06 February, 2014

Sila Baca : Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Tanda-Tanda Demam Denggi

1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. 
Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. 
bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang 
berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, 
sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi
 yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. 
Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. 

 Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2.Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
 Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit,
perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam),
kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
 Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit.

Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.
 Kegagalan atau gangguan peredaran
ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan
 kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi.
Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan
cepat mengalami renjatan atau sawan.
Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).

 Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.

seindahcerita: Jaga diri anda..

4 comments:

  1. bos akak baru kene lps raya cina sampai skrg dia mc..

    ReplyDelete
  2. tq share...bahaya demam denggi nih jangan nak ambik mudah kala demam berlarutan memang kena gi check dr amik darah

    ReplyDelete
  3. Good info. Kat bangi pon kawasan denggi juga.

    ReplyDelete
  4. mmg sjrg musim kan.
    blok F ada sorng meninggal hari tu denggi.
    saya pulak duduk blok. E

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)