30 April, 2018

Rest Day

by on April 30, 2018
Salam Isnin korang semua. Ada yang sambung cuti hari ya,selamat bercuti dan ada yang kerja macam nieyl,selamat bekerja ya...Seronok kan kalau cuti umum jatuh hari selasa atau hari khamis, sebab mesti kita akan ambil kesempatan sambung cuti panjang. Tahun ni nieyl tak boleh nak ambil cuti sebarangan sebabnya bulan 8 ni banyak nak guna cuti..so, kena hastag SABAR..kekeke



27 April, 2018

Tauhu begedil Kali kedua

by on April 27, 2018
InsyaÁllah bulan ramadhan bakal tiba tidak lama lagi, jadi dekat pejabat biasanya akan buat jamuan sebelum sambut ramadhan cawangan nieyl plan buat 4 Mei. Sebelum tu, bila buat puasa sunat isnin khamis mula tekak ni teringin nak makan macam-macam. Tapi tak apalah sesekali belanja tekak sebab seharian berjaya menahan lapar dan dahaga kan..

Tauhu begedil ni kali kedua nieyl repeat order dengan orang yang sama. 2 kotak yang dah siap masak dan satu lagi bekas yang frozen punya, untuk nieyl masak hari sabtu nanti makan bersama mak dan husband. Nieyl suka sangat Tauhu begedil yang kawan nieyl jual ni sebab sedap sambal hitam dia dan begedil dalam tauhu tu sedap dan tidak berminyak walaupun di goreng... 





Kalau nak order juga..
korang boleh terjah instagram dia
https://www.instagram.com/cik_platipus

Tinggalkan link entry blog di SINI

by on April 27, 2018
Salam jumaat semua..kebelakangan ni dah jarang-jarang nak update blog selalu bukan sebab kecewa ataupun terasa hati, cuma kekangan masa yang tidak dapat nak di kejar. Sekarang ini masa pantas berlalu sehinggakan kita tidak sedar dah beberapa hari berlalu. Masa tidak boleh berhenti,jadi kita kena kejar masa tu dan penuhi masa dengan sebaik-baiknya.

Hari -hai jari jemari ni asyik nak menekat keyboard je sebab dah biasa menaip bila sehari cuti menaip tu dia mula rasa malas nak menaip.. Sangat kagum dengan blogger-blogger yang jadikan ianya satu kerjaya sepenuh masa. Sebab itulah suka baca blog korang ni..



Korang,cuba korang share link entry blog korang dalam ruangan komen..Insya'Allah nanti nieyl akan melawat satu persatu blog korang dan tinggalkan komen...






25 April, 2018

Asyik Batuk Susah Nak Hilang

by on April 25, 2018
Kawan nieyl sekarang ini dah beberapa minggu batuk tak hilang-hilang kesian dia sampai mengganggu keselesaan rutin harian dia. Lagi sekarang ini musim tidak menentu kejap hujan kejap panas. 

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:


  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza 
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis) 
  • Alahan Asma Merokok Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD) 
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja 
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD) 
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome) 
  • Tekanan 
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.


Petua Hilangkan batuk
Teh adalah baik untuk sakit tekak dan batuk. kalau korang  tambahkan sedikit madu sebagai ganti kepada gula, ia membantu proses pemulihan. Tapi ada sesetengah orang tak suka teh, so korang  boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

Selain itu Korang kena minum air yang cukup setiap hari,air  memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing tapi bukan air berperisa ya,air kosong.

Banyak lagi petua-petua yang korang boleh cuba selain yang dua petua yang biasa kita amalkan. Jaga kesihatan ya kawan-kawan.

24 April, 2018

Anak Yang Soleh Penyejuk Hati Ibu Ayah

by on April 24, 2018
Kebelakangan ni suka tengok gelagat abang adam, kalau datang rumah maklong itu tandanya dia nak ikut paklong dia pergi masjid. Siap paksa paklong dia pergi mandi cepat-cepat dan siap nak pergi masjid..Alhamdulillah..Adam suka pergi masjid, lagipun paklong berani bawa dia pergi masjid sebab dia akan duduk solat sekali sampai habis orang solat. 


Semoga anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat..InsyaÁllah Amin..

23 April, 2018

Bantal Pun Ada Tarikh Luput???jom baca

by on April 23, 2018
Kalau sebut tarikh luput biasanya kita akan check tarikh - tarikh yang sedia ada pada cetakkan kilang betul tak?Ok itu yang memang dah sedia ada tarikh luput tertentu, macam mana pula dengan barangan yang sememangnya tiada tarikh luput yang di nyatakan secara jelas.. Adakah kita boleh pakai selama-lamanya ataupun kita perlu tukar selepas beberapa tahun.. 

Ha..nieyl sendiri pun tak sangka sebenarnya banyak barang-barang yang rasanya perlu di buang dah tu selepas membaca tentang tarikh luput yang kita tidak pernah sangka. Meh..meh nieyl share, sama-sama kita ambil tahu untuk kesihatan kita sekeluarga.



Bantal ( 2-3 tahun) - selepas tempoh itu,bantal akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Yela bakteria atau kuman kita tidak boleh nampak dengan mata kasar, rasanya kalau nampak dengan mata kasar kita ni selang sebulan kita tukar ni kan. Nampaknya, nieyl pun kena humban dah bantal-bantal dekat rumah tu..dah melebihi tempoh tu..

Span Mandi (2 minggu sahaja)- Yang mana pakai span mandi tu, hari -hari kita sental badan kita mesti bakteria-bakteria tu melekat pada span kan, so..elok sangatlah kalau kita tukar selepas 2 minggu, kalau rasa macam membazir tu korang boleh rendam span tu dalam air panas yang betul-betul panas menggelegak supaya bakteria mati. Itu kalau korang rajin la, kalau nieyl beli yang murah-murah je span yang ada 3 in 1..so,boleh pakai buang bila cukup masa.

Tuala (1-3 tahun ) - Yang ini memang terlebih dah ni, naik lusuh pun ada..nieyl memang every week akan cuci segala tuala mandi dekat rumah tu, tapi maksimum penggunaan tuala ini adalah 3 tahun sahaja, kalau lebih boleh la buat kain buruk..

Sikat Rambut (setahun ) - Wow!sikat rambut pun ada tarikh luput ar, rupanya sikat boleh guna 1 tahun je selepas itu janganlah korang pergi buang pula, kalau elok lagi korang boleh basuh sikat tu dengan air panas seminggu sekali.

Berus Gigi (3 bulan sahaja) - Ini sila ambil perhatian yang serius ok. Berus gigi wajib tukar 3 bulan sekali sebab bakteria sangat banyak ya pada berus gigi yang selalu kita gunakan. 

Minyak wangi ( 3-4 tahun ) - Kalau yang ini bukan kata 3-4 tahun, sebulan pun dah sebotol..hahaha, tapi ini untuk mereka yang terlalu banyak perfume sampai tak habis-habis, Eau De Perfum (EDP) mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara, manakala Eau De Toilet (EDT) mampu bertahan selama 4 tahun.

Banyak lagi barang-barang yang perlu disingkirkan walaupun tiada tarikh luput, kalau korang rasa barang tu dah lama sangat,lepas tu yang boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita sekeluarga,baik singkirkannya awal okay..Ni dah nak masuk bulan ramadhan, boleh dah kemas-kemas rumah untuk persiapan raya..hihihi..



Say Good Morning

by on April 23, 2018
Syukur Alhamdulillah walaupun kepenatan weekend lepas, hari ini diberi tenaga dan semangat nak pergi kerja yela hari isnin kan..hihihi..faham-faham aje ler.. Minggu ni nieyl masih lagi berusaha untuk melatih perut untuk berpuasa isnin khamis supaya bulan ramadhan akan datang ni tak perut tidak terkejut.. InsyaÁllah boleh buat puasa sunat sehingga 14 Syaaban.. Tak sabarnya nak terima kedatangan bulan Ramadhan ni..

Bila dah bangun sahur biasanya nieyl akan pergi kerja awal sebelum pukul7 pagi dah sampai parking. Tapi nieyl tak terus naik tunggu pukul7 baru masuk pejabat. Untuk sunting mood pagi ni nah nieyl share rutin pagi nieyl setiap pagi.. Good Morning korang!



19 April, 2018

SULIT - AMAN AZIZ (Selagi Jantungku Terus Bergetar... Jom Layan...)

by on April 19, 2018

dapatkah aku melukiskan cinta
menerangkan sejuta rasa
seperti nota dalam mimpi indah
dikau kekasih selamanya

selagi jantungku terus bergetar
selagi nyawaku masih bersama
akan ku terus mencintai kamu
walau jalannya ku lalu berliku

biar ditimbus gelisah derita
ku mahu bersama
(ku mahu bersama

seperti angin kau hembusan rasa
menerbangkan titipan hati
seperti madah dalam kamus cinta
ungkapan itu kupersonakan

(bersama)
selagi jantungku terus bergetar
selagi nyawaku masih bersama
akan ku terus mencintai kamu
walau jalannya ku lalu berliku

(selagi jantungku terus bergetar)
selagi jantung
(selagi nyawaku masih bersama)
selagi nyawa masih bersama

(akan ku terus mencintai kamu)
(walau jalannya ku lalu berliku)
walau jalannya

biar ditimbus gelisah derita
ku mahu bersama

18 April, 2018

wednesday-Random Photo

by on April 18, 2018
Bila dah jadi habit suka ambil gambar makanan, sampai tak sedar yang banyak gambar makanan yang tidak sempat nak share dalam IG..So, hari ini nieyl share di sini sahaja la sebagai random photo ya..

Bila hari-hari cuti duduk rumah, memang kerja orang perempuan la dari pagi sampai ke petang memasak sahaja. Cuma nieyl bukan rajin sangat nak masak 2 3x sehari, biasanya nieyl akan masak lauk tu cukup untuk 3x makan, sayur kena masak baru sebab nieyl masak sayur untuk sekali makan sahaja. 


Opis nieyl ni memang rajin sangat buat makan-makan ni,boleh dikatakan setiap bulan. Kalau ada yang nak bertukar keluar pun akan buat jamuan yang bestnya, dieorang ni rajin buat potluck.. ini mini dunkin donut.


Yang ini bubur isi ketam, kebetulan kawan nieyl balik sabah untuk ziarah mertua dia,so nieyl kirim isi ketam frozen. So,tak perlu nak kopek-kopek dah ketam tu..nak masak pun senang. Isi ketam ni sesuai buat sup,masak lemak ,bubur macam nieyl buat ni pun sedap juga..walaupun frozen rasa isi ketam tu masih lagi terasa manis tu...


Durian adalah fav nieyl, kalau korang letak 2 3 biji pun InsyaÁllah i boleh habis kan..hahaha.. jadi bila ternampak crepe durian tu, memang hati meronta-ronta minta..nasib baiklah ada jual yang pek mini so, nieyl share dengan officemate, dia satu nieyl satu..jadi laaa...buat hilang rasa teringin tu je..


Kakak nieyl kata area PJ tu ada kedai sup meletop, so nak rasa lah meletop ke idak rasanya. So far, okay lah rasa dia, tapi sup celup di medina lagi power la..hehehe...


Kalau majlis aqiqah selalu kambing dibakar ataupun di masak kari kan. Last week majlis aqiqah anak buah nieyl, ada kambing bakar jadinya memang fav nieyl kambing ni jadi korang jangan tanya la berapa pinggan pula nieyl bedal..hahaha...


Jarang beli breakfast dekat petronas, last week bos sebelah bilik nieyl ajak teman dia beli makanan untuk meeting dia dekat petronas,dia belanja nieyl roti. Sedap roti cheese dia sekali tengok harga..hmm..boleh tahan juga...boleh dapat roti 1 bungkus panjang tu weh..

Oklah nak sambung buat kerja..nanti kita sambung sembang ya..happy working!