta Anggota Majlis BAM, Jadadish Chandra. Isterinya, Datin Wong Mew Choo serta anak mereka, Kingston Lee turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 Chong Wei yang ditemui wartawan memberitahu, beliau optimis panel tersebut akan melihat secara holistik kes berkenaan.

 “Ini adalah detik pen–ting untuk saya. Saya harap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada saya. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin. “Saya berterima kasih kepada penyokong saya. Mungkin keputusan akan diketahui Sabtu ini atau seminggu selepas perbicaraan. Saya akan mengemas kini keputusan tersebut dalam Facebook nanti,” katanya. 

 Ketiadaan Chong Wei pada Terbuka Malaysia minggu lepas ternyata membawa kesuraman kepada kejohanan berprestij itu. Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF setelah gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lalu. – Bernama Artikel Penuh: 


sumber dari akhbar kosmo
seindahcerita: semoga ada berita gembira..


4 comments:

  1. kalau nak ikutkan ramai je atlet yg amek "something" before game..

    harap2 keputusan berpihak pada LCW..kalau xde die, mmg xde harapan cerah la negara kite nak menang dlm ape2 game badminton..

    ReplyDelete
  2. tue la cuma dia terkantoi kan

    ReplyDelete
  3. Dia tertekan sebab hanya dia harapan negara.sebab tulah dia ambik dos...Usia dia dah lanjut tapi still kena main lagi...kesian dia..harap lepas ni ada lah penganti dia

    ReplyDelete
  4. harap-harap dapat keputusan yang gembira la

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)