20 April, 2017

SofeaRose Bangi Sentral


SofeaRose Bangi Sentral | Baru-baru ini nieyl berkesempatan teman Ofismate pergi cari beli Shawl SofeaRose dekat Bangi Sentral. So, nieyl memang suka sangat shawl tapi masa pergi tu memang tidak simpan sebarang harapan pun nak beli shawl, cuma nak cuci-cuci mata sahaja sementara ofismate memilih shawl yang dia nak beli tu..


Butik SofeaRose menyediakan pelbagai jenis shawl termasuk instant shawl, long shawl selain itu juga butik ini juga menjual jubah, blouse, baju kurung dan lain-lain lagi. Nieyl suka butik ini sebab first time masuk rasa macam selesa sangat. Besar, bersih dan kemas sahaja susunan shawl dan pakaian dalam rak yang disediakan. Dan yang paling bestnya, ada tempat untuk kita selfie-selfie..hihihi..


Tahu tidak kenapa nieyl snap gambar ni?Yang pertamanya sebab ada cermin yang besar dan yang keduanya nieyl snap sebab nieyl suka sangat view dari cermin tu. Nieyl ada cita-cita nak buat rak shawl nieyl seperti itu dan nieyl dah pun habaq dekat En.Husband malam tadi, nak buat rak macam tu untuk sangkut dan susun semua shawl-shawl nieyl yang dah tak cukup tempat sangkut dah..


Ofismate cari shawl diona yang limited edition serius memang cantik sangat kalau tengok depan-depan shawl tu, rambang mata nak pilih tau. Lagipun dah trend sekarang ni corak-corak printed macam ni. Harga shawl dekat Butik SofeaRose masih lagi di tahap mampu milik dont worry okay.. Kalau jadi membership lagi bagus sebab potongan harga lebih banyak..


Antara susunan shawl yang nieyl suka, nampak kemas ikut tona warna shawl jadi customer pun kalau nak beli,mudah nak cari dan mudah nak bezakan color yang ada. Ini salah satu inspirasi yang boleh nieyl praktik kan bila gantung shawl dekat bilik bila rak shawl dah siap nanti..


Ini salah satu shawl yang nieyl minat sangat dengan warna dia yang lembut, kain dia pun jenis sejuk walaupun kita pakai tengah panas pun..harap-harap second time datang nanti masih ada lagi la ya..



Oklah korang, kalau korang yang mana rajin pergi ke Bangi Sentral tu singgah-singgah lah butik SofeaRose ini ya..


Alamat Butik SofeaRose

6-21-05
Jln Medan Pusat Bandar 8A Bangi Sentral,
43650 Bdr Baru Bangi
Landmarks (Atas Butik Felinna, Level 4)


3 comments:

  1. Suka plain je skrg tak pilih jenama asal senang nak iron dan mudah dipakai..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar brand ni. Shawl yang Nieyl tunjuk ni cantik :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)