21 October, 2019

Ibu mengandung boleh minum kopi ke?

Ibu mengandung boleh minum kopi ke? | Haruman kopi mampu mengoda sesiapa sahaja yang menghidunya. Bagi penggemar kopi yang tegas, sehari tidak minum kopi bagaikan hidupnya tidak lengkap. Wah begitu hebat penangan kopi ni ya. Malah ada yang kata ianya menyenangkan kerana hanya secawan kopi mampu membuat mata hilang mengantuk dan terus cergas.


Selalu menjadi tanda tanya daripada bakal-bakal ibu tentang bolehkah wanita hamil mengambil kopi setiap hari seperti biasa. Ini adalah jawapan yang di share oleh Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan kehamilan, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak untuk para ibu mengandung. 

" Ibu mengandung perlu menghadkan pengambilan kafein dengan hanya 200 miligram setiap hari. Malah beliau juga mengingkatkan bahawa kafein bukan sahaja ada dapat kopi semata-mata , ianya juga ada dalam coklat, teh, minuman bertenaga, minuman bergas dan sesetengahnya ada dalam ubat batuk dan selsema juga"

Perlu diingatkan bahawa pengambilan kafein yang berlebihan boleh membawa kesan buruk pada kandungan seperti bayi menjadi kecil dan meningkatkan kemungkinan gugur pada awal kehamilan.  Ibu mengandung dinasihatkan sebaiknya meninggalkan kafein itu lebih baik, boleh gantikan kafein dengan mengamalkan minum jus buah buahan dan kurangkan manis juga dalam minuman.

Jadi ibu-ibu yang mengandung tu boleh minum kopi tu tadi hadkan lah tapi sebolehnya tinggalkan terus itu lebih baik kan, sayangilah kandungan dan bayi tu okay..

11 comments:

  1. pengalaman ammi..masa pregnantkan ozil setiap hari ammi ambil cafein. secawan kecik je pun. mungkin disebabkan itu kulit ozil especially pada bahagian kaki agak tak cantik..berkedut sikit tak tegang macam baby biasa.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. bykkan minum yg lebih berkhasiat macm jus buah tu pun dah baik

    ReplyDelete
  3. ye betol tu. Nak minum boleh, tapi beringat la pada yang di dalam. 😉

    ReplyDelete
  4. Akak dah setahun tak sentuh coffee, kalau lalu starbucks ke, apa2 jer la kedai kopi baunya tu meruntun jiwa, tapi takut nak minum....

    ReplyDelete
  5. Ok je minum kopi. Gynea cakap secawan sehari dah. Masa pregnantkan Aqeel setiap hari minum kopi.

    ReplyDelete
  6. Masa ngandung anak ketiga, Sis ko gila-gila minum kopi hahahaha alhamdulilah baik-baik aja, nasib baik anak tak hitam macam kopiO hahahaha

    ReplyDelete
  7. nice sharing. baru tau yang ibu mengandung ada pantang larangnya. :)

    ReplyDelete
  8. Kak ayu minum kopi. CEO Coffee keluaran Shuang Hor.. Alhamdulillah ok jer. yang penting tak berlebih-lebih. dah addicted takleh tinggal nanti sis stress haha.TQ singgah blog kak ayu :)

    ReplyDelete
  9. betul tu. masa ayu pregnant tu pun. jenuh la kurangkan coffee...now pun, dah umur makin meningkat ni...semua pun kena kurangkan.

    ReplyDelete
  10. Huhuhuhu... Syg Baby tp boleh kn minum kopi time ngadung tp tk slalu lah. Ni baru order kopi arabica dia ckp boleh minum.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)