08 February, 2018

Petua Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk

Petua Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk | Aktiviti setiap minggu mak nieyl adalah bersihkan peti sejuk. Boleh dikatakan setiap minggu hari sabtu pagi mak akan bersihkan peti sejuk. Dulu masa dekat rumah lama pun mak macam tu juga ini dekat rumah nieyl pun mak buat perkara yang sama. terima kasih mak... (anak bongsu macam ni la,manje terlebih)  


Kalau bersihkan peti sejuk ini lagi-lagi bahagian beku tu, walaupun kita dah keluarkan semua barang dalam tu, dia pasti ada bau hanyir ikan,ayam,sotong semua lah kan, betul tak?selalu nieyl nampak mak bersihkan guna kain je. Tapi hari ini nieyl ada jumpa satu cara atau petua cara nak hilangkan bau hanyir dalam peti sejuk beku tu.

Hanya menggunakan 2 bahan yang tersangat muda nak cari, kadang-kadang bahan ini ada je dekat rumah iaitu lemon dan esen vanilla. ya..esen vanilla yang selalu kita guna untuk buat kek tu..Biasa kita letak esen vanilla untuk elak bau hanyir telur dalam adunan kek kita kan.So, lepas ini kita boleh gunakan untuk hilangkan bau hanyir dalam peti sejuk pula.



  • Basahkan tuala dan bersihkan bahagian sejuk beku
  • Ambil sepotong lemon dan perahkan ke seluruh bahagian peti sejuk
  • Guna tuala tadi untuk ratakan dan biarkan sehingga kering
  • Letak sedikit esen vanilla dan sapukan diseluruh kawasan peti sejuk
  • Tutup peti sejuk selama 30 minit, bagi haruman esen vanilla menyerap dalam tu
  • kemudian barulah masukkan semula barang-barang dalam peti sejuk beku..
Selamat mencuba ya kawan-kawan...



7 comments:

  1. Thank you for sharing the info Nieyl!

    ReplyDelete
  2. Peti sejuk pun ada hormon bau busuk hahah! ^^ thanks bagi petua... lepas ni Inshaallah peti sejuk kat rumah sentiasa wangi heeee :D

    ReplyDelete
  3. okay
    1st time tahu pasal nih
    hahaha
    thanks for this info
    sangat membantu

    ReplyDelete
  4. nk beli esen dan lemon juga..lama tak cuci peti is..hehe kantoii

    ReplyDelete
  5. kalau mak saya tk bagi letk lemon...sebb die beracid and boleh menyebbkn peti ais rosak..herm..sye pun tkthu la...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)